Persatuan Alumni SMA MAIWP KL

Persatuan Alumni SMA MAIWP KL Merangka dan melaksanakan program pembangunan bagi bekas murid/guru SMAMAIWP secara bersepadu, terancang dan holistik.

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (ALUMNI SMAMAIWP) telah dilancarkan oleh Tuan Haji Muhd Adnan bin Abdullah, mantan Pengetua SMA-MAIWP kedua bertempat di Tun Rahah Grand Hall, Menara Tun Razak pada 28 Oktober 2011. Encik Wan Syahmin bin Wan Zaini telah dilantik sebagai Presiden pertama bagi memimpin Persatuan Alumni SMAMAIWP. Tanggal 26 Disember 2011 m

elalui Mesyuarat Tahun Yang Pertama, tertubuhlah organisasi bagi melancarkan pergerakan Persatuan ALUMNI SMAMAIWP. Seramai 16 orang bekas murid dari Generasi Pertama (First Batch) telah dilantik mengisi kekosongan pelbagai jawatan. Setelah empat tahun berlalu, Majlis Tertinggi Jawatankuasa ALUMNI 2011/2014 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan ALUMNI SMAMAIWP kali pertama pada 12 Julai 2014 bertemoat di Qaah Al- Qardhawi, Kompleks SMAMAIWP. Melalui undian majoriti, Encik Muhammad Asyraf bin Johari telah dilantik sebagai Presiden Persatuan ALUMNI SMAMAIWP kedua bagi mengetuai Jawatankuasa ALUMNI 2014/2016. Dibawah pimpinan beliau, Persatuan ALUMNI SMAMAIWP telah berjaya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 8 September 2014.

20/03/2025
Insha-Allah Ust. Mior Ahmad Fitri (18 & 19 Mac)  dan Ust. Alif Fitri (13 Mac) akan turun mengambil bahagian menjadi Imam...
09/03/2025

Insha-Allah Ust. Mior Ahmad Fitri (18 & 19 Mac) dan Ust. Alif Fitri (13 Mac) akan turun mengambil bahagian menjadi Imam Solat Terawih di Surau Al-Mukhlisin SMA MAIWP

JADUAL IMAM TARAWIH SMA MAIWP 2025...
Alumni juga turut mengambil bahagian. Alhamdulillah.

Tahniah buat pendebat kita!Pencapaian yang sangat membanggakan semua.
24/02/2025

Tahniah buat pendebat kita!

Pencapaian yang sangat membanggakan semua.

Selamat datang adik-adik Tingkatan 1 ke keluarga SMA MAIWP! Perjalanan baru ini adalah peluang untuk menimba ilmu, membe...
22/02/2025

Selamat datang adik-adik Tingkatan 1 ke keluarga SMA MAIWP!

Perjalanan baru ini adalah peluang untuk menimba ilmu, membentuk akhlak dan membina jati diri sebagai pelajar yang cemerlang.

Hargai setiap saat di sini, hormati guru, eratkan ukhuwah, dan terus berusaha untuk kejayaan dunia dan akhirat. Semoga SMA MAIWP menjadi medan terbaik untuk kalian berkembang dan mencapai impian!

Tahniah Adik-Adik SMA MAIWP!Hari ini menandakan satu pencapaian besar dalam hidup kalian—selesai sudah perjuangan SPM! S...
04/02/2025

Tahniah Adik-Adik SMA MAIWP!

Hari ini menandakan satu pencapaian besar dalam hidup kalian—selesai sudah perjuangan SPM! Syabas atas usaha keras, doa dan kesabaran sepanjang perjalanan ini.

Ingat, keputusan nanti hanyalah satu titik dalam perjalanan panjang menuju kejayaan. Apa pun hasilnya, yang penting adalah semangat untuk terus maju dan memperbaiki diri. Allah SWT menilai usaha, bukan hanya natijah.

Gunakan masa ini untuk berehat, refleksi, dan merancang langkah seterusnya. Dunia ini luas dengan peluang—rebutlah yang terbaik untuk masa depan kalian!

Teruskan melangkah dengan keyakinan dan doa. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kalian.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT  SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN SMA-MAIWP YANG KE-1825 Januari 2025, Kuala Lumpur - P...
26/01/2025

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN SMA-MAIWP YANG KE-18

25 Januari 2025, Kuala Lumpur - Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) dengan kerjasama SMA MAIWP dan Surau Al-Mukhlisin SMA MAIWP telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena ulang tahun penubuhan sekolah yang ke-18.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil arwah dan doa selamat serta solat Isyak berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Mior Ahmad Fitri (Batch 1).

Seterusnya, Sdr. Uzair Addin, telah menyampaikan ucapan pembukaan. Dalam ucapannya, beliau telah menzahirkan penghargaan kepada pihak pentadbiran SMA MAIWP yang diterajui oleh Pengetua, Pn. Gamarofizan Zainal Abidin, atas sokongan dan kerjasama dalam penganjuran pelbagai aktiviti persatuan melibatkan semua anggota Persatuan yang terdiri daripada 13 generasi lepasan sekolah.

