D'Astana Chik Pah Homestay

D'Astana Chik Pah Homestay Homestay yang terletak di bandar Kuala Lumpur, mnawarkan penginapan yang dilengkapi dengan plbagai kemudahan.

Tempahan
En Zahid : 01123087060
En.Syuk. : 018-977 0090

D Astana Chik Pah
(Homestay)
Blok E15-0-4
Jalan 4/76B Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur

Malaysia ini syurga makanan. Pagi nasi lemak, tengah hari ayam gepuk, malam kunafa pistachio dengan air matcha. Seronok ...
09/12/2025

Malaysia ini syurga makanan.

Pagi nasi lemak, tengah hari ayam gepuk, malam kunafa pistachio dengan air matcha. Seronok di lidah, tapi senyap-senyap perut kita buat kerja berat setiap hari.

Sebab itu tak hairan bila angka obesiti kita makin naik. Dulu masalahnya makan kerap. Sekarang lagi bahaya.

Satu hidangan pun dah cukup untuk kalori satu hari. Nasi lemak tomahawk, cake in bowl, kunafa pekat syrup, air matcha manis berkrim.

Portion besar, gula tinggi, tapi kita panggil itu “reward”.

Masalahnya, badan tak nampak gambar aesthetic. Badan cuma nampak lemak yang disimpan, gula yang melambung, tekanan darah yang perlahan-lahan naik.
Jadi jujur sekejap dengan diri sendiri. Dalam lima menu viral itu, yang mana paling kerap singgah dalam hidup anda sekarang, dan apa satu perubahan kecil yang anda sanggup cuba bermula tahun 2026 ?

Orang Malaysia s**a kaitkan semua benda dengan angin.Sakit kepala - angin.Perut tak selesa - angin.Dada ketat - angin.Sa...
22/11/2025

Orang Malaysia s**a kaitkan semua benda dengan angin.
Sakit kepala - angin.
Perut tak selesa - angin.
Dada ketat - angin.
Sakit belakang - pun angin.

Padahal “angin” yang kita maksudkan tu bukan semata-mata dari makanan.
Banyak benda lain dalam hidup harian kita yang buat tubuh rasa tak selesa,
tapi kita senang sangat salahkan nasi lemak, kopi, atau cuaca.

Ada hari badan rasa sebu bukan sebab makan pedas, tapi sebab kita tidur tak cukup dan usus bergerak perlahan.

Ada hari perut berbunyi dan kembung bukan sebab salah makan, tapi sebab stress tinggi, dan usus terima isyarat itu dulu sebelum otak.

Ada hari dada rasa ketat bukan sebab angin naik,
tapi sebab kita terlalu cemas, dan tubuh balas dengan cara yang kita tak sedar.

Ada hari kita rasa pening atau melayang
bukan sebab “angin dalam kepala”,
tapi sebab dehidrasi ringan atau tekanan darah berubah bila bangun terlalu cepat.

Bila kita salah faham semua ini sebagai angin,
kita tertinggal tanda kecil yang tubuh cuba beritahu.
Kadang kadang ia cuma perlukan air.
Kadang perlukan rehat.
Kadang perlukan kita bertenang.
Bukan selalu perlukan minyak, pil, atau urut.

Ya, makanan boleh buat angin.
Tapi bukan semua rasa tak selesa datang dari perut.
Kita cuma dah terbiasa guna satu perkataan untuk semua rasa pelik dalam badan.

Kalau badan bagi isyarat yang sama berulang ulang, jangan hanya fikir “ini angin”.
Cari sekejap punca sebenar,
supaya kita tak rawat salah dan abaikan apa yang sepatutnya dijaga.

Kuah campur dan kuah banjir… kegemaran ramai.Tapi mungkin inilah punca kegemukan yang kita tak pernah sangka.Setiap hari...
18/11/2025

Kuah campur dan kuah banjir… kegemaran ramai.
Tapi mungkin inilah punca kegemukan yang kita tak pernah sangka.

Setiap hari waktu makan tengah hari, kita pun ada rutin yang sama.Nasi separuh… lauk seketul… tapi kuah mesti banjir.

