Rejimen Semboyan Diraja

Rejimen Semboyan Diraja Facebook Rasmi Rejimen Semboyan Diraja.
(1)

Rejimen Semboyan Diraja adalah salah sebuah Rejimen/Kor Bantuan Tempur yang menyediakan perkhidmatan komunikasi taktikal, keupayaan mengendalikan Peperangan Elektronik, Peperangan Informasi dan Maklumat (C4ISR) serta menyediakan dan menyelenggara semua peralatan komunikasi dan elektronik Tentera Darat Malaysia.

28/07/2026
LAWATAN KEBAJIKAN OLEH PEGAWAI MEMERINTAH KE ATAS WARIS ANGGOTA 97 RSPEPAYA JARAS, 23 Jul 26 – Pegawai Memerintah 97 Rej...
28/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN OLEH PEGAWAI MEMERINTAH KE ATAS WARIS ANGGOTA 97 RSPE

PAYA JARAS, 23 Jul 26 – Pegawai Memerintah 97 Rejimen Semboyan Peperangan Elektronik (97 RSPE), Kol Ts. Rozwardi bin Che Lamin telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas waris anggota Markas Rejimen 97 RSPE yang sedang menghadapi masalah kesihatan kronik. Lawatan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai dan anggota Markas Rejimen 97 RSPE.

Lawatan kebajikan ini melibatkan waris kepada Lkpl Muzaitul Azrinie binti Johari, iaitu anak beliau yang menghidap KCNQ2 Developmental and Epileptic Encephalopathy serta sedang menjalani rawatan susulan di Unit Pediatrik Neurologi, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan dan memberikan sokongan moral kepada anggota yang terlibat, di samping mengenal pasti keperluan kebajikan yang dapat dibantu oleh pasukan dalam memastikan kebajikan anggota dan keluarga sentiasa terpelihara.

Program lawatan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kebajikan daripada pasukan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota serta keluarga beliau.

MAJLIS PENUTUP SEMINAR LOGISTIK RSD TAHUN 2026PULAU PINANG, 24 Jul 2026 - Rejimen Semboyan Divisyen Kedua Infantri (2 RS...
26/07/2026

MAJLIS PENUTUP SEMINAR LOGISTIK RSD TAHUN 2026

PULAU PINANG, 24 Jul 2026 - Rejimen Semboyan Divisyen Kedua Infantri (2 RSD) telah dilantik sebagai penganjur Seminar Logistik RSD tahun 2026. Seminar ini berlangsung selama 4 hari melibatkan seramai 44 Pegawai, PTT Kanan dan PTT Rendah RSD yang mengisi perjawatan logistik di pasukan.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam aspek pengurusan logistik melalui syarahan-syarahan disampaikan oleh Subject Matter Expert (SME) yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan. Selain itu juga, seminar ini turut memberi peluang dan ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam hal-hal logistik di pasukan.

Antara syarahan yang telah disampaikan dalam seminar ini adalah Persiapan Pemeriksaan Pakar JLJ, Pengurusan Audit, Pengurusan Aset Alih dan Stor, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira, Pengurusan Peralatan ICT, Pengurusan Sistem SPMTD dan SPATD, Senggaraan di Kem dan Pengurusan Head to Toe.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Komunikasi MK TD - G6, Kol Badrul Hisham bin Nasir Nordin di Dewan Syarahan MSS Pulau Pinang.

HARI PERTAMA ASISTEN KETUA STAF BAHAGIAN SIBER DAN ELEKTROMAGNETIK (G6) MERANGKAP PENGERUSI REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA KE-1...
16/07/2026

HARI PERTAMA ASISTEN KETUA STAF BAHAGIAN SIBER DAN ELEKTROMAGNETIK (G6) MERANGKAP PENGERUSI REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA KE-10 MEMULAKAN TUGAS DI PEJABAT BAHARU

15 Jun 2026 - Asisten Ketua Staf G6, Brigedier Jeneral Dato' Dr. Adnan bin Ajis telah melangkah masuk ke pejabat beliau pada hari pertama bertugas di Bangunan JKR 36, Markas Tentera Darat 2, Kem KEMENTAH. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah-Pengarah Cawangan serta seluruh warga MK TD - G6.

