KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN

KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN, Tingkat 3, Balai FELDA, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur.

KPF Niaga Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang menawarkan tiga sektor utama perniagaan seperti Stesen Minyak, Agensi Takaful, dan Bekalan & Perkhidmatan.

๐’๐“๐€๐“๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Š ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐“๐€๐Š๐€๐…๐”๐‹ ๐Œ๐˜๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐๐‹๐”๐’+Sehingga 30 Jun 2026, sebanyak 50,457 rumah telah dilindungi melalui Skim Takaful MyF...
29/07/2026

๐’๐“๐€๐“๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Š ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐“๐€๐Š๐€๐…๐”๐‹ ๐Œ๐˜๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐๐‹๐”๐’+

Sehingga 30 Jun 2026, sebanyak 50,457 rumah telah dilindungi melalui Skim Takaful MyFire PLUS+, melibatkan 11 Wilayah & hampir 317 Rancangan FELDA di seluruh negara.

Statistik ini mencerminkan kesedaran warga FELDA terhadap kepentingan menyediakan perlindungan kepada rumah daripada risiko yang tidak dijangka seperti kebakaran, banjir, ribut/taufan dan kilat/petir.

Setiap langkah perlindungan yang diambil hari ini adalah satu usaha untuk memastikan rumah yang menjadi warisan keluarga terus terpelihara demi generasi akan datang.

Hubungi wakil kami di talian +017 409 9239 untuk keterangan lanjut berkenaan skim ini.

"Lindungi rumah anda, dari generasi ke generasi."

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐๐”๐‘๐€๐๐Ž๐ˆ๐‹! โ›ฝ๏ธKPF Niaga Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan Stesen Minyak BURAQOIL yang pert...
23/07/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐๐”๐‘๐€๐๐Ž๐ˆ๐‹! โ›ฝ๏ธ

KPF Niaga Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan Stesen Minyak BURAQOIL yang pertama di Felda Lepar Utara 03, Pahang Darul Makmur, kini dibuka dan telah mula beroperasi secara rasmi pada 19 Julai 2026.

Kami mengalu-alukan kehadiran seluruh warga Felda, penduduk sekitar dan para pengguna untuk menyokong penuh dan singgah di Stesen Minyak BURAQOIL Felda Lepar Utara 03. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada KPF Niaga Sdn. Bhd.

Buraqoil

KPF Niaga Sdn. Bhd. merakamkan penghargaan kepada wakil BHPetrol atas kepercayaan memilih Stesen Minyak BHPetrol Lepar H...
21/07/2026

KPF Niaga Sdn. Bhd. merakamkan penghargaan kepada wakil BHPetrol atas kepercayaan memilih Stesen Minyak BHPetrol Lepar Hilir 01 sebagai salah satu stesen BHPetrol untuk menyertai ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐‹๐š๐ง๐๐ฌ๐ค๐š๐ฉ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ๐š๐ฒ๐š ๐Š๐ฎ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง (๐Œ๐๐Š) ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“. Pertandingan yang berlangsung selama empat (4) bulan melibatkan penyertaan daripada stesen minyak di seluruh daerah Kuantan.

Penilaian pertandingan telah dilaksanakan oleh panel juri daripada Bahagian Landskap MBK, Bahagian Perlesenan MBK serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan memberi fokus kepada aspek landskap, pematuhan perlesenan, kemudahan mesra OKU serta elemen kelestarian alam sekitar.

Hasil penilaian, Stesen BHPetrol Lepar Hilir 01 berjaya menduduki tempat ke-13 daripada 17 penyertaan dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM300.00. Antara cadangan penambahbaikan yang diterima adalah penyediaan sistem tadahan air hujan untuk kegunaan semula serta peningkatan kemudahan pelanggan di stesen.

Penyertaan ini merupakan satu pengalaman berharga buat warga Stesen BHP KPF Niaga dalam usaha mempertingkatkan kualiti persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan kepada pelanggan.

BHPetrol
Majlis Bandaraya Kuantan

Sekalung tahniah diucapkan kepada ๐˜๐›๐ก๐ . ๐“๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ซ๐ข ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐๐š๐๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐š๐ก๐ข๐ซ di atas pelantikan sebagai Pengerus...
15/07/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada ๐˜๐›๐ก๐ . ๐“๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐’๐ซ๐ข ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐๐š๐๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐š๐ก๐ข๐ซ di atas pelantikan sebagai Pengerusi FELDA yang berkuatkuasa bermula pada 15 Julai 2026.

Ikhlas daripada pihak pengurusan dan seluruh warga kerja KPF Niaga Sdn Bhd.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek atas kepimpinan yang berwiba...
15/07/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek atas kepimpinan yang berwibawa, komitmen yang tidak berbelah bahagi serta jasa bakti sepanjang menyandang amanah sebagai Pengerusi FELDA.

