D'Suri Homestay

D'Suri Homestay 1 Unit rmh banglo private pool, 4 bilik & 1 Unit rmh Semi-D,3 bilik. Hanya 10km dr bandar K.Trgn.

Penginapan utk percutian di Kuala Terengganu
https://t.me/sumcsidek

22/11/2025

Check out D'Suri Homestay Pool LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from D'Suri Homestay Pool.

21/11/2025
10/11/2025

“Disangka pening kepala biasa, rupa-rupanya…”

“Doktor… kenapa kepala saya rasa berpusing sampai tak boleh jalan lurus?”
Suara Puan Khadijah bergetar. Wanita berusia 66 tahun itu duduk perlahan-lahan di kerusi, kedua-dua tangannya menggenggam tepi meja saya.

Saya memandangnya. Pandangannya kabur, langkahnya tidak stabil.
“Puan ada demam?”
“Sikit je mula-mula, doktor. Lepas tu dah hilang. Tapi pening… pening ni tak hilang.”

Dia menggeleng. “Saya tak batuk, tak semput, tak turun berat badan. Cuma… badan rasa tak sedap.”

Saya menyusun semula sejarahnya.
Tiada batuk. Tiada sakit dada. Tiada sesak nafas. Tiada simptom dramatik yang biasanya membawa saya terus kepada paru-paru.

Tetapi ada satu perkara yang mencuit perhatian saya.
“Puan ada merokok?”
“Tak pernah, doktor. Tapi…” Dia berhenti seketika. “Saya dulu kerja di pejabat yang sempit. Kawan-kawan saya ramai yang merokok. Hari-hari saya hidu asap tu.”

Passive smoker. Pendedahan bertahun-tahun. Walaupun sudah lama berlalu, paru-paru kadang-kadang menyimpan cerita yang kita tak sangka.



Babak 1: CT Brain – Permulaan Debaran

Puan Khadijah berjalan perlahan ke bilik CT scan dengan bantuan jururawat. Dari jauh saya melihat tubuh kecilnya hilang di sebalik pintu besi tebal.

“Doktor, hasil CT brain dah keluar.”
Saya mengangkat muka.

Banyak tompokan putih.
Multiple lesions.

Dua kemungkinan muncul serta-merta:
1. Kanser yang sudah merebak ke otak, atau
2. Jangkitan kuman di otak

Saya menarik nafas panjang. Hati terasa berat.

Saya kembali ke bilik rawatan.
“Puan… ada beberapa tompokan di otak puan,” kata saya perlahan.
Mata Puan Khadijah membesar. “Tompokan? Maksud doktor… ketumbuhan?”
“Belum tentu. Kita perlu siasat paru-paru dan organ lain dulu. Kadang-kadang ia jangkitan. Kadang-kadang… ia petanda kanser yang datang dari tempat lain.”

Dia memejamkan mata. Nafasnya perlahan, teratur tapi penuh ketakutan.
“Doktor… saya takut.”



Babak 2: CT Thorax – Kebenaran Mula Tersingkap

CT thorax, abdomen dan pelvis dilakukan segera.

Ketika imej muncul di skrin, dada saya terasa tenggelam.

Di paru-paru kanan – satu ketulan besar.
Di kelilingnya – penyebaran ke pleura.
Di mediastinum – kelenjar membesar.
Di atas buah pinggang – kelenjar adrenal turut terlibat.

Hampir keseluruhan badan sudah disinggahi oleh sesuatu yang agresif.

Saya menutup mata seketika.
“Ya Allah… kuatkan hati pesakit ini.”

Saya duduk di hadapan Puan Khadijah.
“Puan, ada ketulan di paru-paru. Kita perlu buat bronkoskopi untuk ambil sampel. Kita juga perlu lakukan prosedur untuk mengambil sedikit tisu dari paru-paru.”

Puan Khadijah menggenggam tangan saya.
“Doktor… saya tak pernah sakit apa-apa. Kenapa tiba-tiba macam ni?”
Saya menelan air liur.
“Kadang-kadang, penyakit datang senyap… tanpa memberi banyak tanda.”

Air mata Puan Khadijah menitis.
“Anak-anak saya… macam mana saya na beritahu mereka.”



Babak 3: Bronkoskopi – Dua Jawapan dalam Satu Prosedur

Di dewan bronkoskopi, saya memasukkan tiub halus perlahan-lahan ke dalam saluran pernafasannya. Ketulan di bronkus kelihatan jelas.

Cecair lavage yang diambil dihantar untuk ujian MTB/RIF PCR.

Hari berlalu perlahan.

“Doktor, keputusan bronkoskopi dah siap.”

Saya membuka fail keputusan.

