Air Luit Pertak

Air Luit Pertak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Air Luit Pertak, Campground, Tapak Perkhelahan & Perkhemahan, Kg Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu.

- Menyediakan Tapak Perkhemahan
- MGP bagi Pendakian Bukit Kutu, Gunung Rajah, Bukit Hulu Bakau, Lata Medang, Lata Makau
- Nature Guide
- White Water Rafting Sg Selangor
- Kraftangan
- Ikhtiar Hidup
- Hasil dusun

02/12/2025

Campsite dibuka seperti biasa pada minggu ini. Semoga mentari terus bersinar.

27/11/2025

Kami tidak beroperasi pada minggu ini. Cuaca yang tidak menentu meningkatkan risiko arus sungai yang tinggi dan deras serta tanah lembab. Minta tangguhkan sebarang aktiviti disekitar sungai atau hutan buat masa ini.

Hutan Simpan juga masih ditutup sehingga 31 Januari 2026. Harap maklum.

Terima kasih.

Teman Pendaki Pertak
04/06/2025

Teman Pendaki Pertak

Lihat video Abak.

03/06/2025

31 Mei - 3 Jun 2025

Terima kasih semua tetamu yang datang berkhemah mahupun berkhelah.

31st May - 3rd June 20254D3N Boys Camp Air Luit Pertak and Hiking Lata MakauThank you
03/06/2025

31st May - 3rd June 2025

4D3N Boys Camp Air Luit Pertak and Hiking Lata Makau

Thank you

1 - 4 May 2025. Terima kasih semua pengunjung Air Luit Pertak.
05/05/2025

1 - 4 May 2025. Terima kasih semua pengunjung Air Luit Pertak.

Masih mood beraya ke tu? Yang rindu nak ke Pertak, kami dah mula beroperasi pada 8 dan 9 April 2025. Boleh contact Kak C...
17/04/2025

Masih mood beraya ke tu? Yang rindu nak ke Pertak, kami dah mula beroperasi pada 8 dan 9 April 2025. Boleh contact Kak Chik 019-2035687 untuk info lanjut.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setahun kami menyepi dan kini Abak dan Kak Chik kembali lagi bersama sudah tentunya ...
14/03/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setahun kami menyepi dan kini Abak dan Kak Chik kembali lagi bersama sudah tentunya Atok dan Gendoi tersayang.

Alhamdulillah ❤️

AIR LUIT PERTAK CAMP 😍

Nantikan kemunculan kami semula April 2025 ini dengan azam, semangat dan keyakinan.

Yang pasti HARGA dan PAKEJ tawaran terbaru.

Terima kasih yang sentiasa bersama kami s**a dan duka.💯

06/10/2024

Perkongsian rakaman lama sekitar 2022, bukan pada musim hujan. Tarikan ke Pertak sangat tinggi sebagai lokasi pelancongan, ada kawasan melibatkan kebun dan tanah Orang Asli dan juga Hutan Simpan Kekal Selangor.

Antaranya lokasi popular :
1. Lubuk Pusing
2. Lata Jebus
3. Lata Mendang / Lata Medang
4. Lata Makau
5. Bukit Kutu (perlu MGP)
6. Bukit Kunong (perlu MGP)
7. Bukit Hulu Bakau (perlu MGP)
8. Gunung Rajah / Gunung Raja (perlu MGP)
9. Kawasan perkhemahan Wild Camping

Sekadar mengingatkan semua pendaki gunung dan pelancong agar sentiasa berhati - hati dan jaga adab dan etika sebagai pendaki.

Untuk yang masuk ke Hutan Simpan pastikan dengan MGP yang sah dan terlatih. Boleh pilih mana MGP tempatan yang bersesuaian dan berpengalaman untuk keselamatan dan dipercayai. Patuh arahan notis penutupan dan jangan masuk.

Bagi lokasi yang tidak memerlukan khidmat MGP boleh dapatkan info dari kami jika memerlukan Guide Orang Asli Tempatan yang sememangnya berpengalaman dengan kawasan sekitar. Mereka mungkin tiada sijil tapi pengalaman mereka tidak ternilai. Mereka lebih faham situasi alam, keadaan dan keselamatan persekitaran.

Anda yang memilih jadi nilailah sendiri siapa yang anda pilih sebagai jurupandu atau gogo. Peraturan dibuat terutamanya untuk keselamatan dan kelestarian alam.

Jaga ADAB , Jaga ETIKA, jaga IMAN, jaga HATI kita.

( komen tentang video viral dijambatan senget Sg Luit dan Sungai Renting pada 5hb Oktober. MGP bertugas telah menjalankan PENILAIAN RISIKO dan kelengkapan penyelamatan yang cukup setelah menunggu masa yang sesuai untuk melintas. Tahniah!

Salah seorang MGP terlibat adalah Orang Asli KKB dan juga pemandu rakit arus deras berpengalaman selama 20 tahun di sungai Grade 4, 5. Hanya yang berada disitu tahu situasi sebenar dan kenapa tindakan diambil pada ketika itu).

Manusia lebih banyak mengecam dari mengali ilmu alam. S**a diingatkan kawasan ini kawasan Orang Asal Suku Temuan Pertak. Tolong hormat 'privacy' mereka juga. Saya bercerita dilokasi ini saja tidak melibatkan pengurusan lokasi lain untuk dibandingkan.

Sekian coretan kali ini. Terima kasih.

Address

Tapak Perkhelahan & Perkhemahan, Kg Orang Asli Pertak
Kuala Kubu Bharu
44000

Telephone

+60192035687

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Luit Pertak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category