AtoZ Guest House

AtoZ Guest House Guest House Hostel

Rezeki adik-adik Pagi ni.Kebetulan nak ke Pasar singgahlah dulu beli Roti Canai & Nasi Lemak Zaman untuk adik-adik di Ho...
05/12/2020

Rezeki adik-adik Pagi ni.

Kebetulan nak ke Pasar singgahlah dulu beli Roti Canai & Nasi Lemak Zaman untuk adik-adik di Hostel AtoZ Guest House 🏡,.

Belajar Online nak kene ada Internet yang laju. Alhamdulillah Wifi di Hostel AGH pengurusan papa G Mohamad Fauzi dah sediakan yang terbaik untuk student, Unifi Kelajuan tahap Gaban. Niat je dah kluar 😅.

Pesanan buat semua, di Pahang malah Kuantan, Kes Covid-19 dah mula ada semula dah, jadi sama-sama jaga yek.. Allahu..

Moga Allah angkat Bencana ini dah jauhkan kita semua dari Covid-19 dan marabahaya yang mendatang.. Amin..

Rezeki Penginap Hostel AtoZ Guest House 🏡.Pagi ni adik-adik Penginap Hostel AtoZ Guest House 🏡 yang ada di 2 Blok (Blok ...
14/11/2020

Rezeki Penginap Hostel AtoZ Guest House 🏡.

Pagi ni adik-adik Penginap Hostel AtoZ Guest House 🏡 yang ada di 2 Blok (Blok 2 & 3) dijamu Sarapan Pagi Roti Canai & Nasi Lemak Restoran Zaman.

Maybe ada yang rindu keluarga, kerna PKPB kami ambil sedikit sebanyak tanggungjawab jaga keperluan dan keselamatan semua.

Selamat menjamu selera.. 😝 😁

HOSTEL ATOZ GUEST HOUSE 🏡 SEMAMBU.Minggu lepas kami berjumpa dengan Ratu-ratu Polisas Penginapan Kami di Semambu. Sepert...
23/08/2020

HOSTEL ATOZ GUEST HOUSE 🏡 SEMAMBU.

Minggu lepas kami berjumpa dengan Ratu-ratu Polisas Penginapan Kami di Semambu. Seperti rutin sebelum ini kami ambil peluang dalam masa yang singkat dalam membaikpulih paip, sempatlah memberi taklimat & nasihat keselamatan, kepada semua.

2 Hostel di Indera Makota kami bagi Kek Coklat, yang ni kami bagi Kek Maggo Cheese.. Satu sorang lagi.. 😅.

3 Hostel lagi kami belum sempat Buat Lawatan dan bagi Taklimat, InsyaAllah minggu Hadapan atau selepas Merdeka Day kami jumpa u all ye..

Terima kasih kerana sudi menggunakan Perkhidmatan kami di AtoZ Guest House 🏡.









Minggu yang agak sibuk dengan Student Hostel.. Syukur sebab sibuk itu bagus sebenarnya.. Malam, kami minta kebenaran Pen...
10/08/2020

Minggu yang agak sibuk dengan Student Hostel.. Syukur sebab sibuk itu bagus sebenarnya..

Malam, kami minta kebenaran Penghuni di dua blok untuk berjumpa.. Gembira melihat orang lain Gembira jadi Kami Jamu mereka dengan Kek Mamasab, Bakery Kuantan. Esok lusa kami jumpa dan Jamu lagi 4 blok yang lainnya juga.

Terima kasih semua kerana sudi tinggal di AtoZ Guest House 🏡 Hostel untuk Perempuan di Indera Mahkota. Ada dari pelbagai Kolej..

Kolej Komuniti Kuantan
Kolej Widad
Kolej PSDC

Family jauh, jadi kamilah pengganti sebagai penjaga.. Moga Selamat di perantauan semua dan moga-moga usaha mencari Ilmu sekarang di Berkati Allah SWT. Kami nak tumpang Pahala atas Asbab Ilmu yang anda cari dan Kami ingin tumpang Keberkatan Ilmu dari anda Semua.. Moga-moga Kami dapat juga Pahala atas Pengorbanan kamu semua. Biar hanya sebagai Penyedia dan Penyelia Tempat Tinggal.

