Bliss Home & Residence

Bliss Home & Residence Selamat datang ke Bliss Home & Residence. Impian anda, matlamat kami. Kediaman anda, tanggungjawab kami.

Kepakaran kami ialah membantu anda menikmati indahnya saat2 bersama keluarga di kediaman IDAMAN anda tanpa perlu merasa gusar tentang RUMAH ROBOH dalam tempoh 100 TAHUN hasil daripada BINAAN KEDIAMAN YANG KEBAL DARI BALA BENCANA. Masalahnya ialah ramai orang yang tidak sanggup mengeluarkan lebih sedikit wang untuk mendapatkan rumah yang baik tetapi lebih sanggup mengeluarkan banyak wang untuk membaikinya kemudian hari.

INFO BANJIR SETAKAT HARI INILebih 2,000 keluarga terjejas dengan hampir 10,000 dipindahkan.. Mereka amat-amat memerlukan...
04/12/2013

INFO BANJIR SETAKAT HARI INI

Lebih 2,000 keluarga terjejas dengan hampir 10,000 dipindahkan.. Mereka amat-amat memerlukan bantuan kita semua. Banjir yang lebih besar dari jangkaan.

Kami di Bliss Home & Residence mengucapkan takziah kepada mereka yang terbabit dengan banjir. Utamakan keselamatan, utamakan nyawa dan kesihatan. Rumah boleh diganti, nyawa tiada galang gantinya.


Bagi yang sudi menyumbang dalam bentuk kewangan boleh bank-in duit ke Pertubuhan IKRAM Malaysia di akaun Maybank (556011018605) dan SMS kpd Puan Norhafizah (0133920706) setelah transaksi dibuat. Sumbangan anda semua amatlah dihargai.

KENA CURI LAGI...Kebelakangan ini kerapkali berlaku masalah kecurian melibatkan bahan besi antaranya penutup longkang je...
22/11/2013

KENA CURI LAGI...

Kebelakangan ini kerapkali berlaku masalah kecurian melibatkan bahan besi antaranya penutup longkang jenis besi.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Bliss Home mencadangkan tuan-puan menukar jenis penutup tersebut kepada jenis plastik fiber diperkukuh atatupun "fibre reinforced plastic (FRP)" yang ditambah dalamnya tetulang besi bagi menambah kapasiti beban yang mampu ditanggung penutup tersebut. Ini membolehkan penggunaan pada tanggungan yang berat "heavy duty" dilakukan.

I CAME FROM KOREAInilah rupanya "Korean wallpaper". Antara item-item dekorasi yang semakin popular kebelakangan ini. Ken...
18/11/2013

I CAME FROM KOREA

Inilah rupanya "Korean wallpaper". Antara item-item dekorasi yang semakin popular kebelakangan ini. Kenapa Korea?
Kerana "I made in Korea" la..

Sebab-sebab populariti kertas dinding ini bertambah :
~corak yang kontemporari
~pilihan yang lebih meluas
~harga yang lebih kompetitif

Dan corak di bawah ini kami temui di sebuah kafe di Bentong. Menarik!!

TRUST ME!! I'M AN ENGINEERAn inspirational quote for today.Because I'm engineer!!
10/11/2013

TRUST ME!! I'M AN ENGINEER

An inspirational quote for today.

Because I'm engineer!!

JENIS-JENIS SINKI DI PASARANSinki bukan sahaja menjadi tempat untuk membasuh tangan, namun turut menjadi elemen arkiterk...
09/11/2013

JENIS-JENIS SINKI DI PASARAN

Sinki bukan sahaja menjadi tempat untuk membasuh tangan, namun turut menjadi elemen arkiterktur yang akan menggarap pandangan dalam rumah.

Selain daripada memilih sinki yang enak di pandangan mata, jangan lupa untuk memerhatikan saiz "mangkuk" yang sesuai untuk kegunaan, selain daripada saiz keseluruhan sinki yang perlu dipastikan muat diletakkan di tempat yang akan dipasang. Ini kerana saiz sinki yang salah akan menyebabkan ruangan menjadi sempit, dan sinki itu sendiri menjadi sebagai halangan.