Semoga segala sumbangan yang telah dicurahkan terus menjadi inspirasi dan legasi berharga kepada seluruh warga FELDA khususnya warga peneroka.

Ikhlas daripada seluruh pengurusan & warga kerja KPF Niaga Sdn Bhd.

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐„๐Œ๐๐€๐“ | ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ Zon B & Zon G๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengkaโœจ Tirai Hari ...
08/07/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐„๐Œ๐๐€๐“ | ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ Zon B & Zon G
๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

โœจ Tirai Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA 2026 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan dan kenangan yang cukup bermakna.

Sepanjang empat hari berada di Jengka, reruai ๐Š๐๐… ๐๐ข๐š๐ ๐š ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐. telah menerima kunjungan ribuan pengunjung dari pelbagai wilayah di seluruh negara. Kehadiran, sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh warga FELDA serta orang ramai amat kami hargai.

๐ŸŽ Terima kasih kepada semua yang telah menyertai pelbagai aktiviti di reruai kami seperti ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐Š๐ฎ๐š๐ญ ๐‰๐ž๐ง๐ ๐ค๐š (rekod masa : 1 Minit 40 Saat), ๐’๐ฉ๐ข๐ง & ๐–๐ข๐ง, ๐Š๐ฎ๐ข๐ณ ๐Š๐š๐ก๐จ๐จ๐ญ!, ๐“๐ž๐ค๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ญ ๐’๐š๐ฐ๐ข๐ญ, serta mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KPF Niaga.

๐Ÿค Setiap senyuman, sokongan dan kunjungan anda menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga FELDA dan masyarakat.

๐Ÿ’™ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ซ๐ข๐›๐ฎ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก kepada semua pengunjung, pelanggan, rakan strategik baru, urus setia serta seluruh warga kerja FELDA Wilayah Jengka yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan kami sepanjang Hari Peneroka & 70 Tahun FELDA 2026.

Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang dengan lebih banyak aktiviti, pengalaman dan manfaat untuk semua.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah sambutan 70 Tahun FELDA bersama KPF Niaga Sdn Bhd. Jumpa lagi! โค๏ธ

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ Zon G ๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Suasana di reruai KPF Niaga ...
07/07/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐†๐€ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ Zon G
๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Suasana di reruai KPF Niaga Sdn. Bhd. terus meriah pada hari ketiga dengan kehadiran pengunjung yang turut menyertai pelbagai aktiviti menarik!

๐ŸŽ Spin & Win menjadi tumpuan apabila setiap pembelian mana-mana barangan jualan sebanyak RM20.00 di reruai KPF Niaga melayakkan pengunjung memusing roda dan membawa pulang hadiah menarik.

๐Ÿ“ฑ Kuiz Kahoot! diteruskan sekali lagi berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menguji pengetahuan dan memenangi hadiah.

๐ŸŒด Pertandingan Teka Berat Sawit turut mencatat penyertaan yang luar biasa, dengan ramai pengunjung mencuba nasib meneka berat sebenar tandan sawit untuk merebut hadiah istimewa.

Terima kasih kepada semua yang telah singgah dan memeriahkan reruai KPF Niaga. Masih belum berkunjung? Ayuh datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti serta promosi menarik yang kami sediakan!

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ Zon G ๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Suasana di reruai KPF Niaga S...
06/07/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ Zon G
๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Suasana di reruai KPF Niaga Sdn Bhd terus meriah pada hari kedua dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para pengunjung.

๐Ÿ’ช Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mencabar kekuatan fizikal masing-masing dalam pertandingan "Orang Kuat Jengka". Semangat, keberanian dan kesungguhan yang dipamerkan benar-benar menceriakan suasana serta menjadi tarikan utama di reruai kami.

๐Ÿง  Selain itu, permainan "Kahoot!" turut menerima sambutan yang luar biasa daripada pengunjung pelbagai peringkat umur yang begitu teruja menguji pengetahuan mereka dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

โœจ Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan memeriahkan reruai KPF Niaga. Jika anda masih belum berpeluang menyertai aktiviti kami, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Zon G. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah menanti anda!

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ Zon B ๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka KPF Niaga Sdn Bhd berbesar ha...
06/07/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ | ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ & ๐Ÿ•๐ŸŽ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ Zon B
๐ŸŸ๏ธ Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

KPF Niaga Sdn Bhd berbesar hati menerima kunjungan dari YBhg. Dato' Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, Pengarah FELDA ke reruai Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Syaarani Azulan, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA dan Setiausaha KPF; Puan Izyani Abdul Rahim, Pengurus Besar Yayasan Felda dan Encik Muhammad Fitri Othman, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Servis Korporat).

Address

Tingkat 3, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:30
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:30

Telephone

+60392128572

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN:

Shortcuts

Share