25/09/2023
Shah Alam, 24 September - Seramai 7 orang kadet TKRS SRIIIKG telah lulus ujian kenaikan pangkat dan ditauliahkan pangkat Lans Korperal KRS.
Tujuh orang kadet tersebut adalah Abdullah Azzam, 11, Lutfi Aziq, 11, Umar Ibrahim, 10, Dhia Zulaikha, 11, Amal Amani, 11, Irdina Aisyah, 11, dan Che Khadijah, 10. Mereka ditemani guru pengiring iaitu Leftenan Muda KRS Siti Hajar Atiqah dan Pegawai KRS Nur Hidayah.
Ujian ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Rendah Islam Integrasi Ibn Khaldun. Sebanyak 10 ujian yang perlu mereka harungi. Ujian-ujian tersebut ialah ujian bertulis, ujian kerohanian, ujian kecergasan, ujian kawad, ujian bantu mula, ujian ikhtiar hidup, ujian alam sekitar, ujian pengucapan awam, ujian keusahawanan dan ujian tali temali.
Lans Korperal Nur Dhia Zulaikha binti Mohamad Faiz p**a dinobatkan Kadet Terbaik TKRS Kategori A. Usaha dan semangat beliau menjadi contoh dan penyuntik semangat kadet-kadet lain untuk berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang. Beliau berjaya menghabiskan kesemua ujian meskipun demam.
Tahniah diucapkan kepada semua Lans Korperal TKRS SRIIIKG. Kalian telah mengharumkan nama sekolah.