Majlis Belia Kawasan Segambut

Majlis Belia Kawasan Segambut MBK Segambut telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Majlis Belia Kawasan Segambut (MBK) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Kawasan Segambut yang berpandukan dibawah Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MBWP). Penubuhan rasmi MBM adalah pada 25 Jun 2007 apabila Perlembagaan Majlis Belia Kawasan diterima dan Sdr. Bahtiar bin Adnan telah terpilih sebagai

Pengerusi yang pertama. MBK Segambut juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kawasan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan seluruh golongan belia dan pertubuhan/persatuan diperingkat Kawasan yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBK Segambut juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙Dalam kesederhanaan, kita temui makna. Dalam keheningan, kita belajar memaa...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙

Dalam kesederhanaan, kita temui makna. Dalam keheningan, kita belajar memaafkan.
Raya bukan sekadar perayaan tetapi tentang kemaafan, kebersamaan dan kasih yang sentiasa hidup dalam hati.

Semoga Syawal ini membawa ketenangan, keikhlasan dan hubungan yang lebih erat 🤍
Maaf Zahir & Batin

Tulus Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Kepimpinan dan Warga
Majlis Belia Kaw. Segambut

Salam Ramadhan Al MubarakSelamat menunaikan ibadah puasaMoga segala usaha amalan kita di bulan mulia ini diterima dan di...
24/02/2026

Salam Ramadhan Al Mubarak
Selamat menunaikan ibadah puasa
Moga segala usaha amalan kita di bulan mulia ini diterima dan diberkati oleh NYA


Gong Xi Fa CaiXin Nian Kuai LeSelamat Tahun Baru Cina 2026Semoga tahun baru ini membawa tuah, kegembiraan dan kebaikan k...
17/02/2026

Gong Xi Fa Cai
Xin Nian Kuai Le
Selamat Tahun Baru Cina 2026
Semoga tahun baru ini membawa tuah, kegembiraan dan kebaikan kepada kita semua.


Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Belia Segambut 202615 Februari 2026Padang Arkib Negara MalaysiaGerakan Belia 4B Segamb...
17/02/2026

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Belia Segambut 2026

15 Februari 2026
Padang Arkib Negara Malaysia

Gerakan Belia 4B Segambut dan Majlis Belia Kawasan Segambut telah selesai menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9’s Belia Segambut 2026 dengan jayanya.

Pertandingan ini telah disertai oleh 12 pasukan yang sangat hebat dan padu bagi merebut kejuaraan edisi pertama kali ini. Kesemua pemain telah mempamerkan kebolehan individu yang luar biasa dan menunjukkan semangat kesukanan tinggi.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Kamarudin Bin Haji Hasan, Timbalan Presiden KLFA merangkap EXCO FAM

Tahniah pada pemenang. Bagi pasukan yang kurang bernasib baik kita jumpa lagi di pertandingan akan datang.

Berikut adalah keputusan rasmi :
Juara - Warisan FC
Naib Juara - SKRZ FC A
Ketiga - Sinarian
Keempat - 4B Titiwangsa Allstar
Best Player - Warisan FC
Best Goalkeeper - Warisan FC



⚽️ Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah (9’s) Belia Segambut 2026 🏆Khas untuk Kaki Bola❗️Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut ...
31/01/2026

⚽️ Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah (9’s) Belia Segambut 2026 🏆

Khas untuk Kaki Bola❗️
Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut & Majlis Belia Kawasan Segambut akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Belia Segambut 2026 pada :-

📆 - 15/2/2026 (Ahad)
⏰ - 8:00 pagi
💸 - RM80/Pasukan
📍 - Padang Arkib Negara Malaysia, Jln Duta KL

🎁 Hadiah :-
🥇 RM 800 + Medal + Piala
🥈 RM 500 + Medal
🥉 RM 300 + Medal
🏅 RM 100

Pada yang berminat untuk turut serta boleh klik link dibawah untuk pendaftaran ⤵️⤵️⤵️
https://forms.gle/9z6J1oYBj7DfRq7m6

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
☎️ 019-3656375/012-6648008







Selamat Tahun Baru 2026
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026



🎳 Pertandingan Bowling Beliawanis 2025 🎀Khas untuk Kaum Wanita❗️Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut & Majlis Belia Kawasan...
14/12/2025

🎳 Pertandingan Bowling Beliawanis 2025 🎀

Khas untuk Kaum Wanita❗️
Gerakan Belia 4B Kawasan Segambut & Majlis Belia Kawasan Segambut akan menganjurkan Pertandingan Bowling Beliawanis 2025 pada :-