MTB/RIF PCR – DETECTED

Saya terdiam.
“Ya Allah…”
TB pada masa yang sama?

Bagi pesakit lain, ini sudah berita besar. Tetapi saya tahu perjalanan Puan Khadijah belum habis di sini.



Babak 4: Biopsi Paru – Jawapan Paling Berat

CT-guided lung biopsy dilakukan.

Beberapa hari kemudian, keputusan histopatologi tiba:

Moderately differentiated Adenocarcinoma

Kanser paru-paru.
Jenis yang paling biasa bagi pesakit bukan perokok.
Jenis yang sering dikaitkan dengan passive smoking.

Dan tahapnya?

Sudah menjadi Stage 4 kerana:
• merebak ke otak
• merebak ke pleura
• merebak ke kelenjar dada
• merebak ke adrenal

TB p**a mengiringi

Saya memanggil keluarga dan Puan Khadijah ke bilik konsultasi.

“Puan… kita dah dapat keputusan penuh.”
Saya berhenti seketika, memastikan suara saya tidak bergetar.

“Ada kanser di paru-paru puan. Kanser jenis adenocarcinoma. Ia telah merebak.”

Puan Khadijah memandang ke lantai. Tidak menangis. Tidak menjerit. Hanya diam.
Diam yang menyakitkan.

Anaknya yang sulung memegang bahu ibunya.
“Mak… kami ada kat sini. Kita hadapi sama-sama.”

Saya menyambung, “Selain itu, ada jangkitan TB paru-paru. Kita akan mulakan rawatan TB segera. Untuk kanser, ada rawatan sasaran tertentu yang mungkin sesuai berdasarkan ujian genetik tumor. Kita akan cuba bantu puan sehabis baik.”

Puan Khadijah akhirnya bersuara perlahan, hampir berbisik.
“Doktor… saya masih nak hidup untuk tengok cucu-cucu membesar.”

Saya menggenggam tangannya.
“Kita akan berjuang, puan. Hari ini bukan titik noktah.”



Babak 5: Pengajaran dari Kisah Puan Khadijah
1. Kanser paru-paru bukan hanya berlaku pada perokok.
Passive smoking bertahun-tahun boleh meninggalkan parut yang tidak kelihatan hingga saat terakhir.
2. Tidak semua pesakit ada batuk, sesak nafas atau turun berat badan.
Ada yang datang dengan simptom yang sangat “biasa”, seperti pening kepala.
3. Diagnosis awal memberi peluang rawatan yang lebih baik.
Datanglah berjumpa doktor apabila ada sesuatu yang “tidak biasa” pada badan.
4. Ketabahan seorang ibu adalah luar biasa.
Walaupun menerima dua diagnosis berat serentak – kanser paru-paru tahap 4 dan TB – Puan Khadijah tetap memikirkan keluarga lebih daripada dirinya.
5. Pemeriksaan kesihatan berkala sangat penting, terutama bagi mereka yang mempunyai pendedahan asap rokok di tempat kerja atau di rumah.



Saya melihat Puan Khadijah melambai perlahan semasa dia meninggalkan bilik rawatan pada hari itu.
Langkahnya masih goyah. Tetapi ada sedikit cahaya di matanya.
Harapan.

Dan selagi ada harapan, kita terus berjuang.


CT scan menunjukkan ketumbuhan di paru-paru kanan

Untuk konsultasi kesihatan paru-paru:
https://encoremed.io/smcv /154


——————

“Thought It Was Just Ordinary Dizziness, But It Was Actually…”

“Doctor… why does my head feel like it’s spinning? I can’t even walk straight.”
Puan Khadijah’s voice trembled. The 66-year-old woman eased herself into the chair, both hands gripping the side of my table.

I studied her closely. Her gaze was unfocused; her steps had been unsteady.
“Do you have fever?”
“A little bit at the start, doctor. Then it went away. But this dizziness… it never leaves.”

She shook her head.
“No cough, no breathlessness. No weight loss. Just… this awful feeling in my body.”

I reviewed her history again.
No cough.
No chest pain.
No shortness of breath.
No dramatic symptoms that usually steer me immediately toward the lungs.

But one detail stood out.
“Did you ever smoke?”
“Never, doctor. But…” She paused. “I used to work in a small office. My colleagues smoked all the time. I inhaled that smoke every single day.”

Passive smoker. Years of exposure. Even long after the smoke has cleared, the lungs sometimes hold stories we never expect.



Scene 1: CT Brain – The Beginning of the Unraveling

Puan Khadijah walked slowly toward the CT scan room, assisted by a nurse. From afar, I watched her small frame disappear behind the heavy steel door.

“Doctor, the CT brain results are out.”
I looked up immediately.