Kami doakan kebaikan buat anda semua.. Mak Ayah kamu juga begitu.. Kamu Hebat dan akan menjafi orang hebat-hebat suatu hari nanti.. Amin..

Terima kasih semua..

(Mereka ini sudah disaring dan bila duduk di Hostel, mayb tak nampak sosial distancing tapi InsyaAllah mereka Clean dari Gejala. Semua sihat-sihat belaka)

Malam tadi sempatlah menyinggah di Rumah Tamu, AtoZ Guest House 🏡 mengemas bersih apa yang patut setelah siang hari pulu...
06/08/2020

Malam tadi sempatlah menyinggah di Rumah Tamu, AtoZ Guest House 🏡 mengemas bersih apa yang patut setelah siang hari pulun uruskan Hostel dan Pelajar baharu yangbmendaftar minggu ni.

Esok Pn Ummi Rose orang Key-El nak duduk 2 malam, jadi Topup la sikit-sikit Gudies Kudap-Kudapan di Ruang Tamu.. Boleh la mengunyah sambil menyembang yek..

Terima kasih daun keladi.. 🤓🤗

Banyak Student beli barang on-line.. Sekali barang sampai Selori terus..Di Ofis AtoZ Solution la tempat loading barang-b...
05/08/2020

Banyak Student beli barang on-line.. Sekali barang sampai Selori terus..

Di Ofis AtoZ Solution la tempat loading barang-barang yang dipesan, ada juga Staf yang boleh sign terima dulu bagi pihak..

Banyak duit Student ni wehh.. Barang bukan kaleng-kaleng juge.. 😅🤓

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin.Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Walillahilhamd..Moga Setiap Pen...
30/07/2020

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir Batin.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Walillahilhamd..

Moga Setiap Pengorbanan Yang Kita Lakukan Menjadi Asbab Pahala Untuk Allah Kurniakan Buat Kita Umat Islam Seluruhnya Terutama Buat Ibu Ayah Yang Telah Banyak Berkorban Selama Kita Hidup Di Dunia.

Ya Allah, Ampunilah Dosa Kami Sekeluarga, Ibu Bapa Kami, Kaum Keluarga kami, Guru Pendidik Kami, Rakan Sahabat Kami, Umat Islam Seluruhnya.
Limpah Kurniakanlah Kepada Kami Rezeki Yang Berkat & Halal, Kesihatan Yang Baik, Kecerdasan Akal Fikiran, Kecergasan Tubuh Badan, Kesejahteraan Hidup Dunia Akhirat Serta Lapangkanlah Dada Kami Dalam Mebcari KeredhaanMu.
Angkatlah Wabak Covid-19 Yang Sedang Melanda Ini Ya Allah, Kami tahu Kami Banyak Membuat Dosa, Ampunilah Kami & Lindungilah Kami Ya Allah..
Amin.. Amin.. Amin.. Ya Robbal A'lamin..

AtoZ Group.

(Pemakluman Status Booking)Hostel AtoZ Guest House 🏡 Untuk Bulan 8, 2020. Untuk makluman, 2 Blok Hostel AGH di Area Inde...
29/07/2020

(Pemakluman Status Booking)
Hostel AtoZ Guest House 🏡 Untuk Bulan 8, 2020.

Untuk makluman, 2 Blok Hostel AGH di Area Indera Mahkota 3 Kuantan untuk Pelajar Kolej Komuniti Kuantan yang akan mendaftar pada 4, 5 & 6hb Ogos 2020, sudah semakin penuh. Melihat perkembangan ini, kami mungkin terpaksa Buka juga Blok lain (Blok yang ada pelajar Selain Pelajar Kolej Komuniti).

5 Blok Hostel yang ada di Area Kolej Komuniti Kuantan / Widad ini, InsyaAllah memenuhi kehendak dan keperluan adik-adik untuk tinggal seperti sebuah Rumah di Rumah. Fasiliti yang disediakan serta Pengurusan yang menyelia dapat memberikan kemudahan untuk adik-adik disini.

Untuk Hostel di Semambu, hanya 1 tempat kosong lagi yang tinggal.. Hostel ini menempatkan pelajar daripada Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan.

Pesanan daripada kami, kepada Ibubapa yang nak Daftarkan anak masuk ke Penginapan AGH, Booking Awal dengan Pengurusan kami agar penempatan untuk Anak tidak terganggu.