📆 - 25/12/2025 (Khamis)
⏰ - 10:00 pagi
💸 - Fee RM15 Seorang
📍 - Wangsa Walk Mall Kuala Lumpur

🎁 Hadiah :-
🥇 RM 400 + Medal + Hamper
🥈 RM 300 + Medal + Hamper
🥉 RM 200 + Medal + Hamper
4️⃣ RM 100 + Medal

Pada yang berminat untuk turut serta boleh klik link dibawah untuk pendaftaran ⤵️⤵️⤵️
https://forms.gle/z7rDMvujNp1tPo8W9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi
☎️ 017-9969266/012-2826074





Gerakan Belia 4B Segambut
YMM Segambut

Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Bagi Tahun 2025 (Pemilihan)9 November 2025Ideas Hotel K...
14/11/2025

Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Bagi Tahun 2025 (Pemilihan)

9 November 2025
Ideas Hotel Kuala Lumpur

Mesyuarat dimulakan dengan pesanan ringkas daripada Saudara Lee Khai Chuen David Li, Timbalan Pengerusi Tetap. Seterusnya ucapan alu aluan daripada Saudara Mohd Syafiq Bin Shamsudin, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Segambut. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan buku laporan oleh Saudara Megat Mohd Aiman Bin Mohamad, Setiausaha dan Saudara Abdul Hakim Hafizi Bin Hamizan, Penolong Setiausaha.

Seusainya mesyuarat tersebut, Puan Roza Nurul Nadia Binti Mohamad Johar Roza Nurul Nadia, mantan Pengerusi Majlis Belia Kawasan Segambut telah dilantik sebagai pengerusi sementara bagi meneruskan sesi Pemilihan Ahli Jawatankuasa untuk penggal 2025 - 2028.

Jutaan terima kasih buat semua para perwakilan, pemerhati dan jemputan yang telah hadir sekaligus memeriahkan majlis ini.

Gerakan Belia 4B Segambut
YMM Segambut

Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Bagi Tahun 2025 (Pemilihan)9 November 2025Ideas Hotel K...
13/11/2025

Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan Majlis Belia Kawasan Segambut Bagi Tahun 2025 (Pemilihan)

9 November 2025
Ideas Hotel Kuala Lumpur

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Saudara Mohd Syafiq Bin Shamsudin, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Segambut dan seterusnya ucapan pembukaan daripada Ybrs Encik Halman Bin Salleh, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut. Kemuncaknya mesyuarat telah dirasmikan oleh Ybhg Encik Khairul Rizam Bin Dato Abu Samah, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan.

Jutaan terima kasih buat semua para perwakilan, pemerhati dan jemputan yang telah hadir sekaligus memeriahkan majlis ini.

Gerakan Belia 4B Segambut
YMM Segambut

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.Selamat Hari Malaysia 2025
16/09/2025

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Selamat Hari Malaysia 2025



Nabi Muhammad SAW junjungan Ummat,Membawa rahmat membawa berkat,Marilah perbanyakkan berselawat,Moga beroleh syafaat di ...
05/09/2025

Nabi Muhammad SAW junjungan Ummat,
Membawa rahmat membawa berkat,
Marilah perbanyakkan berselawat,
Moga beroleh syafaat di Hari Akhirat.


Majlis Perundingan Belia Negara 2025 Peringkat Kawasan Segambut (MBPN)30 Julai 2025Auditorium Pejabat DBKL cawangan Sega...
01/08/2025

Majlis Perundingan Belia Negara 2025 Peringkat Kawasan Segambut (MBPN)

30 Julai 2025
Auditorium Pejabat DBKL cawangan Segambut

Majlis Belia Kawasan Segambut dengan kerjasama PBSK Kepong / Segambut Official telah selesai dengan jayanya menganjurkan MBPN dan telah dipengerusikan oleh Ybrs Puan Norfaridah Binti Mohamed Zainudin, Pengurus DBKL cawangan Segambut

MPBN merupakan satu platform sesi perbahasan dan perbincangan dalam perihal isu serta pembangunan semasa warga belia bersama wakil wakil jabatan dan agensi di dalam kawasan Segambut

Majlis Belia Kawasan Segambut telah berjaya membawa sebanyak 6 usul untuk dibincangkan dan diperhalusi. Diharapkan pandangan dan suara belia ini dapat diangkat ke peringkat yang lebih baik dalam memperkukuhkan dan membangun Belia Madani 2030

Gerakan Belia 4B Segambut
YMM Segambut
GPMS Segambut

Address

Menara Tkss, Jalan Segambut
Kuala Lumpur
51200

Telephone

+60133563986

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Kawasan Segambut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share