Felcra Berhad Negeri Pahang

Call Directions Website Contact the business

Felcra Berhad Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Felcra Berhad Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐†๐€๐‘๐ˆ๐’ ๐๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐’๐€๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐’๐” ๐‹๐Ž๐“ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐’๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐“๐€๐๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘...
12/10/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐†๐€๐‘๐ˆ๐’ ๐๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐’๐€๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐’๐” ๐‹๐Ž๐“ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐Š๐„๐’๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐“๐€๐๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ

PAHANG | 12 OKTOBER 2026

FELCRA Berhad Negeri Pahang telah mengadakan Taklimat Garis Panduan Penyelesaian Isu Lot Bicara Kuasa dan Peserta Tidak Dapat Dikesan bagi Program Tanam Semula FELCRA Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Negeri FELCRA Pahang.

Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang, YBrs. Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, bersama Pemangku Penolong Pengarah Negeri (Perladangan), Ts. Abdul Annas bin Mohd Shriff dan Pemangku Penolong Pengarah Negeri (Khidmat Pengurusan), Encik. Mohd Maliki bin Kamarul Zaman.

Turut hadir ialah Pn. Azliza Mazlina binti Zahir, Pengurus Kanan Pengurusan Perundangan Peserta; Pn. Nur Razmiezura binti Ab Razak, Pengurus Pengurusan Perundangan Peserta; serta En. Mohamad Aizil bin Ganang, Eksekutif Pengurusan Perundangan Peserta.

Taklimat ini turut melibatkan En. Muhamad Izzulhilmi bin Mohd Yunus dan Cik Nur Azzemah binti Mohtar daripada Cawangan Penyatuan & Pemulihan (P&P), Tanam Semula (TS) & Padi.

Penganjuran taklimat ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta penyelarasan tindakan dalam menangani isu lot bicara kuasa dan peserta yang tidak dapat dikesan, khususnya bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Program Tanam Semula FELCRA Berhad.

Melalui perkongsian panduan dan penjelasan yang diberikan, usaha ini diharap dapat memperkemas proses pengurusan perundangan peserta, mempercepat penyelesaian isu berbangkit serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan program pembangunan ladang demi menjaga kepentingan peserta FELCRA Berhad.


๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™๐™Š๐™…๐™€๐™† ๐™‹๐™๐˜ผ ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™‡ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™‹๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™‚ 2026FELCRA Berhad Negeri Pahang telah m...
09/10/2026

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™€๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™๐™๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™๐™Š๐™…๐™€๐™† ๐™‹๐™๐˜ผ ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™‡ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™‹๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐™‚ 2026

FELCRA Berhad Negeri Pahang telah melaksanakan ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ sebagai langkah memperkemas pemantauan kos pembangunan projek serta meningkatkan kefahaman berkaitan kedudukan hutang pembangunan.

Program ini turut menjadi platform penyelarasan bagi memastikan pengurusan projek dilaksanakan secara lebih teratur, telus dan berkesan selaras dengan aspirasi FELCRA Berhad ke arah pengurusan ladang yang mampan dan berdaya maju.

Felcra Berhad

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada FELCRA Zon Utara dan FELCRA Berhala Gantang atas pengiktiraf...
06/10/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada FELCRA Zon Utara dan FELCRA Berhala Gantang atas pengiktirafan yang diterima sempena Majlis Anugerah Majikan Terbaik KWSP Temerloh 2026.

โœจ FELCRA Zon Utara
๐Ÿ… Anugerah Rakan Kolaborasi Terbaik 2026

โœจ FELCRA Berhala Gantang
๐Ÿ… Anugerah Majikan Terbaik 2026

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen, kerjasama dan dedikasi warga FELCRA dalam memperkukuh hubungan strategik bersama agensi serta memastikan pengurusan kebajikan pekerja sentiasa diberi perhatian.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja profesional dan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa hadapan.

๐‘ป๐’‚๐’‰๐’๐’Š๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐’˜๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐’๐’๐’ ๐‘ผ๐’•๐’‚๐’“๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‰๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฎ๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’๐’ˆ!








๐ŸŒด ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ช๐‘จ๐‘ฒ๐‘ต๐‘จ: ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘บ (๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฎ๐‘พ๐‘ถ๐‘น๐‘ด) ๐ŸŒดSerangan ulat bungkus (bagworm) bukan sekadar ...
05/10/2026

๐ŸŒด ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ช๐‘จ๐‘ฒ๐‘ต๐‘จ: ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘บ (๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฎ๐‘พ๐‘ถ๐‘น๐‘ด) ๐ŸŒด

Serangan ulat bungkus (bagworm) bukan sekadar merosakkan daun sawit, malah boleh memberi kesan besar kepada pertumbuhan pokok dan hasil sawit jika tidak dikawal dari peringkat awal.

๐Ÿšจ Kesan serangan ulat bungkus:
โ€ข Daun dimakan dan rosak
โ€ข Fotosintesis terganggu
โ€ข Pokok menjadi lemah
โ€ข Pembentukan bunga dan tandan terjejas
โ€ข Hasil BTS boleh menurun
โ€ข Kos operasi dan kerugian hasil meningkat

๐Ÿ”Ž Jika terdapat tanda serangan, jangan tunggu sehingga merebak!