Siap minta kuah campur. Kuah kari sikit, kuah sambal sikit, kuah kicap siram atas nasi bagi berkilat. Nampak macam tak ada apa pun. Nampak macam “alah, kuah je kot”.

Tapi di sinilah ramai orang terperangkap.

Kuah yang nampak cair tu sebenarnya penuh minyak halus yang terapung. Penuh gula tambahan untuk naikkan rasa.Penuh garam untuk kuatkan aroma. Satu senduk saja boleh cecah 60 sampai 120 kalori.

Dan kita jarang berhenti pada satu.
Sekali banjir, dua tiga senduk masuk tanpa kita sedar.

Sambal p**a lagi licik.
Rasa pedas manis dia datang daripada gula yang ditambah berkali-kali. Minyak p**a digunakan banyak untuk bagi sambal tahan lama.Sudu kecil sambal pun dah boleh jadi 70 sampai 100 kalori.

Tapi kita tak rasa apa sebab ia tak buat kenyang.
Inilah bahaya kuah.

Dia bagi rasa, tapi tak bagi kenyang.
Kalori masuk, tapi perut rasa tak senak.
Kita makan macam biasa, tapi jumlah sebenar dah naik dua kali ganda.

Orang selalu salahkan nasi.
Salahkan lauk.

Tapi jarang orang nampak kuah inilah pencetus kenaikan berat yang perlahan tapi konsisten.
Tambah 100 ke 200 kalori sehari dari kuah saja sudah cukup untuk naik 2 ke 4 kilo dalam beberapa bulan.

Naik senyap, naik perlahan, tapi naik juga.

Dan bila kita tengok sekeliling, sebenarnya ramai yang ada masalah sama.Bukan sebab makan banyak. Tapi sebab makan “banjir”.

Kita tak perlu berhenti makan sedap.
Tak perlu tinggalkan lauk kegemaran.
Cuma mula dengan satu perubahan kecil.

Kurangkan kuah.
Kurangkan campur.
Ambil sekadar bagi rasa, bukan bagi tenggelam nasi.

Perubahan kecil ini yang perlahan-lahan buat badan rasa ringan.
Rasa senang naik tangga.
Rasa selesa pakai baju.
Rasa kembali sihat.

Kadang yang menggemukkan bukan apa kita nampak. Tapi apa yang kita rasa remeh. Kuah banjir yang kita anggap biasa. Dan bila kita mula kawal benda kecil macam ni, hidup pun perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih sihat.

sudahkah hati kita bersedia menyambutnya?masa terasa cepat berlalu,jangan lupa ganti puasa yang masih tertinggal,agar na...
09/11/2025

sudahkah hati kita bersedia menyambutnya?
masa terasa cepat berlalu,
jangan lupa ganti puasa yang masih tertinggal,
agar nanti kita masuk ramadhan dengan hati yang tenang dan bersih 🤍

Lelaki yang biasanya kuat dan banyak cakap tiba-tiba senyap. Berselimut tebal sampai nampak kepala je, setiap kali cuba ...
29/10/2025

Lelaki yang biasanya kuat dan banyak cakap tiba-tiba senyap. Berselimut tebal sampai nampak kepala je, setiap kali cuba bangun, badan menggigil, kepala berdenyut, suara pun tenggelam. Nak makan pun tak lalu.
Nampak macam selesema ringan, tapi cara dia “flat” tu lain macam.

Fenomena ni sebenarnya dikenali sebagai “Man Flu”. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan lelaki yang nampak “lebih parah” bila demam atau selesema ringan.

Ramai anggap lucu, tapi dalam dunia perubatan…ada asas biologi di sebalik gurauan itu.

Penjelasan Saintifik

Kajian mendapati hormon testosteron yang tinggi pada lelaki boleh memberi kesan imunosupresif iaitu melemahkan tindak balas sistem imun terhadap virus.

Lelaki juga mungkin lebih mudah mendapat komplikasi daripada jangkitan influenza,
dan proses pemulihan mereka cenderung lebih perlahan.

Ada juga teori bahawa otak lelaki memproses sakit dengan cara berbeza bahagian yang mengawal motivasi dan tenaga lebih mudah “shutdown” bila demam, menjadikan mereka cepat letih dan rasa lemah sepenuhnya.

