04/08/2026
Terima kasih kepada semua RXZ Members yang memilih Sofea Homestay sebagai tempat singgah sepanjang RXZ Members 9.0. Walaupun pertemuan kita hanya seketika, kehadiran anda semua meninggalkan kenangan yang sukar untuk kami lupakan🥰
Rumah yang sebelum ini sunyi kembali meriah dengan gelak tawa, deruman enjin dan ukhuwah yang terjalin. Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada kenangan kami.
Jangan serik untuk datang lagi ke Terengganu. Pintu Sofea Homestay akan sentiasa terbuka untuk menyambut anda semua. Bukan sekadar tetamu yang datang dan pergi, tetapi sebagai insan yang telah meninggalkan kenangan di hati kami. Semoga kita dipertemukan lagi pada RXZ Members yang akan datang. Insya-Allah❤️🏍️ LUNCURRRRR🚀