05/01/2022
Salah satu keperluan ketika travel ialah bekalan air mineral. Tapi agak leceh nak bawa botol yang sarat berisi air tu ke hulu ke hilir, ke sana ke mari. Nak angkut beg baju tu pun dah sekian hal kan? ðĪŠ
Walaupun pihak penyedia penginapan ada menyediakan beberapa botol air mineral, tapi memang confirm lah tak cukup untuk memenuhi keperluan seisi keluarga. Maka terpaksa lah beli sendiri air mineral tambahan.
Dan hari ini, Rayyan Suite memahami kesulitan itu. Maka kami telah menambah satu lagi kemudahan untuk kegunaan guest kami iaitu penapis air.
Sudah genap setahun kami beroperasi jadi aircond pun dah sampai masanya untuk diservis. Alhamdulillah, kedua-dua perkara ini dapat disempurnakan tengahari tadi.
Di kesempatan ini juga kami ingin menzahirkan rasa penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat anda semua yang telah menyokong kami selama ini.
InsyaAllah, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan mutu perkhidmatan terbaik dengan menyediakan prasarana penginapan yang kondusif kepada anda semua yang begitu istimewa buat kami. ð