Jenis-jenis sinki yang terdapat di pasaraan (boleh disesuaikan mengikut kehendak & citarasa) :
● wall-hung (gantung di dinding)
● semi-recessed (separuh di atas kaunter dan separuh tergantung)
● countertop (diletakkan sepenuhnya atas kaunter)
● undercounter (diletakkan tergantung tetapi mangkuk berada di bawah ketinggian kaunter)

HIASAN DINDINGPelengkap kepada hiasan sesebuah ruangan ialah hiasan dinding. Baik jam, lukisan, rak gantung mahupun apa ...
22/10/2013

HIASAN DINDING

Pelengkap kepada hiasan sesebuah ruangan ialah hiasan dinding. Baik jam, lukisan, rak gantung mahupun apa sahaja mampu menambahkan imej ruang yang ingin ditonjolkan. Pastikan pemilihan barangan adalah sesuai dengan warna keseluruhan ruang. Ia akan memberikan tambahan nilai kepada ruangan tersebut sekaligus mampu menjadi tempat yang disukai mengikut penggunaannya.

MANFAATKAN RUANG BAWAH TANGGARuang bawah tangga sering dianggap tidak boleh digunakan kerana terbatas. Penyataan tersebu...
17/10/2013

MANFAATKAN RUANG BAWAH TANGGA

Ruang bawah tangga sering dianggap tidak boleh digunakan kerana terbatas. Penyataan tersebut hanya benar jika anda menganggap ruang itu hanya sesuai jika orang boleh berdiri pada ketinggian penuh.

Sebenarnya ruangan ini boleh ditukarkan menjadi pelbagai ruangan yang bermanfaat, sekaligus mencakupi 2 dalam 1 manfaat. Antara contoh terbaik penggunaan ruang ini ialah mini library. Jika ruangan ini berada bersebelahan ruang tamu, ia mampu menjadi nilai tambah kepada pemilik, baik dari sudut estetik mahupun dari sudut ilmiah.

Pelbagai lagi alternatif lain boleh difikirkan contohnya sebagai ruangan kerja, ataupun ruangan santai dengan sofa. Selamat mencuba =)

=== MUDAHNYA KEMAS RUMAH ===Rumah patut cantik di luaran sahajakah? Apa pendapat anda? Apakah ciri rumah yang anda ingin...
16/10/2013

=== MUDAHNYA KEMAS RUMAH ===

Rumah patut cantik di luaran sahajakah? Apa pendapat anda? Apakah ciri rumah yang anda inginkan? Cantik luar tetapi dalamnya sekadar ok ok? Ataupun cantik dalam tetapi luarnya sekadar ok ok? Ataupun cantik luar dan dalam?

Hari ini kami sekadar berkongsi satu buku yang kami rasakan boleh menjadi panduan untuk sesiapa yang ingin mengemas rumah dan merasakan rumah itu SUKAR dikemas..;) Boleh dapatkan di mana-mana kedai buku berhampiran.

Bagi kami, rumah yang CANTIK & HEBAT mestilah terzahir di luar dan dalamnya juga.

SALAM AIDILADHA 1434HSelamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Bliss Home & Residence yang beragama Islam...
14/10/2013

SALAM AIDILADHA 1434H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Bliss Home & Residence yang beragama Islam. Diharapkan agar hari raya kali ini mendatangkan seribu keinsafan mengenai makna pengorbanan. Tidak kira samada pengorbanan seorang ibu atau bapa, pengorbanan seorang guru terhadap muridnya, pengorbanan suami terhadap isteri, pengorbanan pemimpin terhadap rakyatnya, dan apa jua pengorbanan yang ada di dunia ini. Tanpa pengorbanan, hidup akan sentiasa dalam keadaan bermusuhan, dengki mendengki, huru-hara dan banyak lagi elemen negatif. Buangkan semua ego, dan kita akan merasa tenang dengan semua pengorbanan yang telah kita lakukan.

