Pengakap Terengganu

Call Directions Website Contact the business

Pengakap Terengganu Official page for Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu

PUTRAJAYA, 9Oktober 2026- Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dalam kunjungan hormat kepada Tuan Mohd Amirul...
10/10/2026

PUTRAJAYA, 9Oktober 2026- Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu dalam kunjungan hormat kepada Tuan Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Delegasi diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu bersama YBhg. Dato' Haji Abdul M**e bin Ngah, Naib Yang Dipertua II dan Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu.

Turut serta Puan Hajah Zah binti Mohamad, Setiausaha Kehormat Negeri, Tuan Haji Abdul Salim bin Adam, Bendahari Kehormat Negeri serta Ahli-Ahli Majlis Pengakap Negeri iaitu YBhg Dato’ Norhaidi bin Yunus, YBhg. Dato' Wan Ahmad Samir bin Mohd Nor, Tuan Haji Ahmad Suhaimi bin Haji Abu Bakar dan Tuan Haji Ahmad Rostam bin Mohamad.

Kunjungan ini bagi membincangkan persiapan penganjuran Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu (TIJ100) yang akan berlangsung pada 17-21 Disember 2026 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohd Amirul Rizal dan warga Tourism Malaysia atas sambutan mesra dan perkongsian pandangan yang amat bermakna. Semoga kerjasama ini dapat menjayakan TIJ100 demi kebanggaan Terengganu dan Malaysia.


-21/12/2026


PUTRAJAYA, 9 Oktober 2026- Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan kepada Pengerusi Y...
10/10/2026

PUTRAJAYA, 9 Oktober 2026- Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan kepada Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Kunjungan diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, bersama Dr. Shahrul Azwan bin Mohamad @ Endut Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan turut bersama, Puan Hajah Zah bt Mohamad, Tuan Haji Abd Salim bin Adam, YBhg. Dato' Wan Ahmad Samir bin Mohd Nor, Tuan Haji Ahmad Suhaimi bin Abu Bakar dan Tuan Haji Ahmad Rostam bin Mohamad.

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' Haji M**e bin Ngah, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang sudi menerima dan meraikan kehadiran kami dengan penuh kemesraan dan YBhg Datuk Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB yang turut bersama meraikan kami.

InsyaAllah Pertemuan ini menjadi jambatan mengukuhkan silaturahim dan membuka pintu kerjasama demi manfaat bersama khususnya dalam pendidikan dan pembangunan pengakap.


-21/12/2026


JOM SERTAI FORUM KHAS SEMPENA TIJ100!JOIN THE SPECIAL FORUM IN CONJUNCTION WITH TIJ100!  -21/12/2026
09/10/2026

JOM SERTAI FORUM KHAS SEMPENA TIJ100!

JOIN THE SPECIAL FORUM IN CONJUNCTION WITH TIJ100!


-21/12/2026

JOM SERTAI ACARA KHAS SEMPENA TIJ100!JOIN THE SPECIAL EVENTS FOR TIJ100!  -21/12/2026
08/10/2026

JOM SERTAI ACARA KHAS SEMPENA TIJ100!JOIN THE SPECIAL EVENTS FOR TIJ100!


-21/12/2026

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober 2026 – Delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Pes...
07/10/2026

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober 2026 – Delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, YBrs. Dr. Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Jusman Bin Ibrahim di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut bersama dalam delegasi ini adalah Naib Yang Dipertua II, YBhg. Dato' Haji Abdul M**e Bin Ngah, Setiausaha Kehormat Negeri, Puan Hajah Zah Binti Mohamad serta barisan kepimpinan Majlis Pengakap Negeri Terengganu.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan penyelarasan Penganjuran Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu (TIJ100) yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 21 Disember 2026 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus.

Selain itu, pertemuan ini turut memfokuskan perancangan Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu yang bakal dikurniakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja.

Pertemuan dua hala ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak kerajaan negeri bagi menjayakan kedua-dua acara berprestij tersebut.


-21/12/2026

🔥 JOM SERTAI JOTA-JOTI 2026 STESEN TERENGGANU! 🔥HEBAHAN PENDAFTARAN PROGRAMJOTA JOTI 2026 (JAMBORI DI UDARA KALI KE 69 &...
07/10/2026

🔥 JOM SERTAI JOTA-JOTI 2026 STESEN TERENGGANU! 🔥

HEBAHAN PENDAFTARAN PROGRAM
JOTA JOTI 2026 (JAMBORI DI UDARA KALI KE 69 & JAMBORI DI INTERNET KALI KE 30)

Tarikh Program: 17 hingga 18 Oktober 2026 08.00 pg - 05.00ptg (Sabtu,melebihi 500 hari berikut.)
Tempat: KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL
Tarikh Akhir Daftar: Ahad, 11 Oktober 2026 jam 11:59 malam

Bayaran: RM50.00( Makan Minum,Kudapan,Skaf,Lencana,Sijil & Aktiviti)

📋 SILA SEDIAKAN MAKLUMAT BERIKUT:
▫️ Nama Penuh & No. Kad Pengenalan
▫️ Nama Sekolah Peserta

📌 PAUTAN SISTEM T-STAR 2.0:
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/tstar2

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
CARA 1: PENDAFTARAN AWAM (PUBLIC)
1. Masuk ke pautan di atas.
2. Klik pada butang Pendaftaran Awam (Public).
3. Pilih Penganjur: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
4. Pilih Program: JOTA JOTI 2026 (JAMBORI DI UDARA KALI KE 69 & JAMBORI DI INTERNET KALI KE 30)
5. Pilih Daerah anda dan isi borang yang disediakan.
6. Untuk mendaftar lebih dari seorang murid, klik butang "+ Tambah Murid".
7. Sekiranya mendaftar peserta dari pelbagai sekolah, pastikan mod "Sekolah Berbeza" ditandakan.
8. Untuk mendaftar guru pengiring, klik butang "+ Tambah Guru".

CARA 2: PENDAFTARAN OLEH SEKOLAH
1. Masukkan Kod Sekolah dan Kata Laluan di portal utama (Kata laluan asal ialah kod sekolah).
2. Di menu kiri, klik "Daftar Murid Baru" / "Daftar Guru Baru".
3. Pilih Penganjur: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
4. Pilih Program: JOTA JOTI 2026 (JAMBORI DI UDARA KALI KE 69 & JAMBORI DI INTERNET KALI KE 30)
5. Isi borang pendaftaran yang terpapar.

CARA SEMAK / KEMASKINI PENDAFTARAN
1. Log masuk menggunakan Kod Sekolah di portal utama.
2. Klik pada menu "Semak / Edit Murid" atau "Semak / Edit Guru".
3. Pilih Penganjur: PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
4. Pilih Program: JOTA JOTI 2026 (JAMBORI DI UDARA KALI KE 69 & JAMBORI DI INTERNET KALI KE 30)

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi :📞 Encik Mohd Khairul Ikhwan: +6013-996 6160


-21/12/2026

05/10/2026
05/10/2026

Selain Awang Nelang dan Mek Ara, bunga kenanga turut dipilih sebagai identiti rasmi TIJ100 yang melambangkan keharuman dan perpaduan.

05/10/2026

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober – Seramai 18,000 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai ‘Terengganu International Scout Jamboree (TIJ100)’ sempena sambutan 100 Tahun Pengakap Negeri Terengganu, Disember ini.RINGKASAN BERITA AI − Program lima hari, 17 hingga 21 Disember 2026 di Kem...

Address

Pejabat Pentadbiran MPNT, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pengakap Terengganu:

Share

Category