03/10/2021
𝗧𝗔𝗠𝗨 SUITE @ KG BARU
𝗦𝗲𝗸𝗶𝗹𝗮𝘀 p𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴,
Nama sahaja dalam kampung tetapi ia terletak di Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Malah Tamu Hotel & Suites bukanlah hotel mewah sekalipun menghadap semua pencakar langit di ibu kota tetapi cukup memberi makna bagi mereka yang mahukan suasana ala-ala kayangan.
Apa yang menjadikan lokasi hotel ini cukup strategik? Ya, Kampong Bharu adalah syurga makanan buat warga kota. Turun sahaja hotel bersepah restoran popular sampai kena istikharah mahu makan di mana.
Satu ketika sebelum pandemik melanda, hotel ini ada suasana mirip seperti di Tanah Suci sebab betul-betul berhadapan dengan masjid. Penginap akan turun dari hotel macam suasana haji dan umrah, mereka bertelekung jubah segala bagai untuk solat lima waktu di Masjid Kampong Bharu yang terkenal dengan bubur lambuknya itu. Dan kerana itulah ada penginap yang cukup s**a property ini kerana terletak depan masjid.
Pemilik hotel ini ialah usahawan Muslim yang cukup terkenal. Makna kata soal makan semua jangan ragu-ragu, patuh syariah belaka. Makan sahaja dengan yakin dan jangan membazir.
Kolam renang di sini antara yang menarik pada pemandangannya. Terletak di tingkat 14 agak berbaloi untuk bersantai dengan keluarga. Walaupun kolam renang ada had pemisahan antara lelaki dengan perempuan, selagi namanya rakyat Malaysia semua peraturan itu sekadar untuk dibaca sahaja.
Tambahan lagi, biasalah selagi kita rakyat Malaysia kalau lantai tepi kolam renang itu tidak banjir bukan orang kitalah namanya. Tidak banyak kerusi rehat disediakan disebabkan ruang yang terhad. Maka, pandai-pandailah.
Restoran hotel ada lima tetapi lokasi sarapan disediakan di Suasana @ 27 di tingkat 27. Pemandangan di sini cukup gah, hebat dan mengagumkan! Kena pandai cari sudut yang sesuai untuk dapatkan gambar yang memorable. Agak instagrammable restoran ini. Kalau makan malam di TAMU SKY L|O|U|N|G|E pastinya pemandangan lebih spectacular sebab terletak di tingkat 40.
𝗕𝗜𝗟𝗜𝗞 : 𝗢𝗻𝗲 𝗕𝗲𝗱𝗿𝗼𝗼𝗺 𝗦𝘂𝗶𝘁𝗲 ( Residence )
Jangan keliru hotel ini ada dua kawasan lif berbeza. Satu untuk akses ke bilik hotel dan satu lagi ke residence. Residence kami adalah 1 bilik tidur lengkap dengan ruang tamu dan sangat sesuai untuk keluarga kecil..Dilengkapi dengan balcony yang menghadap pemandangan KLCC dan Menara KL..Malah kami juga menyediakan siaran astro, neftlix dan wifi untuk penginap yang memang s**a lepak rehat didalam unit sahaja..Peminat bola sepak juga tidak ketinggalan kami sajikan perlawanan bola sepak yg sering diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada waktu malam..View mmg superbbb hebat tapi x adalah sampai pecah ovari..
Teringin nak stay?..masuk booking sekarang sebab setiap minggu pasti penuh..
Business Account