Homestay KAMI

Homestay KAMI Jalan Kuantan - Endau

Tepi jalan utama Rompin-Endau
20-30 minit dari Kg Leban Chondong
5-10 minit dari bandar Kuala Rompin
20-30 minit ke bandar Tanjong Gemok/Jeti Tg Gemok-Pulau Tioman/Endau
1 jam ke bandar Mersing/Jeti Mersing-Pulau Tioman
1 jam dari Taman Negeri Endau-Rompin

Rumah Semi-D...
3 bilik (katil saiz Queen setiap bilik)
2 bilik air
Siaran Astro Basic
Berhawa dingin (Ruang Tamu)
Kipas Siling setiap bilik


Set Dapur Lengkap
Ruang Makan Lengkap
Seterika
Toto (2 helai) dan bantal tambahan (4 biji) disediakan tanpa sebarang tambahan bayaran

29/05/2023
29/05/2023

NASI AYAM PENYET

Bahan-bahan:
Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
1 ekor ayam, potong 4 atau 8
1 ketul kiub ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putih
air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:
1/2 sudu jintan manis *
1/2 sudu jintan putih *
3 sudu besar ketumbar *
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:
Lebihan perapan rempah ayam
1 biji telur
1/2 cawan tepung beras
Bahan-bahan untuk nasi ayam:
3 cawan beras, bersihkan dan tos
6 cawan air rebusan ayam, atau ikut s**atan jenis beras yang digunakan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu besar mentega atau minyak sapi
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:
1 ikat sup bunjut adabi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1 batang serai
bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
10 biji cili padi
10 biji cili merah
10 biji bawang merah, belah 4
3 biji bawang putih, hiris kasar
3 biji tomato, belah 4
5 cm belacan bakar
1/2 gengam ikan bilis
3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
secawan minyak
limau nipis atau limau kasturi
sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:
Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau seketika.
Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:
Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda s**a).
Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
Kemudian goreng tomato sehingga layu.
Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.

[Resepi : Che Nom]

25/02/2023
25/02/2023
04/02/2023
31/01/2023
31/01/2023

Address

NO 3, Lorong Rompin Permai 1
Kuala Rompin
26800

Telephone

+60103013074

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay KAMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay KAMI:

Share

Category