24/01/2026
UCAPAN RASULLULLAH ( pemimpin Agong) KETIKA MENJEJAKKAN KAKI KE BUMI YASTHRIB ( Madinah).
Wahai Manusia!!
Sebarkan salam,sambungkan silaturrahim, berilah makanan dan bersolat di waktu malam.
Nescaya kamu masuk Syurga.
(Imam Tarmizi)
1. Sebarkan salam.
Setiap orang Islam merupakan DUTA AGAMA ALLAH, maka ucapan, pertuturan dan percakapan mereka mesti berasaskan redha Allah.
Pada percakapan orang Islam melambangkan CONTOH TELADAN dakwah membantu agama Allah.
Islam merupakan agama keselamatan, kesopanan akhlak dan kepedulian.
Amat malang!!
Jika pertuturan memaki,mencela,meremehkan dan menghina sesama manusia dianggap ajaran Islam
(Hujurat: 11)
2.Sambungkan Silaturrahim
Setiap orang Islam merupakan DUTA AGAMA ALLAH, maka Rasulullah mendidik jiwa orang beriman bahawa TANDA KETAQWAAN adalah menyambung silaturrahim dan bertaaruf.
( Hujurat: 13)
Rasulullah berpesan:
Sesiapa bertaqwa kepada Allah, dia menyambung silaturrahim
( Imam Bukhari)
Amat malang!!
Jika perbezaan kaum,warna kulit dan politik, menjadi tapak cacian dan kafir mengkafir.
Pesan Rasulullah:
Kepada Asma binti Abu Bakar sambungkan silaturrahim kepada ibu kamu ( kafir )
(Imam Bukhari).
3.Memberi Makanan.
Setiap orang Islam,apa tah lagi pemimpin Islam. Mereka merupakan DUTA AGAMA ALLAH, maka pemimpin Islam bertanggongjawab menyediakan PELUANG CARI REZEKI kepada rakyat.
( Saba: 15 )
Contoh Rasulullah:
Pasar Ansar ( Suqul Ansar ).
Telaga Raumah ( Bir rul Raumah ).
Amat malang!!
Jika Kegiatan ekonomi tidak dihiraukan oleh pemimpin yang memerintah.
Lihat pesanan Al-Quran
Surah Jumaah:10
Pesan Rasulullah:
Jika kamu mati esoknya,hari ini kamu masih digalakkan bertanam...
( Imam Bukhari)
ISLAM BUKAN MENGHERET UMAT NYA JADI MUNDUR.....
Tidak rugi buka minda..