MAJLIS DAERAH LENGGONG

MAJLIS DAERAH LENGGONG Bersama Menuju Kecemerlangan https://www.mdlg.gov.my Pihak Berkuasa Tempatan

Malaysia bukan sekadar sebuah negara,ia adalah rumah kita semuaTanah air bukan sekadar tempat kita tinggal, tetapi sebua...
30/08/2026

Malaysia bukan sekadar sebuah negara,
ia adalah rumah kita semua

Tanah air bukan sekadar tempat kita tinggal, tetapi sebuah rumah yang mengajar kita menerima kepelbagaian, menyatukan impian dan melangkah bersama menuju masa depan. Keindahan Malaysia tidak terletak pada keseragaman, sebaliknya pada kesediaan rakyatnya untuk saling memahami, menghormati dan terus bersatu. Bersempena Hari Kebangsaan ini, marilah kita bersama-sama menjaga rumah tercinta ini dengan menyemai semangat perpaduan, memikul tanggungjawab dan memelihara keharmonian demi kesejahteraan generasi yang akan datang. MERDEKA MERDEKA MERDEKA๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun Ke 69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Ikhlas daripada
Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis dan warga kerja Majlis Daerah Lenggong



[JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH LENGGONG]Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daera...
29/08/2026

[JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH LENGGONG]

Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong. Permohonan adalah terbuka kepada semua dan keutamaan adalah diberi kepada rakyat Ke Bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Tempoh permohonan adalah bermula 1 September 2026 sehingga 15 September 2026.

Pemohon boleh memohon secara atas talian dengan melayari:-
https://digital.perak.my

Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong di MDL sila klik:- https://drive.google.com/file/d/1x8-_n2YW8CfSOuu4KKTGVOOOTW_YoDCJ/view?usp=sharing

SESI TOWNHALL BERSAMA PENJAJA DATARAN TASIk RABANJumaat, 28 Ogos 2026 | Majlis Daerah Lenggong telah mengadakan Sesi Tow...
28/08/2026

SESI TOWNHALL BERSAMA PENJAJA DATARAN TASIk RABAN

Jumaat, 28 Ogos 2026 | Majlis Daerah Lenggong telah mengadakan Sesi Townhall Bersama Penjaja Dataran Tasik Raban sebagai platform perbincangan dan libat urus bersama para penjaja berkaitan pengurusan serta penambahbaikan kawasan tapak menjaja. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha Majlis Daerah Lenggong, Encik Muhammad Khairul Ameer bin Abbas bagi mempengerusikan sesi townhall dan turut hadir sama Ahli Majlis Clr. Ahmad Syahir bin Saarani, Clr. Puan Chui Cui Ping dan Clr dan Puan Tan Hooi Hung.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah cadangan penyusunan semula atur tapak penjaja bagi memastikan penempatan setiap penjaja lebih teratur, kemas dan tersusun, di samping mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondunsif kepada penjaja serta pengunjung.

Sesi ini turut memberi ruang kepada para penjaja untuk menyampaikan pandangan, cadangan dan maklumbalas secara terus kepada pihak Majlis bagi memastikan sebarang penambahbaikan dapat dilaksanakan secara terancang serta mengambil kira kepentingan semua pihak.



Infografik Aktiviti Sanitasi dan Disinfeksi di Premis Milik PBT ๐Ÿงน๐Ÿช ๐Ÿšฟ๐Ÿชฃ๐ŸงฝAktiviti sanitasi dan disinfeksi di kawasan PBT ada...
26/08/2026

Infografik Aktiviti Sanitasi dan Disinfeksi di Premis Milik PBT ๐Ÿงน๐Ÿช ๐Ÿšฟ๐Ÿชฃ๐Ÿงฝ

Aktiviti sanitasi dan disinfeksi di kawasan PBT adalah dilaksanakan berdasarkan Garis Panduan KPKT. Ia merupakan prosedur kawalan penyakit berjangkit yang memfokuskan kepada pembersihan kawasan sentuhan tinggi di kemudahan awam bagi menjamin kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan komuniti setempat.

Tempat tumpuan dan kemudahan awam merupakan kawasan yang berisiko untuk penularan agen penyakit berjangkit dengan pelbagai kaedah transmisi seperti melalui titisan udara, sentuhan, pencemaran silang (cross contamination), bawaan vektor, air dan makanan. Sebagai contoh ialah jangkitan penyakit COVID-19, Hand Foot Mouth Disease (HFMD), Influenza A (H1N1), Measles (Demam Campak), Leptospirosis (Kencing Tikus), Demam Denggi dan Keracunan Makanan.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan penularan agen-agen penyakit berjangkit tersebut, langkah pencegahan perlu diambil dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi secara rutin dan berkala di tempat dan kemudahan awam di kawasan PBT.

Nota : Perkongsian daripada Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan.




๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muh...
24/08/2026

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terus meneladani keperibadian mulia, ajaran dan sunnah Baginda SAW.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu."
--Surah Ali Imran: 31

Dengan tulus ikhlas, daripada Yang Dipertua, Ahli Majlis dan seluruh warga Majlis Daerah Lenggong.

