Baiti Jannati Villa

Directions Website

Baiti Jannati Villa ❤️ Baiti Jannati Villa bukan sekadar rumah penginapan, tetapi memori indah tercipta!! ❤️

Dulu, setiap kali musim RXZ tiba…Ada satu kumpulan yang memang akan tempah rumah saya setiap tahun.Bukan sebab rumah say...
30/07/2026

Dulu, setiap kali musim RXZ tiba…

Ada satu kumpulan yang memang akan tempah rumah saya setiap tahun.

Bukan sebab rumah saya paling mewah.

Tapi sebab saya beri harga yang mereka mampu.

Bagi saya, biarlah mereka ada tempat berehat dengan selesa. Rezeki itu bukan semata-mata pada harga.

Semalam saya saja bertanya khabar…

Jawapan yang saya terima benar-benar membuatkan saya terdiam…

“Tahun ni saya dan kawan-kawan tak join. Homestay lain semua mahal. Kami tak mampu.”

Sedih.

Bukan sebab mereka tak jadi menginap.

Tetapi sebab saya sedar… ada orang yang benar-benar terpaksa melepaskan kenangan hanya kerana kos yang semakin meningkat.

Rumah itu kini bukan lagi homestay.

Ia telah bertukar menjadi QUETY Space, ruang untuk belajar, bekerja dan membina impian.

Namun kenangan bersama tetamu-tetamu lama… tetap saya simpan.

Semoga suatu hari nanti, kita dipertemukan lagi.

Kadang-kadang, yang paling kita rindu bukan sebuah tempat.

Tetapi manusia dan kenangan yang pernah menghidupkannya. ❤️

05/07/2026

Daripada sebuah perancangan, kini menjadi kenyataan.
Dengan penuh rasa syukur, kami ingin memaklumkan bahawa QUETY Study Lounge kini dibuka secara rasmi ✨

Terima kasih atas sokongan, doa dan semangat yang diberikan sepanjang perjalanan ini.
Semoga QUETY Study Lounge menjadi ruang yang selesa, tenang dan memberi inspirasi buat semua yang datang.

Selamat datang ke QUETY Study Lounge 🤍





01/07/2026
30/06/2026

Sebuah Bab Baharu Bermula… ✨

Ada yang bertanya, “Kenapa homestay dah tak beroperasi?”

Jawapannya mudah.

Rumah ini pernah menjadi tempat persinggahan dan mencipta memori bersama insan tersayang. Setiap tetamu yang pernah menginap akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Terima kasih atas setiap sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beroperasi sebagai homestay. ❤️

Namun, kami percaya setiap ruang mempunyai potensi untuk memberi manfaat yang lebih besar.

Melihat semakin ramai pelajar universiti, guru pelatih, penyelidik dan individu yang mencari ruang belajar yang tenang tetapi sukar mendapat tempat yang benar-benar selesa, lahirlah satu impian baharu.

Maka bermulalah transformasi ini…

Daripada sebuah homestay, kini bertukar menjadi QUETY Study Lounge — sebuah ruang pembelajaran yang moden, selesa dan kondusif.

Di sini nanti, anda akan menemui:
📚 Ruang belajar yang tenang
💻 Cubicle individu untuk fokus sepenuhnya
👥 Ruang perbincangan berkumpulan
☕ Sudut rehat & pantry
🌿 Suasana yang selesa untuk belajar, bekerja dan menghasilkan idea

Bukan sekadar menukar perabot atau mengubah dekorasi, tetapi menukar fungsi sebuah rumah agar dapat menjadi tempat lahirnya impian, kejayaan dan masa depan ramai orang.

Semoga QUETY Study Lounge menjadi ruang yang menemani anda menyiapkan tugasan, membuat ulang kaji, menulis tesis, menghasilkan projek dan meraikan setiap kejayaan yang bakal dicipta.

Terima kasih kerana terus bersama kami dalam perjalanan ini.

Selamat datang ke bab baharu kami. Selamat datang ke QUETY Study Lounge. 💙✨

Booking untuk Baiti Jannati Villa untuk June 2026 telah dibuka!!! 🤩🤩🤩Cuti sekolah masih panjang, meh ke Terengganu bawak...
01/06/2026

Booking untuk Baiti Jannati Villa untuk June 2026 telah dibuka!!! 🤩🤩🤩

Cuti sekolah masih panjang, meh ke Terengganu bawak anak2 dan family 🥰 Villa kami boleh muat 20-30 orang 😁 dan paling penting, 10 min je ke Pok Nong Celup Tepung 😋🐟

Book Villa kami di baitijannativilla.wasap.my ☺️

Ada yg last minute nak cari homestay di Kuala Nerus? Homestay kami still available sampai Raya Haji tauu 🥰 Cepat wasabi ...
23/05/2026

Ada yg last minute nak cari homestay di Kuala Nerus? Homestay kami still available sampai Raya Haji tauu 🥰 Cepat wasabi kami di +6014-8124747 ☺️

18/01/2026

Homestay kami sangat luas dan banyak facilities yang kami tawarkan seperti:

📌 Kids Pool
📌Entertainment Room (Snooker, mini gym)
📌 Living Room luas, sesuai untuk berkumpul keluarga
📌 BBQ Area
📌 Halaman luas untuk aktiviti dan parking
📌 Berdekatan dengan celup tepung poknong, pantai miami dan pelbagai restoran dan kedai makan 😋

Booking atau pertanyaan
☎️https://baitijannativilla.wasap.my/

Address

Kampung Alor Damat
Kuala
21030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baiti Jannati Villa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category