Jadi bila lelaki demam sampai terbaring, bukan semata-mata drama tubuh mereka memang secara fisiologi sedang bekerja keras melawan jangkitan.

Saranan
1. Rehat cukup. Tidur yang berkualiti penting supaya imun pulih cepat.

2. Minum air secukupnya. Demam menyebabkan kehilangan cecair badan.

3. Kurangkan stres & berhenti merokok. Dua faktor ni terbukti melemahkan imun lelaki.

4. Dapatkan rawatan bila perlu. Jangan tahan atau tunggu “kebah sendiri”.

Bila lelaki demam, jangan cepat kata “drama”.
Kadang tubuh mereka memang sedang berperang sungguh-sungguh dari dalam.
Berikan masa untuk rehat, bantu jaga makan dan minum, dan bagi sedikit ruang untuk pulih.

Sebab kadang…
lelaki yang selalu melindungi orang lain pun, perlukan masa untuk dimanjakan juga.

Makin handsome sejak bila kurus ni? Nampak jawline. Apa rahsia? Intermittent fasting ke? Cut sugar ke?Kita gelak. Kita p...
25/10/2025

Makin handsome sejak bila kurus ni? Nampak jawline. Apa rahsia? Intermittent fasting ke? Cut sugar ke?

Kita gelak. Kita puji.
Tapi kita tak tahu, mungkin dia sebenarnya tak makan.
Bukan sebab diet, tapi sebab tak lalu, tak tenang, tak bahagia.

Kadang depression tak datang dengan air mata.
Ia datang dengan mata yang tenggelam, senyum yang dibuat-buat, dan badan yang makin susut.

Dan bila orang sekeliling sibuk memuji perubahan luaran,
kita lupa tanya “kau betul-betul okay ke?”

Tapi kalau dia jawab, “Aku okay je.”
Jangan terus percaya. Kadang “okay” tu cuma cara dia suruh diri terus hidup.

Duduklah sekejap. Tanya lagi dengan lembut, bukan mendesak.
Temankan dia minum, ajak berjalan, atau duduk diam bersama.
Sebab orang yang nampak paling kuat selalunya dah lama penat, cuma belum rebah.

Bukan semua orang perlukan nasihat. Ada yang cuma perlukan seseorang yang tak pergi.

H1N1: Virus Lama yang Masih Hidup Dalam Musim Influenza Hari IniTahun 2009, di sebuah kawasan luar bandar di Mexico, beb...
16/10/2025

H1N1: Virus Lama yang Masih Hidup Dalam Musim Influenza Hari Ini

Tahun 2009, di sebuah kawasan luar bandar di Mexico, beberapa pesakit datang ke klinik dengan demam tinggi, batuk kuat dan sesak nafas.

Tapi bila diuji, virusnya pelik bukan influenza biasa. Ia campuran tiga dunia: virus manusia, virus burung dan virus babi. Dari situ lahirlah satu nama yang kemudian menggoncang dunia H1N1, atau “swine flu.”

Virus ini berpunca daripada mutasi di ladang babi, di mana pelbagai jenis virus bercampur dan bertukar genetik. Apabila ia berjaya menjangkiti manusia, H1N1 mula merebak dengan pantas.

Dalam masa beberapa minggu, dari Mexico ia sampai ke Amerika Syarikat, kemudian ke Asia, Eropah dan akhirnya ke seluruh dunia.

WHO mengisytiharkan pandemik global pertama abad ke-21. Lebih 200 negara terjejas, jutaan orang dijangkiti, dan ribuan kehilangan nyawa terutama kanak-kanak, ibu mengandung, dan pesakit kronik.

Tamiflu

Ketika dunia dilanda pandemik H1N1 pada tahun 2009, Tamiflu (Oseltamivir) menjadi antara senjata utama dalam perang menentang virus ini.

Waktu itu, belum ada vaksin lagi dan Tamiflu satu-satunya ubat yang terbukti mampu mengurangkan kesan dan kadar kematian akibat H1N1.

