Homestay Teratak Ibunda

Homestay Teratak Ibunda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Homestay Teratak Ibunda, Hotel & Lodging, Jalan Kamaruddin, Kuala.

04/03/2024

Resepi Ayam Buttermilk Simple

Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
susu cair
bawang putih, hiris halus (xguna bawang besar)
Butter
daun kari
cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
Masukkan telur dan garam ke dlm mgkuk pastu masukkan ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. (Kalau xmau pedas jgn boh cili)
Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Boh garam dan gula secukupnya. Siap ! ❤️

Photos from Nurul Q Aini

22/02/2024

RESEPI SEMPERIT KLASIK-
Bahan-bahan-
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan butter
1/2 cawan susu pekat
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla
2sb susu tepung(optional)
Cara-cara untuk membuat semperit gebu
Kacau butter,susu,pewarna dan esen vanilla sehingga sebati
Masukkan tepung jagung,tepung gandum kedalam adunan butter dan kacau sehingga sebati
Masukkan sedikit demi sedikit tepung kastard sambil uli adunan.uli sehingga adunan lembut.jgn masukkan semua tepung kastard.berhenti bila doh lembut.
Masukkan doh kedalam acuan tart dan pipekan keatas dulang pembakr yang telah disapu dengan butter
Sapukan campuran telur kuning+ pewarna kuning keatas semperit anda
Bakar semperit pada suhu 160c selama 15 min atau sehingga biskut menjadi perang.
Siap..lepas biskut sejuk..boleh lar makan.
-contoh doh yang cantik..doh x melekat dekat tangan.doh x keras dan xlembut
-sapu semperit dengan kuning telur..nak kasi cantik dan warna gold..
Siap pun semperit kita nie...cantik kan...warna gold dia..
resepi & gambar kredit to: azlina ina fans

22/02/2024

Kuih favourite orang pantai timur...bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa ...sekaya telur...

SEKAYA TELUR

10 biji telur gred b/c
1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:

- Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).

- Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.

- Tapis dan masukkan ke dalam loyang.

- Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat)

- Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk...

*Salah satu cara lagi...panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..
- tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja...tapis dan kukus...

Kredit : Imah Rahman




20/02/2024

Biskut gajus crunchy

BAHAN2 :
250 gram mentega (cm guna jenama SCS)
120 gram gula aising, diayak
2 kuning telur gred A
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum
60 gram gajus
(sangai hingga wangi dan kisar halus)
2 camca teh emplex (penggaring biskut)
Kuning telur, untuk disapu
Gajus, untuk hiasan
Coklat cair untuk hiasan (cm tak letak)

CARA MEMBUATNYA 🙂
Satukan tepung dan emplex, gaul rata dan ayak. Masukkan gajus kisar dan gaul rata. Ketepikan. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Tak perlu putar sampai kembang.
Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan tepung + emplex + gajus kisar tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tak melekat dimangkuk adunan (kalau agak lembik, tambah 1 camca besar tepung gandum). Rehatkan 10 minit.
Panaskan oven pada suhu 170C, doh dibahagi kepada 3 bahagian, ambil satu bahagian, canai setebal 0.5 cm antara dua keping plastik bersih. Cetak dengan acuan kegemaran anda dan alihkan ke loyang. Susun elok2
Sapu kuning telur dan hias dengan 1/2 biji kacang gajus (sebiji kacang gajus, anda belah dua). Bakar selama 25 minit dan lepas 10 minit, pusingkan dulang pembakar agar biskut masak sekata. Sejukkan atas jaringan dan bila sejuk boleh lah hias dengan coklat cair. Biar coklat keras dan simpan dalam bekas kedap udara..

Kredit : empunya resepi

19/02/2024
23/12/2022

RESEPI KARIPAP MINI RANGUP

INTI SAMBAL IKAN
-4 ekor ikan selayang( direbus & dibuang tulang,kemudian isinya di tumbuk sehingga hancur)
-10 biji cili kering( dibuang biji)
-5 ulas bawang merah*
-1 ulas bawang putih*
-1/2 inci halia*
-6 sudu besar santan KARA
-5-6 sudu besar gula pasir
-1+1/2 sudu kecil garam halus
-sedikit minyak utk menumis
👉(*)dikisar halus..

CARA2NYA
👉Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak,masukkan santan KARA.
👉Apabila bahan tumisan hampir pekat, masukkan isi ikan yg telah di tumbuk td.
👉Perasakan dgn gula & garam
👉Sentiasa kacau sehingga sambal kering & berderai( guna api perlahan tau)
👉sejukkan sebelum di gunakan.

🐟🐟🐟Inti sambal ikan ni cukup utk sukatan 8 cawan doh karipap.

💣💣💣Kalau rasa malas nk buat intinya, beli je serunding yg dh siap..😉😉

DOH KARIPAP
-4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung beras
-1/2 cawan minyak masak(tak perlu panaskan)
-1+1/2 sudu kecil garam halus
- Air sejuk dari peti ais secukupnya

CARA2NYA
-Satukan tepung gandum,tepung beras & garam..Gaul sebati.
- Masukkan minyak masak, gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti
- Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit,uli sehingga jd doh
- Rehatkan doh selama 30 minit
-Kemudian gelek nipis doh..terapkan dgn acuan bulat..
-Isikan intinya, kemudian kelimkan tepinya
-Panaskan minyak yg b*k di dlm kuali,Goreng karipap sehingga garing..
- Toskan minyaknya & sedia di nikmati
👉JGN LUPA SEBELUM MAKAN BACA BISMILLAH😄😄PASTI NON STOP MENGUNYAH
👉PSSSSTTT..MEMANG RANGUP GILER KARIPAP NI..XRUGI BUAT😄😄



Cdt azni achik

21/12/2022

KUIH SAGU MATA IKAN
Bahan-bahan membuatnya:
3 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)
Cara-cara membuatnya:

1. Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.

2. Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

3. Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.

4. Kacau sehingga pekat.

5. Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.

6. Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).. memang lama gak ahh masa yang diambil.so bersabar bebanyak k.

7. Sejukkan sagu di luar.

8. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama-sama kelapa putih.

9.Siap untuk dihidangkan

21/12/2022

Resepi Karipap Pusing Rangup

Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
(Kak Ita tambah majerin secukupnya, agak agak tau)

Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit

Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula

Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit

Cara-cara-
1. Bahagikan Doh A kepada 15 bahagian dan Doh B pada 15 bahagian juga
2. Bulat Bulatkan doh seperti dalam gambar
3. Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut
4. bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
5. Boleh rujuk gambar. Leperkan/gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi
6. Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali
7. Potong adunan 2 bahagian
8. Ambil 1 bahagian dan leperkan. Taruk inti dan kelim tepi karipap.
9. Bakar/goreng sekejap untuk di frozeen kan.

Bahan INTI : Terpulang apa anda nak letak ye !
blh guna kentang, keledek, sardin atau ayam atau ikan

Credit : Hazlita

19/12/2022

Address

Jalan Kamaruddin
Kuala
20400

Telephone

60139561395

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Teratak Ibunda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share