Bandu Buana Glamping

Bandu Buana Glamping Magical glamping in the heart of rural Kuala Pilah. Join the journey and let's embrace nature⛺
☎️010-454 9086

CHANDRA TENT🌿Bangun pagi dengan bunyi alam, hirup udara segar, dan nikmati ketenangan yang sukar ditemui di bandar.Chand...
31/07/2026

CHANDRA TENT🌿

Bangun pagi dengan bunyi alam, hirup udara segar, dan nikmati ketenangan yang sukar ditemui di bandar.

Chandra Tent menawarkan pengalaman glamping yang ringkas tetapi selesa, lengkap dengan kolam rendaman persendirian untuk anda berehat sambil dikelilingi kehijauan hutan.

Sama ada untuk percutian bersama pasangan, keluarga, atau sekadar mencari ruang untuk “disconnect” daripada kesibukan harian, di sinilah tempatnya.

29/07/2026

Setiap langkah ada sebabnya.

Rumah ini sedang kami bina agar Tiny House yang ada sekarang dapat dibuka kepada lebih ramai tetamu yang ingin merasai pengalaman menginap dalam suasana alam yang tenang.

Bukan sekadar membina sebuah rumah baharu, tetapi memberi ruang kepada lebih ramai untuk mencipta kenangan.

Masih dalam pembinaan. Semoga segala urusan dipermudahkan, dan apabila siap kelak, setiap penat lelah ini akan menjadi sebuah cerita yang berbaloi.

Sedikit demi sedikit, sebuah impian sedang dibina.

21/07/2026

Adakalanya, yang usang itu bukan untuk dibiar rebah, tetapi untuk diperbaharui dengan tangan yang berusaha.

Geladak ini telah sekian lama menanggung panas mentari dan basah hujan. Maka tibalah saatnya ia dibaik pulih, agar kembali teguh seperti sediakala.

Pada hari ini, Fuad dan Halil berganding tenaga, menanggalkan papan yang telah uzur, lalu menggantikannya dengan yang baharu. Setiap ketukan tukul, setiap putaran skru, menjadi saksi bahawa sesuatu yang dibina dengan ikhlas akan sentiasa dipelihara.

Sesungguhnya, tempat yang indah bukan sekadar didirikan, bahkan dipelihara dengan penuh amanah agar setiap tetamu dapat menikmati keselesaan dan ketenangan.

15/07/2026

Nyaman, tenang, dan santai..

Jauh perjalanan membawa langkah, Bandu Buana menjadi tempat singgah, pulangnya bukan sekadar membawa gambar, tetapi seri...
07/07/2026

Jauh perjalanan membawa langkah, Bandu Buana menjadi tempat singgah, pulangnya bukan sekadar membawa gambar, tetapi seribu cerita.

Bagi yang bertanya berapa kos untuk full set Kelemayar Glamping tent ini, RM 40K.
22/06/2026

Bagi yang bertanya berapa kos untuk full set Kelemayar Glamping tent ini, RM 40K.

Biarkan alam berbicara, sementara jiwa berehat.
18/06/2026

Biarkan alam berbicara,
sementara jiwa berehat.

16/06/2026

Suasana damai di Bandu Buana, tenang dan santai.

11/06/2026

Melodi rintik hujan sebagai peneman. Kelemayar🏕️

Address

Bandu Buana Glamping
Kuala Pilah
72000

Telephone

+60104549086

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bandu Buana Glamping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bandu Buana Glamping:

Shortcuts

Share

Category