Klik dibawah ni untuk berwhsapp dengan kami

www.wasap.my/+60129598786/NakTanyaTtgHostel

www.wasap.my/+601128031556/NakTanyaTtgHostel

16/07/2020

Suasana Sekitar Hostel AtoZ Guest House 🏡 Meriah Kembali..

Hostel AtoZ Guest House 🏡 sudah mula dipenuhi Pelajar-pelajar lama dan Tidak ketinggalan pelajar baharu Kolej Komuniti Kuantan yang akan mendaftar tidak lama lagi. Parent antara yang agak busy mencari penginapan terbaik untuk anak mereka dan kami Pengurusan AtoZ Guest House 🏡 juga sudah mula dibanjiri oleh panggilan telefon untuk booking tempat.

Satu Blok sudah penuh.. Dan lain-lain blok juga sedang dalam Penyusunan pelajar yang booking online. Semoga pelajar semua selamat dan gembira atas khidmat dalam jagaan kami InsyaAllah..

13 April 2020. Mesyuarat Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan bersama Pengurus Asrama. Di AtoZ Guest House 🏡 InsyaAllah kam...
14/07/2020

13 April 2020. Mesyuarat Pengurusan Kolej Komuniti Kuantan bersama Pengurus Asrama. Di AtoZ Guest House 🏡 InsyaAllah kami buka 2 Blok daripada 6 Blok Keseluruhan Asrama Perempuan Kami untuk Pelajar Baharu Kolej Komuniti Kuantan Yang Akan Mendaftar pada 4-6 Ogos 2020.

Selamat Datang & Tahniah Buat Ibu Bapa dan Pelajar Baharu yang akan Mendaftar nanti. Kami di AtoZ Guest House 🏡 mengalu-alukan kedatangan Anda dan berbesar hati, berbangga serta turut Gembira dengan keputusan yang di ambil sebagai seorang Pelajar / Mahasiswi. Moga asbab menuntut Ilmu ini, memberikan keberkatan hidup buat anda semua.

Tahniah sekali lagi 👍.

09/07/2020

Assalamualaikum & Salam Ceria.

Rumah Tamu AtoZ Guest House 🏡 di KotaSAS Kuantan akan ada Promosi Harga bermula 15 Julai 2020 sempena Sebulan Beroperasi secara percubaan.

Akan kami Maklumkan Harga setelah proses bincang dari hati ke hati selesai Malam ini.

Semoga semua rakan-rakan dikurnia kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup serta dijauhkan dari segala marabahaya. Amin..

PENGINAPAN HOSTEL PELAJAR SERBA LENGKAP (Perempuan). Luar Setinggan, Dalam Kondo.(Indera Mahkota 3 Kuantan & Semambu Bar...
01/07/2020

PENGINAPAN HOSTEL PELAJAR SERBA LENGKAP (Perempuan).
Luar Setinggan, Dalam Kondo.
(Indera Mahkota 3 Kuantan & Semambu Baru Kuantan).

- Pelajar Universiti Widad / Kolej Widad
- Pelajar Kolej Komuniti Kuantan
- Pelajar Polisas
- Pelajar PSDC

Hostel Sebilik Ber-2, Ber-3 & Ber-4 lengkap dengan keperluan Sebuah Rumah.

Hanya RM160/org Sebulan, anda akan terima Perkhidmatan Berikut di Dalam Hostel ini.

+ Wifi / Unifi Percuma
+ Katil, Tilam & Bantal
+ Cadar & Sarung Bantal*
+ Mesin Basuh & Ampaian
+ Peti Ais
+ TV & Astro NJOI
+ Ruang Tamu
+ Ruang Belajar
+ Ruang Dapur Memasak
+ Seterika & Papan Seterika
+ Mesin Air Minuman Sejuk Panas
+ CCTV di Sekitar Luar Blok
+ Security Door Access*
+ Alat Pemadam Api
+ Pengurusan Berpengalaman
+ + + + + + + + + + +

Tempahan dan Pertanyaan,
Whatsapp kami segera

www.wasap.my/+60129598786/Hostel

www.wasap.my/+601128031556/HostelYa











Address

AtoZ Group, A21 GF & 1st Floor, Indera Mahkota 3/11
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AtoZ Guest House posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category