24/08/2026

1001 Soalan di Minda? ๐Ÿค”

Kami faham, banyak perkara mungkin mengelirukan apabila beralih kepada urusan lesen premis secara digital.

Jangan risau! ๐Ÿค Biizni, pembantu digital myPATIL Biz, sedia membantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

๐Ÿ’ฌ Ada soalan? Gunakan fungsi Chatbot Biizni di portal myPATIL Biz dan pilih Bantuan. Kami akan berhubung dengan anda terus.

๐Ÿ“ฒ Layari portal seperti di poster atau scan QR pada gambar untuk maklumat lanjut.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐€๐Š๐’๐ˆ๐ ๐“๐ˆ๐…๐Ž๐ˆ๐ƒ ๐๐„๐‘๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ’‰ ๐Ÿ’‰Anda ๐๐„๐๐†๐„๐๐ƒ๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐?๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ญ๐ข๐š๐๐š ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ข๐ @ ๐œ๐ฎ๐œ๐ฎ๐ค ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง?๐“๐ข...
23/08/2026

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐’๐”๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐€๐Š๐’๐ˆ๐ ๐“๐ˆ๐…๐Ž๐ˆ๐ƒ ๐๐„๐‘๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿ’‰ ๐Ÿ’‰

Anda ๐๐„๐๐†๐„๐๐ƒ๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐?
๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ญ๐ข๐š๐๐š ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ข๐Ÿ๐จ๐ข๐ @ ๐œ๐ฎ๐œ๐ฎ๐ค ๐ค๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง?
๐“๐ข๐Ÿ๐จ๐ข๐ ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก? ๐๐š๐ค ๐ซ๐ž๐ง๐ž๐ฐ ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก?

Anda ada masalah tak boleh nak tinggalkan tempat kerja? Tiada masa nak ke klinik? Banyak kerja setiap hari?
Tapi perlukan suntikan tifoid segera?

Jangan risau! Tifoid bergerak Hijraa akan berada di lokasi ini
๐Ÿ’‰๐Ÿš˜

๐‡๐€๐‘๐ˆ: ๐‘๐€๐๐” & ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’
๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡: ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐Ÿ๐Ÿ•/๐ŸŽ๐Ÿ–/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“๐†๐„๐‘๐ˆ๐Š
๐Ÿ“๐‹๐„๐๐†๐†๐Ž๐๐†

๐Ÿš— Konsep bergerak โ€“ kami datang terus ke premis anda!
๐Ÿ“ž Slot masa adalah secara tempahan (booking)

Boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut:

6011-12932926
(Cik Hasmida)
6013-3473218
6013-9113218
(Cik Atikah)

๐˜’๐˜“๐˜๐˜•๐˜๐˜’ ๐˜๐˜๐˜‘๐˜™๐˜ˆ๐˜ˆ ๐˜‰๐˜Œ๐˜š๐˜œ๐˜›
๐˜–๐˜œ๐˜›๐˜™๐˜Œ๐˜ˆ๐˜Š๐˜ ๐˜๐˜๐˜‘๐˜™๐˜ˆ๐˜ˆ

17/08/2026

Relaks! Kami faham masa anda amat berharga untuk mempelajari aplikasi baharu. ๐Ÿ’ก

Imbas kod QR dan tonton video untuk mengurus lesen, kompaun serta notis. Senang je guna aplikasi ini.

Tidak perlu beratur, tidak perlu mencari fail. Semuanya diselesaikan secara digital.

Muat turun aplikasi myPATIL Biz atau layari portal bayaran myPATIL Biz sekarang!

Sesi Taโ€™aruf YBrs. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong Yang Baharu Bersama Ketua Bahagian/Unit MDLJumaat, 14 Ogos ...
14/08/2026

Sesi Taโ€™aruf YBrs. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong Yang Baharu Bersama Ketua Bahagian/Unit MDL

Jumaat, 14 Ogos 2026 โ€“ Majlis Daerah Lenggong (MDL) telah menerima Yang Dipertua yang baharu, YBrs. Tuan Mohd Noor Azam bin Ismail, bagi menggantikan Tuan Mohd Amzari bin Mohd Arzami yang telah bertukar ke penempatan baharu.

Sehubungan itu, satu sesi taโ€™aruf bersama Ketua-Ketua Bahagian dan Unit MDL telah diadakan, disusuli dengan Taklimat Korporat yang telah disampaikan oleh Tuan Setiausaha, Encik Muhammad Khairul Ameer bin Abbas.

Dalam sesi tersebut, beliau turut berkesempatan menyantuni warga kerja MDL melalui sesi suai kenal dan ramah mesra. Sesi ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan kepimpinan baharu, malah turut mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama antara YBrs. Tuan Yang Dipertua dengan seluruh warga kerja MDL.

Address

Jalan Alang Iskandar
Lenggong
33400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

05-7677207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH LENGGONG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MAJLIS DAERAH LENGGONG:

Shortcuts

Share