There were multiple white patches.
Multiple lesions.

Two possibilities surfaced at once:
1. Cancer that had spread to the brain, or
2. A brain infection

I took a slow breath. My chest felt heavy.

I returned to the consultation room.
“Puan… there are several spots in your brain,” I said gently.
Her eyes widened. “Spots? Doctor… you mean tumors?”
“Not necessarily. We need to check your lungs and other organs. Sometimes it’s infection. Sometimes… it’s a sign that cancer has spread from elsewhere.”

She closed her eyes. Her breath was slow and steady, but filled with fear.
“Doctor… I’m scared.”



Scene 2: CT Thorax – The Truth Begins to Reveal Itself

We proceeded with the CT of the thorax, abdomen, and pelvis.

When the images appeared on the screen, my heart sank.

In the right lung — a large mass.
Around it — spread to the pleura.
In the mediastinum — enlarged lymph nodes.
Above the kidneys — adrenal involvement.

The disease had reached almost every corner of her body.

I closed my eyes briefly.
“O God… give strength to this patient.”

I sat across from her.
“Puan, there is a mass in your lung. We need to do a bronchoscopy to take samples. We also need a needle biopsy.”

She gripped my hand.
“Doctor… I’ve never had any serious illness. Why now? Why so sudden?”
I swallowed hard.
“Sometimes, disease grows quietly… without any warning.”

Her tears fell silently.
“My children… they don’t even know I came to the hospital today.”



Scene 3: Bronchoscopy – Two Answers in One Procedure

Inside the bronchoscopy suite, I slowly guided a thin tube into her airway. The tumor was clearly visible.

The lavage fluid was sent for MTB/RIF PCR testing.

Hours passed slowly.

“Doctor, the bronchoscopy result is ready.”

I opened the report.

MTB/RIF PCR – DETECTED

I froze.
“Oh God…”
TB as well?

For another patient, that diagnosis alone would have been overwhelming.
But for Puan Khadijah… I knew this wasn’t the end.



Scene 4: Lung Biopsy – The Heaviest Truth

The CT-guided lung biopsy was performed.

A few days later, the histopathology report arrived:

Moderately differentiated Adenocarcinoma

Lung cancer.
The most common type in non-smokers.
Often associated with passive smoke exposure.

And the stage?

It was already Stage 4, because:
• it had spread to the brain
• spread to the pleura
• spread to mediastinal nodes
• spread to the adrenal glands
• and TB infection was also present

I called the family into the consultation room.

“Puan… we have the full results now.”
I paused, making sure my voice remained steady.

“There is cancer in your lung. Adenocarcinoma. And it has spread.”

Puan Khadijah lowered her gaze. She didn’t cry. She didn’t shout.
She just stayed silent.
A silence that carried the weight of a thousand emotions.

Her eldest child placed a hand on her shoulder.
“Mak… we’re here. We’ll go through this together.”

I continued, “There is also TB in your lung. We will start TB treatment immediately. For the cancer, we will run genetic testing to see if targeted therapy is suitable. We will help you however we can.”

At last, she whispered, barely audible.
“Doctor… I still want to live long enough to see my grandchildren grow up.”

I held her hand gently.
“We will fight, puan. Today is not the end.”



Scene 5: Lessons from Puan Khadijah’s Story
1. Lung cancer does not only happen to smokers.
Years of passive smoking can be dangerous even without touching a cigarette.
2. Some patients have no cough, no breathlessness, no weight loss.
Some present with something as “simple” as dizziness.
3. Early detection offers better treatment options.
Seek medical attention when something feels “not right.”
4. The strength of a mother is extraordinary.
Even with two heavy diagnoses—Stage 4 lung cancer and TB—Puan Khadijah thought of her family first.
5. Regular health checks are essential, especially for those with prolonged exposure to cigarette smoke at work or at home.



I watched her wave as she left the clinic that day.
Her steps were still unsteady.
But in her eyes… there was a glimmer of light.
Hope.

And as long as there is hope, we continue to fight.


CT scan is showing growth in right lung

For lung health consultations:
https://encoremed.io/smcv /154

08/11/2025
08/11/2025

Assalamualaikum....Lama x jenggok page Dsuri ni....bersawang dah. Dsuri still beroperasi sprt dulu. Mulai hari ni kak chik akan update aktiviti dsuri kat page ni semula. Sahabat yg masih ingat kak chik nanti boleh follow acc TT Dsuri ya ❤️

https://www.tiktok.com/.homestay.po?_r=1&_t=ZS-91EBrQyMcG0

24/09/2024

Kalau dah pernah lawat KL, Melaka, Ipoh, Penang, dan Langkawi, sekarang masa yang sesuai untuk try destinasi yang kurang ramai pelancong. Jom explore Kuala Terengganu (KT) di pantai timur Malaysia! 🏖️ Tak hairan la KT dikenali sebagai "Bandar Warisan Pesisir Air" sebab lokasi dia yang cantik tepi pantai 🏝️.