Selain itu, Sdr. Uzair juga memberitahu bahawa sebagai sebuah persatuan yang semakin berkembang, sambutan ulang tahun ini bukan hanya untuk mengenang perjalanan masa lalu, tetapi juga sebagai landasan untuk terus mempereratkan silaturahim antara pihak pentadbiran Sekolah, Alumni, guru-guru yang pernah berkhidmat di sini dan semua warga SMA MAIWP.

Pengetua SMA MAIWP p**a dalam ucapan perasmian turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis ini. Pengetua turut menyatakan kesediaan pihak pentadbiran SMA MAIWP untuk bekerjasama dengan Persatuan dalam pelbagai ruang termasuk peningkatan akademik dan sahsiah para pelajar SMA MAIWP serta aktiviti sosial dan kebajikan warga Persatuan keseluruhannya.

Alumni mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis ini. Semoga momentum kerjasama dan kebersamaan ini akan terus disemarak bagi kebaikan semua pihak melalui penglibatan yang lebih ramai dalam kalangan anggota Persatuan pada masa akan datang.

SELAMAT ULANG TAHUN KE-18 SMA MAIWPAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Pada hari yang penuh bermakna ini, SMA MAIWP ...
22/01/2025

SELAMAT ULANG TAHUN KE-18 SMA MAIWP

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Pada hari yang penuh bermakna ini, SMA MAIWP genap berusia 18 tahun! Dengan penuh rasa syukur, kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua alumni, guru-guru, dan bekas guru-guru yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan SMA MAIWP dalam membina kecemerlangan akademik, sahsiah, dan ukhuwah sepanjang tempoh ini.

Seiring dengan sambutan ulang tahun ini, kami ingin mengajak semua alumni, guru-guru, dan bekas guru-guru SMA MAIWP untuk bersama-sama memeriahkan:

Bagi mengesahkan kehadiran, tuan/puan dijemput untuk mengisi borang melalui pautan berikut:

https://forms.gle/Qt7pCdrr9ZoR8HiK7

Marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan ini untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan menghargai jasa sekolah yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 SMA MAIWPAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahte...
13/01/2025

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 SMA MAIWP

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh kesyukuran, Persatuan Alumni SMA MAIWP dengan kerjasama Surau Al-Mukhlisin SMA MAIWP ingin menjemput semua alumni SMA MAIWP dan guru-guru untuk menghadiri Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat & Solat Hajat sempena Ulang Tahun Ke-18 SMA MAIWP.

🗓 Tarikh: 25 Januari 2025 (Sabtu)
🕡 Masa: 6:30 petang - 10:00 malam
📍 Lokasi: Surau Al-Mukhlishin, SMA MAIWP

Nota penting:
Program ini adalah secara potluck, oleh itu semua dijemput untuk membawa juadah makanan untuk dikongsi bersama. Minuman malam akan disediakan.

Bagi mengesahkan kehadiran, tuan/puan dijemput untuk mengisi borang melalui pautan berikut:
📋 https://forms.gle/Qt7pCdrr9ZoR8HiK7

Marilah kita memeriahkan majlis ini bersama-sama dalam suasana ukhuwah dan kesyukuran. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu sahabat lama serta memperkukuh hubungan silaturrahim di kalangan alumni dan sekolah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 019-2527689 (Uzair Addin)
📞 019-3909809 (Nurul Akhilah)
📞 012-6879149 (Ustaz Tarmizi Abdullah)

Semua dijemput hadir.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda!

Persatuan Alumni SMA MAIWP
Surau Al-Mukhlisin SMA MAIWP

26/06/2024

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL RINGKAS

Assalamualaikum w.b.t.,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni SMA-MAIWP KL akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Ringkas seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Jun 2024
Hari: Khamis
Masa: 8.45 malam
Medium: https://meet.google.com/wgq-rtmg-ksx

Untuk makluman pihak tuan/puan, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mendoakan kesejahteraan arwah ibu kepada saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini yang pergi pada 23 Jun 2024 dan sahabat alumni yang telah pergi meninggalkan kita seperti berikut:

1. Almarhum Muhammad Hanif bin Zulkarnain (Batch 1)
2. Almarhumah Fatimah Az Zahra binti Rahmat (Batch 1)
3. Almarhum Ahmad Zuhairi bin Ahmad Fauzi (Batch 3)
4. Almarhum Haziq Hakimi bin Rabidi (Batch 5)
5. Almarhum Hussain Hakimi bin Ridzuan (Batch 7)
6. Almarhum Muhammad Syafiq bin Zabidi (Batch 5)

Sehubungan itu, sahabat-sahabat yang berkelapangan adalah dijemput untuk menyertai majlis ini.

Majlis akan dipimpin oleh Ust. Mior Ahmad Fitri, Imam Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas.

Semoga kehadiran sahabat semua dapat menambah keberkatan dan keserian majlis insya-Allah.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Uzair Addin - 0192527689

Sekian, terima kasih.

PERSATUAN ALUMNI SMA-MAIWP KL

Tahniah kepada adik adik dan guru-guru SMA MAIWP!
08/06/2023

Tahniah kepada adik adik dan guru-guru SMA MAIWP!

Address

No. 2, Jalan Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni SMA MAIWP KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Alumni SMA MAIWP KL:

Share

Category