โœ… Segera maklumkan kepada pihak pengurusan/pejabat negeri
โœ… Buat laporan kepada MPOB terdekat
โœ… Pantau kawasan ladang dengan lebih kerap
โœ… Kenal pasti tanda serangan pada pelepah dan daun
โœ… Ambil tindakan kawalan dengan segera

๐Ÿ“ข Peringatan penting:
Pemantauan yang konsisten dan pengesanan awal membolehkan tindakan kawalan dibuat dengan lebih cepat dan berkesan.

๐ŸŒฑ FELCRA AMBIL CAKNA
Bersama-sama kita menjaga kesihatan tanaman, melindungi hasil sawit dan memastikan kelestarian ladang.

โ€œJangan tunggu merebak. Lapor segera. Bertindak segera.โ€

Felcra Berhad










๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Š๐”๐“๐ˆ๐๐€๐ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐๐† FELCRA Berhad Negeri Pahang telah mengadakan ku...
30/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐Š๐”๐“๐ˆ๐๐€๐ ๐™๐€๐Š๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

FELCRA Berhad Negeri Pahang telah mengadakan kunjung hormat ke Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang bagi membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan Wakalah Zakat, di samping meneroka ruang kerjasama strategik serta mendapatkan penerangan lanjut berhubung pengurusan zakat dan wakaf.

Delegasi FELCRA Berhad Negeri Pahang diketuai oleh YBrs. Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Negeri Pahang, bersama Encik Mohd Maliki bin Kamarul Zaman, Penolong Pengarah Negeri Khidmat Pengurusan; Encik Muhammad Asyraf Fidaโ€™iy bin Mohktar, Ketua Unit Operasi Ladang; Encik Ahmad Mukhlis bin Eisa, Ketua Unit Kewangan; Encik Muhammad Nur Amirul bin Khalid, Ketua Unit Pembangunan Peserta; serta Encik Mohd Najib bin Adenan, Ketua Unit Pentadbiran.

Kunjung hormat ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkemaskan pelaksanaan Wakalah Zakat FELCRA Berhad Negeri Pahang agar pengurusan dan pengagihan zakat dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, telus dan memberi manfaat kepada golongan yang layak.

Turut hadir mewakili pihak Pusat Zakat/Wakaf ialah YH. Dato' Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Sektor Baitulmal dan Operasi, Dr. Haji Mohd Azmi bin Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, bersama Encik Zafridan bin Mohd Daud, Ketua Pegawai Operasi; Encik Zainal bin Haji Man, Pegawai Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat; serta Encik Mohd Akmal Atiff bin Mohd Nasir, Pembantu Pegawai Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat.


30/09/2026
๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’Sekalung penghargaan kepada FELCRA Berhad Kawasan Sentosa yang berjaya meraih Tempat Ke-3 Anugerah Mekan...
28/09/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’

Sekalung penghargaan kepada FELCRA Berhad Kawasan Sentosa yang berjaya meraih Tempat Ke-3 Anugerah Mekanisasi Terbaik serta Anugerah Khas 30MT/HA melalui FELCRA Berhad Kawasan Tembangau.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, kepimpinan dan usaha berterusan warga FELCRA dalam memperkukuh pengurusan ladang, meningkatkan produktiviti serta mencapai kecemerlangan prestasi.

Tahniah kepada seluruh pasukan yang terus memacu transformasi dan kecemerlangan FELCRA.

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ ๐‹๐ž๐š๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ 2026



24/09/2026

๐ŸŒฑ PERKUKUH OPERASI PERLADANGAN FELCRA

FELCRA Berhad menyambut ketibaan 56 tenaga kerja asing dari Indonesia bagi memperkukuh keperluan tenaga kerja serta menyokong kelancaran operasi perladangan syarikat.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengarah Perladangan FELCRA Berhad, YBrs. Tuan Anuar Merican bin Akbar Merican, bersama Timbalan Pengarah Input Pertanian, Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Jadi dan Pengarah Urusan FELCRA Bekalan Dan Perkhidmatan Sdn. Bhd, Encik Mohd Shahrul Hafiz bin Mohd Ibrahim.

Kemasukan tenaga kerja ini diharapkan dapat membantu merancakkan operasi perladangan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan kerja di lapangan serta menyokong usaha FELCRA dalam memperkukuh produktiviti sektor perladangan.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas! ๐ŸŒพ




22/09/2026

Nama baik organisasi dibina melalui kepercayaan, profesionalisme dan tindakan setiap seorang daripada kita.

FELCRA telah memberikan ruang untuk kita membina kerjaya, pengalaman dan kehidupan. Maka menjadi tanggungjawab kita p**a untuk menjaga integriti, disiplin, sesama warga dan nama baik FELCRA.

Apa yang kita lakukan hari ini turut membentuk bagaimana FELCRA akan dikenang esok.

21/09/2026

Address

Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Felcra Berhad Negeri Pahang:

Shortcuts

Share