APA KESILAPAN DALAM GAMBAR DI BAWAH??Apabila struktur rumah direkabentuk, salah satu faktor yang perlu diambil kira iala...
14/10/2013

APA KESILAPAN DALAM GAMBAR DI BAWAH??

Apabila struktur rumah direkabentuk, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah "beban kerja". "Beban kerja" terdiri daripada BEBAN MATI (yang berpunca daripada berat sendiri struktur rumah), BEBAN HIDUP (yang berpunca daripada berat peralatan dan orang yang mendiami rumah) dan juga BEBAN ANGIN.

Beban ini akan dipindahkan daripada papak ke rasuk, daripada rasuk ke tiang, daripada tiang ke asas penapak. Pergerakan secara teratur ini akan memastikan beban dipindahkan dengan betul ke tanah sekaligus memastikan kekuatan struktur rumah.

Dalam kes gambar di bawah, terdapat perubahan susunan pemindahan beban di mana beban dipindahkan dari tiang ke rasuk (sepatutnya rasuk ke tiang). Ini akan mewujudkan beban tumpu. Penggunaan kaedah beban tumpu ini TIDAK SALAH tetapi tidak digalakkan kerana mewujudkan satu titik lemah di bahagian rasuk. Jika keadaan ini perlu berlaku, pastikan pembinaan bahagian tersebut dilakukan dengan tepat dan betul bagi mengelakkan kegagalan struktur.

LAPISAN PENEBAT HABASalah satu perkara yang penting dalam memastikan rumah dapat mencapai suhu yang nyaman & selesa adal...
12/10/2013

LAPISAN PENEBAT HABA

Salah satu perkara yang penting dalam memastikan rumah dapat mencapai suhu yang nyaman & selesa adalah lapisan penebat haba di bahagian bumbung rumah.

Lapisan ini yang juga dikenali sebagai "insulation" terdiri daripada beberapa elemen iaitu jejaring "chicken net", kerajang aluminium dan kekapas besi "rock wool". Jangan abaikan lapisan ini sewaktu pembinaan rumah dilakukan kerana kelak rumah anda akan menjadi panas, anda akan menjadi seperti cacing kepanasan, terpaksa memasang kipas selaju-lajunya, kemudian bertukar kepada pendingin hawa dan akhirnya BIL RUMAH ANDA MELAMBUNG TINGGI.

Hanya kerana anda ingin jimat di peringkat awal, anda akan TERSEKSA dengan kos kitaran hayat yang lebih tinggi pada AKHIRNYA!!

JUBIN SERAMIK VS HOMOGENOUSBiasa dengar kedua-dua jenis jubin ini? Ini adalah jenis jubin yang paling biasa boleh didapa...
04/10/2013

JUBIN SERAMIK VS HOMOGENOUS

Biasa dengar kedua-dua jenis jubin ini? Ini adalah jenis jubin yang paling biasa boleh didapati di pasaran hari ini. Pemilihan yang betul dalam meletakkan jenis-jenis jubin ini di tempat yang sesuai akan memberi banyak manfaat antaranya tahan lebih lama, kos penyenggaraan yang kurang, memberi kesan lebih indah kepada tampak rumah dan sebagainya.

Secara umumnya, jubin homogenous adalah jubin yang lebih berkualiti dengan harga di sekitar 30% ke 50% lebih tinggi dari jubin seramik. Dan pastinya ia akan dianggap lebih bagus dari segenap sudut. Tetapi, apabila berbincang mengenai nilai, anda boleh membuat beberapa pertimbangan sebelum memilih mana satu yang akan menjadi pilihan untuk kediaman anda.

Gambar ihsan glaxygranite.wordpress.com

Address

Kuantan

Telephone

013-9837979

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bliss Home & Residence posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bliss Home & Residence:

Share