Homestay Yasmin - Bandar Tasik Selatan

Homestay Yasmin - Bandar Tasik Selatan HOMESTAY YASMIN
BDR. TASIK SELATAN

3 bilik tidur & 2 bilik mandi (tgkt atas)
Dapur boleh digunakan

Sedikit penambahbaikan untuk keselesaan tetamu homestay.
13/05/2025

Sedikit penambahbaikan untuk keselesaan tetamu homestay.

بسم الله الرحمن الرحيم.Gambar Terkini Januari 2022
19/01/2022

بسم الله الرحمن الرحيم.
Gambar Terkini Januari 2022

Gambar Terkini Jan 2022
19/01/2022

Gambar Terkini Jan 2022

Alhamdulillah.. Selesai urusan semakan dan penandaan arah kiblat di setiap bilik dan ruang tamu. semakan & penandaan tel...
29/10/2021

Alhamdulillah.. Selesai urusan semakan dan penandaan arah kiblat di setiap bilik dan ruang tamu. semakan & penandaan telah dilakukan oleh Sdr. Farhan dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. mereka boleh di hubungi di Khidmat Semakan & Penandaan Arah Kiblat Rumah

03/10/2021

Assalamualaikum.. Untuk makluman, Homestay Yasmin, BTS akan beroperasi semula bermula 5hb Nov 2021. Terima Kasih.

01/01/2021

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah.

08/11/2020
12/10/2020

Assalamualaikum .

Homestay akan ditutup sementara sepanjang tempoh PKPB ini di laksanakan.

Semua tempahan disepanjang PKPB ini dilaksanakan akan dibatalkan dan wang deposit akan dipulangkan.

Semoga kita semua dilindungi oleh allah.



Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020
16/09/2020

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020

Selamat Hari Kebangsaan ke-63.
31/08/2020

Selamat Hari Kebangsaan ke-63.

27/08/2020

Berikut adalah Terma & Syarat bagi penginapan di Homestay Yasmin, Bandar Tasik Selatan.

🏡 PENGINAPAN
1. Homestay Yasmin menggunakan sistem "self check-in /check-out"
2. No kod kunci akan diberikan setelah bayaran penuh dibuat.🔐
3. Waktu masuk (check-in) ialah selepas 3 pm. 🕒
4. Waktu keluar (check-out) ialah sebelum 12 pm. 🕛
5. Check-in awal atau check-out lewat dibenarkan tertakluk kepada kekosongan pada hari sebelumnya atau pada hari tersebut. ✅
6. Kadar bayaran untuk check-in awal /check-out lewat adalah sebanyak RM20 untuk setiap jam. 💵
7. Check-in awal sebelum jam 7 pagi akan dikira sebagai 1 malam. 💵
8. Check-out lewat selepas jam 7 malam akan dikira sebagai satu malam. 💵
9. Kawasan di dalam rumah adalah Kawasan Larangan Merokok.🚭
10. Setiap tetamu bertanggungjawab menjaga kebersihan di dalam rumah. Sampah hendaklah dibuang di tong besar di luar rumah semasa check-out. 🚮
11. Setiap tetamu bertanggungjawab untuk memastikan segala peralatan yang digunakan dijaga dengan baik.
12. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan homestay semasa tempoh penyewaan, sila laporkan kepada pihak homestay. Pihak kami berhak untuk meminta gantirugi daripada pihak tetamu jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda sepanjang tempoh penginapan. ⚠️
13. Setiap tetamu bertanggungjawab untuk meletakkan kembali peralatan yang telah digunakan ditempat asal
14. Setiap tetamu diminta menghormati jiran tetangga dan tidak membuat bising sehingga menganggu ketenteraman. 🔇
15. Dilarang membawa binatang peliharaan di kawasan homestay. ⛔
16. Setiap tetamu bertanggungjawab memastikan keselamatan diri dan rumah sepanjang menginap di homestay. ⚠️
17. Sebarang MAJLIS adalah tidak dibenarkan sama sekali di Kawasan Homestay⛔
18. Setiap kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan homestay dan parkir yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan penduduk.🅿️
19. Jangan parkir kenderaan anda di hadapan rumah jiran walaupun rumah tersebut kosong. ⛔
20. Jangan meletakkan kenderaan anda sehingga menganggu lalulintas.⛔
21. Makanan dan minuman yang haram disisi islam tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Homestay. ⛔
22. Dilarang menggunakan atau membenarkan homestay digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.⛔
23. Tetamu dikehendaki mendaftarkan diri di Pos Pengawal sebelum memasuki kawasan perumahan homestay. Setiap tetamu adalah tertakluk kepada syarat syarat yang dikenakan oleh pihak Biro Keselamatan, Persatuan Penduduk Bandar Tasik Selatan Fasa 2.⚠️
24. PIHAK HOMESTAY BERHAK MEMBATALKAN PENGINAPAN DENGAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI TETAMU TELAH MELANGGAR PERATURAN KAMI.⚠️

💵 BAYARAN
1. Untuk tempahan, deposit sebanyak RM100 akan dikenakan.
2. Pembatalan tempahan dibenarkan jika dibuat 5 hari sebelum tarikh masuk. Jika pembatalan dibuat kurang dari 5 hari, deposit tidak akan dipulangkan.
3. Bayaran penuh hendaklah dibuat selewat lewatnya sehari sebelum tarikh masuk.
4. Semua Transaksi adalah melalui online banking 🏦 sahaja.

JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK HOMESTAY.

Terima Kasih,

Homestay Yasmin, Bandar Tasik Selatan
☎️ 012 388 2242

Address

4, Jalan Tasik Selatan 25, Bandar Tasik Selatan
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Yasmin - Bandar Tasik Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share