01/09/2026
On 20 August 2026, SUHAKAM participated in the International Conference on βHuman Rights in the Context of Digital Transformation: Contemporary Approachesβ in Tashkent, Uzbekistan. The first day marked an important milestone with the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between H.E. Datoβ Seri Mohd Hishamudin Yunus, Chairman of SUHAKAM, and Mrs Eshmatova Feruza Farkhodovna, Ombudsman of the Commissioner of the Oliy Majlis of the Republic of Uzbekistan for Human Rights.
The four-year MoU provides a framework for cooperation in areas including childrenβs rights, human rights education, digital rights, business and human rights, complaints and investigations, as well as the exchange of experts and delegations. H.E. Datoβ Seri Mohd Hishamudin Yunus also delivered remarks during Session 2 on the protection of youth rights in the context of digital transformation, highlighting SUHAKAMβs child-rights-based approach to online safety and the protection of childrenβs fundamental rights.
The day concluded with a cultural dinner featuring the flavours, traditional dances and music of Uzbekistan, offering participants an opportunity to experience the countryβs rich cultural heritage.
......
Pada 20 Ogos 2026, SUHAKAM telah menyertai Persidangan Antarabangsa bertemakan βHuman Rights in the Context of Digital Transformation: Contemporary Approachesβ di Tashkent, Uzbekistan. Hari pertama persidangan mencatatkan satu pencapaian penting melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara H.E. Datoβ Seri Mohd Hishamudin Yunus, Pengerusi SUHAKAM, dan Puan Eshmatova Feruza Farkhodovna, Ombudsman kepada Pesuruhjaya Oliy Majlis Republik Uzbekistan bagi Hak Asasi Manusia.
MoU selama empat tahun ini menyediakan kerangka kerjasama antara SUHAKAM dan Ombudsman Uzbekistan dalam memperkukuh perkongsian ilmu, pembangunan kapasiti dan pertukaran institusi, meliputi bidang hak kanak-kanak, pendidikan hak asasi manusia, hak digital, perniagaan dan hak asasi manusia, aduan dan siasatan, serta pertukaran pakar dan delegasi. H.E. Datoβ Seri Mohd Hishamudin Yunus turut menyampaikan ucapan dalam Sesi 2 mengenai perlindungan hak golongan muda dalam konteks transformasi digital, dengan mengetengahkan pendekatan SUHAKAM yang berteraskan hak kanak-kanak dalam memastikan keselamatan dalam talian.
Hari pertama persidangan diakhiri dengan jamuan kebudayaan yang menampilkan sajian, tarian tradisional dan muzik Uzbekistan, sekali gus memberi peluang kepada para peserta untuk menghayati kekayaan budaya dan warisan negara tersebut.