PAKEJ HARGA MAMPU KOLA Global

PAKEJ HARGA MAMPU KOLA Global MOTAC LESEN KPL/LN 10442

lesen motac kpl/ln 10442 outound & Inbound- Tour guide/Tour leader/pakej group langkawi/activities langkawi/Pakej luar negara/indonesia,Thailand,Turkey,Vietnam,Cambodia,Korea,China.

PULAU LANGKAWI ( PULAU TUBA & PULAU DAYANG BUNTING) DARI LENSA CATATAN KOLA GLOBAL TRAVE SDN BHD Langkawi mempunyai 99 b...
14/03/2024

PULAU LANGKAWI ( PULAU TUBA & PULAU DAYANG BUNTING)
DARI LENSA CATATAN KOLA GLOBAL TRAVE SDN BHD
Langkawi mempunyai 99 buah p**au dan hanya 3 daripadanya yang ada penduduk, iaitu Pulau Langkawi (p**au utama biasa org tempatan panggil Pulau Besar), Pulau Tuba & Pulau Dayang Bunting. Pulau Langkawi memang dah terkenal di seluruh negara dan juga serata dunia, kalau pelancong luar datang ke Malaysia, antara tempat-tempat yang wajib mereka datang ialah Kuala Lumpur & Pulau Langkawi. Kemasyuran itu hanya untuk Langkawi dan p**au-p**au lain yang indah dan masyhur sedikit ‘tersepit’ nya iaitu Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting( Selat).Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting ada lah bersebelahan hanya di pisahkan dengan pesisir laut yang sempit,dan dalam Pulau Dayang Bunting itulah terdapat penduduk yang mendiami disitu yang dinamakan Selat.Walaupun Selat berada dalam p**au dayang bunting tapi untuk ketasik tetap kena menaiki bot kerana jalan darat tidak boleh dilalui kerana berbukit dan hutan simpan yang tebal. Disini saya menyebut Selat bukan Pulau Dayang Bunting takut nantinya tersalah faham tentang Tasik Dayang Bunting yang terdapat di Pulau Dayang Bunting,walaupun dalam satu p**au tapi panggilan dan arah tujuan tempat dan jeti berbeza( ini kawasan tasik dayang bunting yang jauh dibelakang p**au.Sekarang Tuba dan Selat seakan satu p**au kerana telah dihubungkan dengan jambatan yang dibina dari Tuba dan Selat, untuk kemudahan penduduk menjalankan kehidupan harian mereka.Maka itulah Tuba lebih pop**ar dan sinonim disebut Pulau Tuba yang mewakili Tuba dan Selat(Pualau Dayang Bunting).Sinonimnya jika hendak kesini selalu akan disebut….nak pi mana?nak pi Tuba sat .. penduduk tempatan dan abang boatman sudah faham..

Jika hendak ke Tuba,pelancong akan dihantar ke jeti Teluk Bujur pintu utama ke Tuba dan kalau hendak ke Selat boleh juga melalui jeti Teluk Bujur atau terdapat banyak lagi jeti di Selat(Pulau Dayang Bunting)
Pop**asi penduduk Tuba dan Selat sekarang lebih kurang 400 keluarga yang 100% adalah berbangsa Melayu dan Islam.Uniknya penduduk disini mengenali setiap orang yang tinggal di Tuba.Pengalaman saya disini masa mula-mula masuk Pulau Tuba terus jatuh ‘cinta’ dengan keindahan dan ‘nature’ yang tak dapat dijual beli.Dan sekarang kalua rasa bosan dan nak rehat saya akan kesini hanya ronda-ronda dan healing kan resort tepi pantai.
Sebenarnya ramai tak tahu bahawa Pulau Tuba ini adalah salah satu tempat pelancongan yang boleh anda singgah yang merupakan p**au privasi untuk beriadah dan menghilangkan rasa gundah dari kebisingan kota dan mencari sedikit ketenangan.
Pulau ini adalah 100% melayu dan Muslim. Terdapat sebuah kampung nelayan tradisional dimana penduduk kampung lebih gemarkan kehidupan tradisional. Walaupun disediakan semua kemudahan lain seperti bekalan air bersih dan telefon oleh Pihak Berkuasa namun mereka tetap hidup dengan cara tradisional mereka, maksudnya ada antaranya masih hidup cara kehidupan lama tapi kemudahan asas tetap digunakan.
Bahasa orang-orang disini adalah Bahasa utara lah Bahasa Kedah Cuma lenggok dan loghat nya berbeza sikit tapi boleh difahami oleh semua orang.Anak-anak muda biasalah dimana-mana pun, ramai yang keluar cari penghidupan diluar namun mereka tidak lupa asal usul mereka,itu yang win nya.
Kenderaan paling utama disini adalah motosikal,tiada kenderaan berat disini.Aman dan permai disini,balai polis dan pusat kesihatan semua da dan terdapat kemudahan-kemudahan lain juga.Ramai yang bertanya,dalam Bahasa utara,kalua depa sakit teruk nak pi hospital waktu malam macamana?sebab bot penambang last pukui 7 saja?jangan risau disini ada diujudkan seperti bot ambulan boleh di gunakan bila-bila diperlukan oleh koperasi dan persatuan bot-bot penambang yang juga diusahakan oleh penduduk tempatan.
Kebanyakan ketua keluarga di sini bekerja sebagai nelayan dan melakukan aktiviti pertanian.

