Perjalanan yang mengasyikkan dilambung ombak akan lebih mengujakan setibanya anda di jeti pulau tuba. Pulau yang masih terpelihara keaslian alam persekitarannya dengan suasana mendamaikan dan keindahan pantai serta desiran ombak memukau para pelancong yang datang ke Pulau Tuba. Tuba Beach Resort menjadi tarikan utama para pelancong dalam dan luar negara kerana lokasinya terletak di pantai tercantik di Langkawi dengan pemandagan yang menakjubkan ketika matahari terbit. Mini resort ini berada bersebelahan jeti terpanjang di langkawi dengan pemandangan yang sangat mengujakan dan suasana damai yang memukau .Tuba Beach Resort mempunyai keunikan tersendiri, pelancong dapat menikmati keindahan alam bersebelahan bukit bukau, pulau-pulau, lautan luas dan menghayati deruan ombak disamping melihat matahatri terbit sambil bersantai di dataran kolam renang Tuba Beach Resort. Pengunjung juga dapat memancing di jeti bersebelahan resort yang menjadi tarikan utama para pelancong dan tidak terlepas peluang menjalani aktiviti semula jadi (nature activity) seperti menangkul ketam, menjala udang, mencandat sotong mencari kepah dll. Sementara itu pengunjung dapat berbasikal dan meronda di sekitar Pulau Tuba untuk menikmati udara segar dan menghayati suasana kampong (virgin village) yang jauh dari kesibukan kota dan pencemaran. Tidak hairanlah Pulau Tuba juga telah menjadi tarikan kepada para penerbit filem dalam dan luar Negara untuk menghasilkan filem dan drama di sini.