Homestay langkawi

Homestay langkawi Homestay langkawi merupakan homestay yang penuh kemudahan dan mementingkan keselesaan
Harga yang berpatutan dan berkualiti
puas hati #

Semoga Industri pelancong Langkawi kembali menyinar
10/06/2021

Semoga Industri pelancong Langkawi kembali menyinar

Homesty langkwi mengucapkan Selamat Hari Raya aidil fitri   Faiz Pait Nur Zayanie Helmy Zul
18/06/2018

Homesty langkwi mengucapkan Selamat Hari Raya aidil fitri



Faiz Pait Nur Zayanie Helmy Zul

Menikmati irama air terjun
14/12/2017

Menikmati irama air terjun

Jom p pesta pantai
24/11/2017

Jom p pesta pantai

07/11/2017
21/10/2017
Warung Hujung penarak... Syok kena angin laut
19/10/2017

Warung Hujung penarak... Syok kena angin laut

LANGKAWI PERMATA KEDAHKekalkan keindahanya untuk anak cucu Kita
17/10/2017

LANGKAWI PERMATA KEDAH
Kekalkan keindahanya untuk anak cucu Kita

Misteri Kewujudan Telaga Tujuh Langkawi    Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi Kedah merupakan satu destinasi percutian ...
12/10/2017

Misteri Kewujudan Telaga Tujuh Langkawi


Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi Kedah merupakan satu destinasi percutian yang harus anda lawati. Rugi jika anda tidak datang ke sini kerana dikatakan Telaga Tujuh ini mempunyai kisah misteri di sebalik kewujudannya. Sebenarnya nama air terjun itu bukan nama telaga tujuh tetapi disebabkan lokasi air terjun tersebut berhampiran dengan Telaga Tujuh penduduk di sini menamakannya sebagai Air Terjun Telaga Tujuh. Tempat ini sangat popular dalam kalangan pelancong dari luar negara tetapi tidak popular dalam kalangan pengunjung tempatan mungkin disebabkan mereka sudah biasa dengan air terjun.

batu telaga tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh terletak di tebing Gunung Mat Cincang iaitu menghala ke Teluk Burau dan ketinggiannya mencapai 91 meter. Pendakian ke Air Terjun Telaga Tujuh mengambil masa kira-kira 45 minit hingga ke satu jam. Penat memang penat tetapi pendakian yang dilakukan akan terasa berbaloi apabila melihat sendiri kewujudan Telaga Tujuh di sekitar air terjun itu. Namun, pengunjung dinasihatkan agar berkelakuan baik dan tidak membuat sesuatu yang boleh mengundang kemarahan penjaga Telaga Tujuh tersebut.

tujuh

Menurut penduduk di sekitar kawasan tersebut, Telaga Tujuh merupakan tempat mandian tujuh orang puteri dari kayangan. Puteri-puteri tersebut amat s**a akan kesejukan air perigi tersebut.Seorang putera raja yang tinggal berhampiran air terjun ini dikatakan cuba menyunting salah seorang daripada ketujuh-tujuh puteri tersebut tetapi tidak berjaya. Pelbagai kesimpulan dan andaian yang dibuat oleh pengunjung dan penduduk di sekitar Telaga Tujuh tersebut. Namun, cerita-cerita yang disampaikan belum tentu betul dan mungkin juga Telaga Tujuh ini mempunyai kisah yang tidak dapat dirungkai oleh akal fikiran manusia. Wallahualam.

Cerita Disebalik Nama Pulau Dayang Bunting,Langkawi Kedah    Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan cerita dongeng ...
10/10/2017

Cerita Disebalik Nama Pulau Dayang Bunting,Langkawi Kedah


Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan cerita dongeng yang terdapat di pulau-pulau yang wujud di sekitar Langkawi. Pulau-pulau yang terdapat di Langkawi mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri. Selain daripada mempunyai keindahan alam semulajadi, Langkawi juga terkenal dengan pelbagai mitos yang dipercayai wujud sekitar beberapa ratus tahun yang lalu.Pulau Langkawi menjadi tumpuan para pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Pulau Dayang Bunting merupakan sebuah pulau yang kedua terbesar selepas Pulau Langkawi.Pulau ini terletak 20km dari Pulau Langkawi, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.Pulau ini berkisarkan mengenai seorang puteri yang bernama Puteri Mambang sari dan jin yang bernama Mat Teja. Dikatakan Puteri Mambang Sari dan dayang-dayangnya sering pergi bermain-main dan mandi di Pasir Telor Air Tahun. Hendak dijadikan cerita jin Mat Teja ternampak dan terjatuh kasih kepada puteri tersebut semasa mereka bers**a-s**a di pantai pasir pulau tersebut. Mat Teja selalu mengikuti Mambang Sari bersama dayang-dayangnya secara senyap semasa hendak mandi di Telok Lawak.

Dalam perjalanan Mat Teja pergi mengikuti mambang Sari beliau dipanggil oleh Tuk Diang dan Tuk Diang memberitahu bagaimana cara untuk memikat Mambang Sari. Mat Teja perlu mengambil sebatang buluh dan harus pergi berjalan di pantai laut sewaktu air surut, kemudian beliau harus menadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Bahar.Setelah dapat air mata duyung, beliau harus membasuh muka dengannya ketika melihat Mambang Sari.Petua ini diturutkan oleh Mat Teja dan akhirnya beliau berjaya memikat Mambang Sari.

Setelah itu mereka akhirnya berkahwin dan tidak berapa lama kemudian Mambang Sari mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata. Namun,anaknya meninggal dunia pada usia tujuh hari akibat penyakit misteri. Mambang Sari merasakan bahawa pernikahannya adalah disebabkan oleh tipu helah Mat Teja. Puteri Mambang Sari mengebumikan anaknya di dalam pulau ini dan dia pulang ke kayangan dan tak pernah kembali lagi ke bumi. Sebelum pulang ke kayangan puteri sudah memberikan mantra pada pulau tersebut sebagai penawar untuk pasangan yang belum memiliki keturunan. Daripada kisah inilah wujudnya nama Pulau Dayang Bunting.
Pengunjung yang datang ke pulau ini juga ada yang pernah ternampak perkara yang aneh-aneh di sekitar pulau ini. Pulau ini kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang berbaring dan berbadan dua.Anda dapat melihat situasi ini apabila melihatnya daripada atas dan dari jauh.Jika anda datang ke sini anda juga boleh menikmati panorama indah yang terdapat di pulau ini.Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Pulau Dayang Bunting

Address

No 29 Taman Wawasan Indah Ulu Melaka
Langkawi
07000

Telephone

0194136289

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share