06/07/2026
Di saat ada yang kata macam-macam kepada Terengganu, menakut-nakutkan bukan Islam dengan Islam, takutkan orang dengan “green wave”, tetapi fakta depan mata berkata sebaliknya.
Elok sahaja duta dan wakil diplomatik Eropah datang ke Terengganu.
Bukan seorang dua, tetapi delegasi Kesatuan Eropah yang diketuai Duta EU ke Malaysia, Rafael Daerr, bersama wakil daripada 15 negara Eropah.
Mereka datang untuk mengenali Terengganu dengan lebih dekat, memperkukuh hubungan persahabatan dan melihat ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada negeri, Malaysia dan Kesatuan Eropah.
Lebih menarik, Duta EU turut melihat Terengganu berpotensi dalam bidang ekonomi hijau, kecerdasan buatan atau AI serta TVET.
Maknanya, ketika ada pihak sibuk menjual ketakutan terhadap “green wave”, dunia luar p**a melihat Terengganu sebagai negeri yang ada potensi dalam “green economy”.
Itu beza politik persepsi dengan realiti depan mata.
Terengganu menjaga agama, tetapi tetap terbuka membina hubungan dengan dunia luar.
Terengganu kekal dengan identiti Islam, tetapi tidak pernah menutup pintu kepada kerjasama, pelaburan, pendidikan, teknologi dan hubungan antarabangsa.
Jadi, kalau ada yang masih mahu menakut-nakutkan orang dengan nama Terengganu, biarlah.