Homestay Seri Ibai Permai Terengganu

Homestay Seri Ibai Permai Terengganu Assalamualaikum w.b.t. Seri Ibai Permai merupakan penginapan jenis bilik, dan terdapat 15 unit bilik pelbagai saiz di sini.

𝗛𝗢𝗠𝗘𝗦𝗧𝗔𝗬 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟

� Harga Bilik berbeza mengikut jenis bilik
� Parking berpagar dan kawalan CCTV 24H
� Semua bilik berhawa dingin
� Led TV
� Hotshower
� Berdekatan bandar KT Homestay Seri Ibai Permai telah ditubuhkan pada Januari 2011 yang bertapak di 987, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Lokasi kami berhampiran dengan pusat bandar Kuala Terengganu, ha

nya dalam jarak kurang 6km serta berdekatan dengan lokasi pelancongan yang menarik seperti Pantai Batu Burok, Masjid Terapung Kuala Ibai, Drawbridge, Pasar Payang, Masjid Kristal dan Noor Arfa Craft Centre. Memahami permintaan tinggi dalam industri ini, kami telah melebarkan sayap dengan membuka unit penginapan jenis rumah iaitu Seri Minang Cottage, Kuala Ibai dan Seri HillView Villa, Chendering (ditutup operasi pada pertengahan 2021) dan Seri Villa Golf, Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus. Selain itu, kami juga mempunyai unit penginapan jenis bilik di daerah Marang iaitu Aqil Beach Inn yang terletak di tepi pantai Rhu Muda, kira-kira 30 minit memandu ke pusat bandaraya Kuala Terengganu. Terdapat 13 unit bilik pelbagai saiz di sini dengan pilihan pemandangan laut yang berlatarkan Pulau Kapas. Sebagai salah satu pemain industri yang aktif dalam bidang pelancongan di negeri Terengganu, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke semua unit penginapan kami. Semoga anda dapat mencipta kenangan indah sepanjang percutian anda di sini dan selesa dengan penginapan yang kami tawarkan. Selamat datang ke Terengganu Darul Iman. Selamat datang ke rangkaian penginapan Seri Ibai Permai!

01/04/2026

Asalamualaikum. Masih ada lagi ke regular guest Homestay Seri Ibai Permai Terengganu kat sini?
Jemput datang menginap semua🫶

22/03/2026

23/02/2026

Memang tak rugi akak pilih bilik superior queen!
Nak tahu sebab apa??
Sebab superior Queen ni bilik paling depan sekali. Sebelah dengan kuanter nak check in. Parking dekat sangat, jalan beberapa langkah sampai bilik. .
Ada yang tak larat nak jalan, nak tarik bagi banyak-banyak jangan lupa book superior Queen. 😉

22/02/2026

🌸MARHABAN YA RAMADAN🌸
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1447H/2026
"Ya Allah, di Bulan Ramadan ini, berilah kepada kami kesihatan yang baik,rezeki yang berkah dan berlimpah, kelancaran dan semangat dalam beribadah serta terimalah ibadah daripada kami dengan sebenar-benar penerimaan", Aamiin.
.
Homestay Seri Ibai Permai Kuala Terengganu.

Address

Kuala Ibai
Kuala Terengganu
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Seri Ibai Permai Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share