26/12/2025
Tour Guide Vs Tour Leader
Ramai yang keliru antara Tour Guide (TG) dan Tour Leader (TL), menyangka 2 benda ni adalah sama. Sebenarnya, ada perbezaan ketara dalam Job scoop, kawasan kerja, bayaran, kelayakan dan regulatory. Sekarang ni explaination secara paling mudah faham.
Skop Kerja:
TG (Pembawa Cerita) : Tugas TG adalah pencerita utama dan duta sesuatu tempat. Skop kerja lebih kepada memberi maklumat di lokasi lawatan. Sebab tu kena pandai bercakap dan bercerita untuk menarik minat pelancong dalam memberi maklumat espacially cerita-cerita yang tak ada dalam internet.
TL (Penyelaras Logistik ) : Tour Leader p**ak adalah orang yang bertangungjawab menguruskan logistik dan memastikan kelancaran keseluruhan perjalanan cth macam flight, pengangkutan, hotel dll.
Kawasan Kerja
TG : Cuma boleh beroperasi dalam kawasan yang dinyatakan dalam badge sahaja. (yang ni nanti aku akan share dalam seprate thread sebab ada banyak jenis badge) contoh, kalau yang ada blue badge tu boleh beroperasi seluruh malaysia.
TL : Boleh beroperasi kat mana saja. Dalam malaysia, luar malaysia semua boleh. Sebab TL boleh beroperasi di mana saja, TL tak semestinya perlu ada pengetahuan pun mengenai tempat yang nak dilawati.
Kelayakan
TG : Wajib ada badge yang dikeluarkan oleh (MOTAC).Untuk dapat badge, perlu jalanai kursus asas pemandu pelancong (semenanjung) atau Kursus regional spesific tourist guide (sabah & sarawak)
TL : Tak perlu lesen/kelulusan MOTAC
Penguatkuasaan
TG : Setiap kenderaan pelancongan dengan 7 atau lebih pelancong wajib ada TG. Kalau tak ada, huhu… siap sedia la untuk kena saman 10K - 25K. (kesalahan berulang boleh kena penjara). So job as TG ni takkan putus selagi ada pelancong.
TL : Jika ada tu bagus, tak ada pun tak apa. tetapi bagi group yang ramai, ia sangat sangat diperlukan dari segi menjaga kebajikan guest.
Kawal selia
TG : Setiap TG wajib join persatuan pemandu pelancong, basicly persatuan akan jaga kebajikan TG dibawah persatuan.
TL : On your own kalau buat freelance. Kalau yang bekerja bawah travel agency ni terjamin la sikit.
Income:
TG : amount bayaran service TG ditentukan oleh persatuan pemandu pelancong, ada yang start dari RM 250 and above per day. Tak termasuk kerja lebih masa dan elaun tempat tinggal kalau kena kerja luar kawasan. Tapi kalau yang dah otai tu, lagi power bayaran.
TL : Selalunya dibayar per head. Bayaran ikut berapa orang dalam group.
Ini la serba sedikit perbezaan antara TG dengan TL.
Jika nak jadi tour guide, Kursus pemandu pelancong intake March 2026 dibuka sekarang, Hubungi untuk maklumat lanjut