23/02/2026
🌾Sebelum vs Selepas
Tuaian padi sedikit awal dari biasa. Beza cuaca kali ini, sangat dirasa. Dah lebih 2 bulan bahang panas dan hangat di bumi Langkawi. Hujan menjengah seketika tatkala diumumkan tibanya bulan puasa.
Dikala tempat lain di Malaysia alami banjir hujan dan badai, kami di sini baik-baik saja.
Kerja tetap berjalan, keringat petani takkan pernah kering. Sejujurnya, semua penat. Melayan birokrasi yang tak pernah habis.
Sunyi ke Langkawi? Mungkin sunyi di mata luar, kerana keluar dari mulut puaka yang sentiasa mencari salah dan silap. Hakikatnya, masih ada yang sayang. Masih ada yang datang. Baik dari dalam atau luar negara. Perlukah didendang? Eh..
20260223