20/09/2026
Wah! 💳 Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi sudah mendapatkan MyKad baharunya di Instagram, selain mengingatkan orang ramai supaya membuat temu janji terlebih dahulu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
MyKad generasi baharu rasmi diperkenalkan dengan 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri sebelum ini.
Antara pembaharuan termasuklah kod QR, hologram, teks mikro, turihan laser dan cip dengan enkripsi lebih tinggi.