Jom kita nak kongsikan antara tempat menarik di Pulau Tuba ini.

1.Gua Kelawar - pada yang berminat untuk hiking,agak tinggi juga dan agak sukar untuk memanjat bila hamper ke gua,harus tali dan lampu suluh, merupakan gua bersejarah dia atas bukit yang menjadi tempat persembunyian pendudukan semasa perang jepun dan sekarang terdapat banyak kelwar mendiaminya.
2.Tanjung Pandan - pantai yang cantik,riadah sambil makan mee udang yang mana merupakan salah satu tempat mee udang yang pop**ar disini.

3. Gua Wang Buluh – peminat-peminat trekking dan hiking, keindahan didalam guanya.lebih kurang 110 m ketinggian ke gua.

4. Hutan simpan Pulau Tuba – Diluar pantai kita boleh buat aktiviti mangrove dengan bot, memancing dipinggir p**au dan lain2. Didalamnya p**a walaupun anda bukan peminat jungle trekking, bersiar-siar melalui Hutan Simpan Pulau Tuba satu perkara yang amat bernilai kerana untuk mencari lokasinya mungkin menjadi satu cabaran walaupun terdapat papan tanda dismpang jalan tapi tiada penanda jika terus melalui jalan tersebut. Hutan simpannya p**a menawarkan panorama hutan dan pelbagai bentuk batu-batuan yang unik dari zaman purba menjadikannya teruja dengan flora dan fauna di sini bagi peminat alam semulajadi. Kawasan ini juga dikenali sebagai ‘Lembah Lebah’ kerana terdapat banyak sarang lebah yang tergantung dari tebing yang curam dan merupakan tempat madu lebah yang terbaik dikeluarkan disini.

5.Resort yang menarik seperti Noba Beach Resort -melihat kawasannya dah cukup menyedapkan mata memandangdan menyajikan kawasan yang privasi dengan lautnya cantik.Bagi yang mengejar sunrise disinilah tempatnya.Nama-nama chalet/bilik nya juga unik dengan nama yang cukup lama dan klasik- Ibu Mertua ku,Madu Tiga,Labu-Labi dan lain-lain .
6.Tuba Beach Resort – pemandangan pantai yang cantik dan merupakan tempat yang menjadi mercu tanda t**i nelayan yang terpanjang di Tuba & Langkawi.Juga kedudukan ditepi pantai yang cantik, pantai privasi untuk pengunjungnya,

7. Tuba Island Cottage yang terletak di Teluk Berembang yang berkonsep kan garden view dengan aliran air bukit menjadikan landscap yang menarik,kedudukkannya 50meter dari laut menambahkan keindahan panoramanya.Cottagenya yang ‘cute’ dan kawasan yang tenang dan sejuk waktu malamnya,apatah lagi bila melepak diwaktu malam sambil ‘membawang’ digazebo dilaman cottage sambil mengopi ,boleh lupa untuk masuk tidur.

8.Mee Udang Tanjung Pandan dan Ombak Rindu

9.Jambatan Selat-Tuba

10. Pokok Tuba – pokok yang diberi nama untuk Pulau Tuba,satu-satunya yang tinggal dan yang boleh anda lihat sekarang

11.perusahaan lekor show oleh penduduk tempatan.

12.Buffalo farm – tempat pemeliharaan kerbau yang banyak yang dibiarkan berkubang secara habitatnya di padang.

13. Perkampungan Keda yang berwarna warni

14.Tanjung Rami- ada kisah penceritaan disebaliknya

15.Tanjung peluru – yang mempunyai kisahnya tersendiri.

16. Teluk Puyuh – tempat sebahagian nelayan berlabuh dan pasir pantainya yang bersih dan putih serta berteluk.

17.Pulau Batu Reban – cari bronok dan siput juga mandi laut

18.Pulau Lima – p**au yang cantik dan juga port memancing.

19. Homestay berkonseptinggal bersama keluarga / pemilik – boleh merasai kehidupan sebenar disitu.

20. Bukit kecik – tempat yang patut dilawati dengan kisah lagenda dan juga tempat geobatuan iaitu kawasan batuan yang diistihar sebagai warisan dunia.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh dilawati dan di eksplorasi.Untuk dapatkan makanan laut yang segar disinilah tempatnya.

Boleh hubungi kami untuk pakej-pakej menarik di Langkawi untuk Jabatan,company,kump**an dan keluarga.
[email protected] atau +0174079734

Meeting di Tourism Malaysia Langkawi...hala tuju seterusnya pelancongan Langkawi...
31/01/2023

Meeting di Tourism Malaysia Langkawi...hala tuju seterusnya pelancongan Langkawi...

02/04/2022

Assalamualaikum..disini saya & warga kerja Kola Glibal Travel Sdn Bhd mengambil kesempatan utk memohon ampun dan maaf kepada semua sahabt2 seperjuangan dan juga pelanggan2 saya yg byk.menyokong tak kira agama,bangsa apapun sekiranya ada kekhilafan dari pihak kami..ampun dan maaf sya pohonkan...selamat Berpuasa..

19/11/2021

Address

Langkawi
07000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAKEJ HARGA MAMPU KOLA Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share