KT memang sesuai untuk solo traveler, boleh jalan kaki je sekitar bandar 🚶‍♀️. Pemandangan dia memang cantik 🌅, ada sungai 🏞️, tempat shopping 🛍️, hiburan 🎬, dan budaya yang kaya 🏯, semua dekat-dekat je! Boleh naik shuttle bus 🚌 ke muzium, p**au 🏝️, dan tempat menarik lain. Lagi best, bayaran pun senang, boleh guna AliPay/Touch 'n Go, tak perlu bawa cash banyak 🧾. Memang senang la.

Jangan lupa singgah kat Ikonik Jambatan Angkat Terengganu 🌉! Jambatan ni pertama kat Asia Tenggara dan ada dek pemerhatian kat tingkat 15. Dari situ boleh tengok pemandangan Kuala Terengganu 🏙️, Sungai Terengganu, dan Laut China Selatan 🌊. Ada juga lantai kaca yang buat pengalaman tu lagi thrill! 🤩

Sebab tempat ni tak crowded dengan pelancong, harga hotel dan makanan pun murah gila! 🍜 Kena try Nasi Dagang, Nasi Kerabu, dan Laksam. Paling best Keropok Lekor kat sini, ikan dia fresh dan tak bertepung sangat macam kat tempat lain. Jangan lupa cuba kuih tradisional macam Satar Goreng, Kuih Akok, Kuih Nekbat dan banyak lagi!

KT pun mesra untuk budak-budak 🎉. Banyak aktiviti menarik untuk diorang. Kat Noor Arfa Craft Complex, budak-budak boleh try lukis batik 🎨. Kat tepi pantai 🏖️, boleh naik kuda 🐎 atau kereta kuda ala Cinderella. Kat Pusat Sains & Kreativiti Terengganu ada banyak pameran pendidikan 🔬 dan petting zoo 🐇. Kat KTCC Mall pun ada playground indoor 🛝 sesuai untuk anak-anak.

Kalau s**a pantai 🏖️, KT memang best! Pantai dia cantik dan tak ramai orang 🏝️. Boleh sewa motor 🛵 RM 35 (lebih kurang RM7.40) sehari dan cari pantai tersembunyi 💎 sepanjang pesisir pantai! Kalau ada masa, pergi Pulau Redang 🏖️ atau Perhentian 🏝️, atau buat day trip ke Pulau Kapas ⛵.

Tak perlu risau tersesat 🗺️, nak cari makanan sedap 🍲 atau tempat tinggal 🏨—semua dah cukup lengkap! Ada itinerary percuma yang boleh download, siap dengan nombor bas 🚌, klinik 🏥, money exchange 💱, dan sewa motor. Boleh ambil kat wall saya 📲.

Nak ke KT dari KL pun murah je! Boleh naik bas 🚌 dari TBS serendah RM 40 (lebih kurang RM8.50) 💸, atau kalau nak cepat, tiket flight return ✈️ start dari RM 130 (lebih kurang RM27.70). Ada juga bas terus dari KLIA dengan harga tetap RM 70 (lebih kurang RM14.90). 🎟️ Kalau nak diskaun, guna TripDOTcom untuk potongan RM 20 ($4.25) untuk flight ✈️ atau RedBus untuk potongan RM 15 ($3.20) untuk tiket bas 🚌. KT memang hidden gem 💎 yang berbaloi untuk explore dan tak memakan bajet!

05/08/2024

💥💥💥Promosi Bulan Ogos semperna birthday anak syurga kami ❤️❤️❤️

🍀Harga Asal RM500/malam

📌Untuk tarikh 10-30 ogos D'Suri open booking dg harga CUMA RM400/MaLaM🥰🥰

Cepat2 lock tarikh sebelum full ye
FIRST COME, FIRST SERVE 🥰🥰

💕PAKEJ HOMESTAY + Private POOL🏊‍♀️

🏡4Bilik Aircond + 2 Bilik Air

🌹10KM ke Bandar Kuala Terengganu
Nak booking klik je link dibawah
Hubungi Kami :-
privatepool/promosibulanogos https://www.wasap.my/601123553994

Address

Lot 7379 Jalan Pelong Utama, Lorong Haji Zuri Tok Hakim
Kuala
HTTPS://MAPS.APP.GOO.GL/TGAJGMMSTXYMFRJ57

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Suri Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Suri Homestay:

Share

Category