Beliau telah meletakkan gambar rasmi Asisten Ketua Staf G6 sebagai simbolik memulakan tugas menerajui MK TD - G6 di pejabat baharu. Majlis diteruskan dengan bacaan doa sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan agar segala urusan di bawah organisasi baharu ini sentiasa dipermudahkan, dipelihara dan dikurniakan kejayaan.

Untuk makluman, Bangunan JKR 36 sebelum ini diduduki oleh Sel Pemantauan Projek Infrastruktur dan Senggaraan Tentera Darat (SPPISTD) yang kini telah berpindah ke Wisma Pertahanan. Selain itu, MK TD - G6 juga akan mengambil alih beberapa bangunan lain di Markas Tentera Darat 2, antaranya Blok Sel Pengambilan (G1), Blok Sel Biro (G1), Blok Sel Kaunseling (G9) dan Blok Sel Keupayaan Artileri TD (G5) bagi menyokong keperluan operasi dan pentadbiran organisasi.

Semoga MK TD - G6 terus diperkasakan sebagai peneraju keupayaan komunikasi, sistem maklumat, siber dan elektromagnetik Tentera Darat, sekali gus melahirkan warga yang profesional, berintegriti dan sentiasa bersedia mendukung aspirasi Tentera Darat.

15/07/2026
Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis serta seluruh warga Rejimen Semboyan Diraja mengucapkan Selamat Menyamb...
15/07/2026

Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis serta seluruh warga Rejimen Semboyan Diraja mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-69 kepada seluruh warga Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD) dan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

MAJLIS PEMBUBARAN JABATAN ARAH REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA19 Jun 2026 - Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja (Jab RSD) telah...
14/07/2026

MAJLIS PEMBUBARAN JABATAN ARAH REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA

19 Jun 2026 - Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja (Jab RSD) telah mengadakan Majlis Pembubaran Jab RSD di Tingkat 15, Wisma Pertahanan. Majlis ini diadakan sebagai tanda berakhirnya fungsi Jab RSD selepas lebih tiga dekad menjadi markas pemerintahan Rejimen Semboyan Diraja. Sejak beroperasi di Wisma Pertahanan pada tahun 1988, Jab RSD telah bertanggungjawab dalam menentukan keupayaan sistem perintah dan kawalan Tentera Darat (TD) berada pada tahap yang diperlukan bagi memenuhi pelaksanaan operasi semasa dan masa hadapan.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Rejimen Semboyan Diraja ke-10, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis dengan dihadiri oleh semua staf Jab RSD. Pengisian majlis merangkumi acara simbolik pembubaran dengan menurunkan gambar dan nama Ketua Pegawai Semboyan serta bacaan doa sebagai penghargaan kepada seluruh warga yang telah menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan Jab RSD.

Pembubaran Jab RSD merupakan sebahagian daripada pelaksanaan transformasi organisasi Tentera Darat yang berkuat kuasa pada 1 April 2026 melalui penubuhan MK TD - G6. Walaupun struktur organisasi berubah, kesinambungan fungsi serta legasi kecemerlangan Jab RSD akan terus diteruskan dalam organisasi baharu.

08/07/2026
Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis serta seluruh warga Rejimen Semboyan Diraja mengucapkan Selamat Menyamb...
07/07/2026

Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Dr. Adnan bin Ajis serta seluruh warga Rejimen Semboyan Diraja mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-45 kepada seluruh warga 71 Rejimen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat.

Address

Rejimen Semboyan Diraja, Kementerian Pertahanan
Kuala Lumpur
50634

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Semboyan Diraja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share