Homestay Kuala Lumpur

Homestay Kuala Lumpur Homestay Petaling Jaya
Homestay Shah Alam
Homestay Kuala Lumpur
Short term stay
Vacation rental

Terima kasih atas minat dan sokongan anda. Akan tetapi, kami tidak lagi beroperasi untuk homestay. Jika anda berminat un...
22/09/2021

Terima kasih atas minat dan sokongan anda. Akan tetapi, kami tidak lagi beroperasi untuk homestay. Jika anda berminat untuk mencari bilik sewa untuk jangka masa pendek atau panjang, hubungi kami di Pakar Bilik - The Room Expert

. "Happy working from home ataupun di tempat kerja! Semangat terus berkerja! Semoga pekerjaanmu dilancarkan, diberikan r...
23/05/2021

. "Happy working from home ataupun di tempat kerja! Semangat terus berkerja! Semoga pekerjaanmu dilancarkan, diberikan rezeki yang melimpah dan berkat. Keep spirit!"

30/05/2020

𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗡𝗜..
Minggu ini kami telah meraikan tetamu kami yang terakhir. Sewaktu mengemas, teringat bagaimana ia semuanya bermula.

Kami memulakan perjalanan ke dalam dunia homestay ini 3 tahun lepas pada bulan Mei tahun 2017. Ketika itu ia merupakan suatu eksperimen, ke atas sebuah apartment yang tidak dapat disewakan. Dari satu, jadilah dua, tiga, empat dan seterusnya, sehinggalah melebihi 10 rumah yang kami tawarkan sebagai pilihan homestay.

Menguruskan homestay merupakan pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga, berjumpa orang yang datang untuk duduk sementara, berbeza dengan yang menyewa untuk jangka masa panjang. Memang ada rancangan untuk berbalik kepada menguruskan secara sewaan jangka panjang, kerana itulah kepakaran utama kami. Akan tetapi perasaan sayang tu masih ada untuk meninggalkan bidang homestay.

Penangan COVID19 dan PKP telah mempercepatkan keputusan itu. Demi keselamatan semua, kami terpaksa menutup semua lokasi dari disewa buat sementara waktu sebagai homestay. Memandangkan sektor pelancongan/travel sangat terjejas dan dijangka akan terus terjejas sehingga vaksin ditemua, kami membuat keputusan untuk beredar dari industri ini dan menumpukan kepada pengurusan sewaan jangka panjang.

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan tetamu-tetamu kami yang telah memberikan sokongan dan yang telah menginap di My Casa Homestay.

Kami kini meneruskan perjalanan melalui page Nak Urus Sewa, di mana kami membantu para pemilik rumah sewa untuk menguruskan dan mendapatkan pulangan sewa lebih baik. Like dan follow page kami untuk berita-berita dan tips-tips sewaan. Jumpa di sana!

Kami membantu pemilik rumah sewa yang tak lena tidur malam, dan kerugian kerana tak tahu, tak ada masa, tak nak stress untuk mengurus rumah sewa, dengan membantu menguruskan segalanya dari A ke Z hingga mereka perlu goyang kaki je tunggu duit masuk

23/05/2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas salah dan silap, maaf zahir dan batin.

18/05/2020

Hari Raya bakal menjelma. Bagi kebanyakan kita, ia akan disambut jauh dari keluarga tercinta. Bagaimana agaknya keadaannya nanti ye? Akan tetapi ia tidak semestinya tanpa kehadiran tersayang. Dengan bantuan teknologi kini, yang jauh boleh didekatkan. Jauh di mata, dekat di hati.

Bagaimana dengan rancangan Hari Raya anda nanti?

Malam ini adalah malam ke 25 Ramadhan, malam ganjil. Semoga kita bertemu dengan malam Lailatul Qadar, yang padanya lebih...
17/05/2020

Malam ini adalah malam ke 25 Ramadhan, malam ganjil. Semoga kita bertemu dengan malam Lailatul Qadar, yang padanya lebih baik dari 1000 bulan.

12/05/2020
11/05/2020

Tribute kepada pasukan frontliners yang bertungkus lumus menyelamatkan negara kita khususnya, dan kita juga sebagai rakyat Malaysia yang mematuhi dan berdisiplin (walaupun kadang2 ada yang curi keluar).

Hari ini hari istimewa. Sambutan berganda hari Kitab kita disempurnakan, dan hari sambutan orang terpenting dalam hidup ...
09/05/2020

Hari ini hari istimewa. Sambutan berganda hari Kitab kita disempurnakan, dan hari sambutan orang terpenting dalam hidup kita. Selamat menyambut Nuzul Quran, dan selamat Hari Ibu.

Jom kita sama2 install aplikasi MyTrace ni untuk membantu kerajaan untuk membendung wabak Covid19. Jika berlaku sebarang...
08/05/2020

Jom kita sama2 install aplikasi MyTrace ni untuk membantu kerajaan untuk membendung wabak Covid19. Jika berlaku sebarang jangkitan, dengan adanya aplikasi ni, pegawai KKM boleh check di handphone pesakit siapa yang berada berdekatan orang tu dalam tempoh 21 hari yang lepas. Ini memudahkan mereka memanggil kesemua untuk segera melakukan ujian untuk mengelakkan wabak merebak lagi berleluasa.

Kami dah install. Anda bagaimana?

Address

296 Jalan Ampang
Kuala Lumpur
50450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Feels like home..

We provide fully furnished, well equipped, affordable holiday apartment suites and vacation homes. Our homes are wide ranging from studio apartments to as large as four bedrooms, located across Klang Valley, specially Kuala Lumpur, Petaling Jaya and Shah Alam. Whether you are a solo traveler, a couple, family or large groups, we have the capability and capacity to provide you a comfortable stay at unbeatable value.