20/07/2026
ππ π¦ππππππ π§π₯πππππ πππ§π π¦ππππ , π£ππ¦π¨πππ‘ π ππ£π¦π¦ ππππ ππππ¨ππ§ππ‘ ππ¨ππ§ πͺππ₯ππ¦
KULIM: Di sebalik tragedi kepala air di Lata Sedim yang meragut tiga nyawa, kehadiran Pasukan Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) Pejabat Kesihatan Daerah Kulim bersama Jabatan Psikiatrik Hospital Kulim menjadi antara sokongan penting buat waris mangsa.
Pasukan ini memberikan bantuan psikososial melalui Psychological First Aid (PFA), sokongan emosi, penilaian awal tekanan psikologi serta khidmat rujukan kesihatan mental, bagi membantu waris menghadapi trauma dan kesedihan selepas tragedi.
Usaha ini membuktikan bahawa dalam setiap bencana, bukan sahaja bantuan fizikal diperlukan, malah sokongan emosi dan kesihatan mental turut memainkan peranan penting dalam membantu mangsa serta keluarga meneruskan kehidupan.
Kredit Foto: Pejabat Kesihatan Daerah Kulim