Tamiflu diberikan kepada pesakit dalam 48 jam pertama selepas simptom bermula.
Ia tidak membunuh virus, tetapi menghalang virus daripada membiak, menjadikan:
• Gejala lebih ringan
• Tempoh sakit lebih pendek
• Risiko radang paru-paru dan kematian berkurang

Vaksin H1N1

Namun dengan usaha pantas saintis menghasilkan vaksin influenza H1N1, kes mula menurun. Saintis dah lama hasilkan vaksin influenza setiap tahun. Jadi bila H1N1 muncul, mereka cuma perlu ubah sedikit formula, dan vaksin dapat dihasilkan dengan cepat.

Pada tahun 2010, pandemik berakhir, tapi virus itu tak hilang. Ia kini hidup dalam bentuk Influenza A (H1N1)pdm09, yang masih beredar setiap tahun dan dilindungi oleh vaksin influenza tahunan.

Berdasarkan data yang ada, A(H1N1)pdm09 masih salah satu strain utama yang beredar sekarang di rantau ini termasuk kemungkinan besar di Malaysia.

Bezanya, hari ini kita lebih bersedia.
Kita ada vaksin tahunan yang melindungi daripada H1N1, H3N2 dan Influenza B, serta pengalaman berharga dari pandemik dulu.
Tapi ramai masih fikir influenza sekadar “demam kuat.”

Setiap kali kita ambil vaksin influenza, kita sebenarnya sedang meneruskan pertahanan yang pernah menyelamatkan berjuta nyawa dahulu.

Kerana virus tidak pernah lenyap ia cuma menunggu bila manusia mula lupa.

12/10/2025
🌺 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓! Tanggal 16 September mengingatkan kita akan perpaduan, pengorbanan dan semangat ...
15/09/2025

🌺 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓! Tanggal 16 September mengingatkan kita akan perpaduan, pengorbanan dan semangat kebersamaan yang menjadi asas terbentuknya Malaysia. 🇲🇾 Dengan semangat Malaysia MADANI, kita terus melangkah maju memastikan rakyat disantuni, kesejahteraan dipelihara, dan negara terus sejahtera

🌸✨ *Salam Maulidur Rasul 1447H* ✨🌸اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍHari ini k...
04/09/2025

🌸✨ *Salam Maulidur Rasul 1447H* ✨🌸

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Hari ini kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW 💖, insan agung yang membawa rahmat, cahaya & pedoman untuk seluruh alam.

Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak Baginda yang penuh kasih sayang 🤲🏼, sabar dalam ujian, dan sentiasa menebarkan kebaikan kepada sesama manusia.

Mari bersama-sama memperbanyakkan selawat serta menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita 🌹

Selamat menyambut **Maulidur Rasul 1447H / 2025M**
🌸 *“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat teladan yang baik untuk kamu”* (Al-Ahzab:21)

*Ini bukan post politik.Ini kisah tentang orang-orang yang jarang sekali dapat penghargaan.Selalunya bila disebut bantua...
04/09/2025

*Ini bukan post politik.
Ini kisah tentang orang-orang yang jarang sekali dapat penghargaan.

Selalunya bila disebut bantuan, fokus diberikan kepada B40. Mereka memang layak, mereka memang perlu.

Tapi bagaimana p**a dengan M40 & lain lain. Hidup nampak selesa, tapi komitmen setiap bulan buat gaji cepat habis. Tidak cukup longgar untuk rasa senang, tidak cukup “layak” untuk bantuan.

Bertahun-tahun lalui hidup begini bayar cukai, tunaikan tanggungjawab tapi jarang sekali merasa ada bahagian.

Bila tiba-tiba diberi baucar untuk barangan dapur, perasaan itu lain. Seronok menolak troli, sampai kaunter hanya hulur IC. Gabung 2 orang dapat juga cover barang dapur untuk 1 bulan.

Bukan nilai yang penting.

Yang membuat mereka tersenyum ialah rasa “akhirnya ada juga bahagian untuk aku.”

"Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni"Merdeka ! Merdeka! Merdeka !
31/08/2025

"Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni"

Merdeka ! Merdeka! Merdeka !

Address

Blok E15-0-4Desa Pandan Jalan 4/76B
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60189770090

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Astana Chik Pah Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share