Primula Beach Hotel

Primula Beach Hotel Primula Beach Hotel Sdn Bhd | (199501016590) (345793-W) Kuala Terengganu 09-6222100

SATU LAGI PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN!Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu berbesar hati menerima Sijil Penghargaan da...
04/08/2026

SATU LAGI PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN!

Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu berbesar hati menerima Sijil Penghargaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu atas komitmen, kerjasama dan sokongan sebagai rakan strategik dalam menjayakan Program Hubungan Strategik Malaysia–Indonesia 2026 serta Demonstrasi Masakan Nasi Lemak Al-Sultane™ Sari Mempawah yang berlangsung di Keraton Kerajaan Amantubillah, Mempawah, Kalimantan Barat, Republik Indonesia.

Pengiktirafan ini menjadi inspirasi buat kami untuk terus memberikan komitmen terbaik dalam mempromosikan hospitaliti Malaysia di peringkat antarabangsa serta mengukuhkan hubungan strategik antara dua negara.

Terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang diberikan. 💙

🇲🇾 PROMOSI HARI MERDEKA DI PRIMULA BEACH HOTEL! 🇲🇾Sempena Bulan Kebangsaan, nikmati hidangan istimewa kami sepanjang 1 O...
02/08/2026

🇲🇾 PROMOSI HARI MERDEKA DI PRIMULA BEACH HOTEL! 🇲🇾

Sempena Bulan Kebangsaan, nikmati hidangan istimewa kami sepanjang 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026!

Hainanese Chicken Chop – RM26 nett
Primula Sizzling Steak – RM45 nett

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati hidangan lazat dalam suasana yang selesa di Bayu Restaurant, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.

📞 Tempahan & pertanyaan: 012-933 4100

Jangan lepaskan peluang menikmati promosi istimewa ini. Jumpa anda di Primula Beach Hotel!

Majlis Ringkas Penyerahan Jersey Latihan Persatuan Hoki Terengganu 🏑Alhamdulillah, majlis yang berlangsung pagi tadi di ...
01/08/2026

Majlis Ringkas Penyerahan Jersey Latihan Persatuan Hoki Terengganu 🏑

Alhamdulillah, majlis yang berlangsung pagi tadi di Bayu Restaurant, Primula Beach Hotel telah selesai dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan demi pembangunan sukan hoki di Terengganu.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji Rosli Bin Latif atas pelantikan sebagai Pegawai Kewanga...
01/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji Rosli Bin Latif atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dalam menerajui amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi kemajuan serta kesejahteraan negeri.

Ikhlas daripada
Pengurusan dan Warga Kerja
Primula Beach Hotel Kuala Terengganu

Selamat Bersara, YB Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak.Seluruh warga Primula Beach Hotel merakamkan setingg...
31/07/2026

Selamat Bersara, YB Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak.

Seluruh warga Primula Beach Hotel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan bakti YB Dato’ sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.

Kami juga amat menghargai sumbangan YB Dato’ sebagai Ahli Lembaga Pengarah Primula Beach Hotel bagi tempoh 2019 hingga 2025, yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan hotel.

Terima kasih atas segala jasa. Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta rahmat yang berpanjangan. 🌸

31/07/2026

Salam Jumaat | 15 Safar 1448H 🌿

Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi kesempatan bertemu penghulu segala hari.

Semoga hari Jumaat ini membawa keberkatan, ketenangan dan dipermudahkan segala urusan. Perbanyakkan selawat, doa serta amal kebaikan. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita dan mengurniakan rahmat buat kita semua.

Selamat Menunaikan Solat Jumaat.

31 Julai 2026 | 15 Safar 1448H

Kekal Aktif Sepanjang Penginapan Anda!Di Primula Beach Hotel, keselesaan anda adalah keutamaan kami. Selain menikmati su...
29/07/2026

Kekal Aktif Sepanjang Penginapan Anda!

Di Primula Beach Hotel, keselesaan anda adalah keutamaan kami. Selain menikmati suasana pantai yang mendamaikan, tetamu yang menginap (in-house guests) juga boleh menggunakan kemudahan gimnasium yang disediakan untuk mengekalkan gaya hidup sihat sepanjang percutian atau urusan kerja.

Bersenam, segarkan minda dan kekal bertenaga sepanjang penginapan anda.

Sempena Hari Kelemasan Sedunia, terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas demonstrasi keselamatan a...
25/07/2026

Sempena Hari Kelemasan Sedunia, terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas demonstrasi keselamatan air dan perkongsian ilmu yang bermanfaat di Primula Beach Hotel. Bersama kita tingkatkan kesedaran demi keselamatan semua. ❤️🚒

24/07/2026

Jom jumpa kami di MAH Tourism Fair Kuala Lumpur 2026! 🇲🇾

📍 Sunway Velocity Mall
🗓️24 – 26 Julai 2026
🕚 11.00 pagi – 9.00 malam

Rebut Promosi Istimewa Primula Beach Hotel!
Bilik Deluxe + Sarapan, Hanya RM220 semalam.

Jumpa anda di booth kami! 💙

Address

Jalan Persinggahan
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Primula Beach Hotel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Primula Beach Hotel:

Shortcuts

Share

Category