10/03/2026
πππ¦ππ§π ππ¨π¦ππ¬πππ² ππ’ ππππ‘ππ§π
Ramai orang tak perasan, sebenarnya permintaan homestay di Machang agak tinggi, terutama pada musim tertentu dalam setahun.
Secara anggaran, di daerah Machang terdapat sekitar 150 hingga 200 unit homestay yang beroperasi dalam pelbagai skala β dari rumah kampung biasa hingga kompleks homestay yang mempunyai beberapa unit dalam satu kawasan.
Namun bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, hampir semua homestay ini akan full house. Biasanya tempahan akan mula penuh 2 hingga 3 hari sebelum raya sehingga hari raya ketiga.
Situasi ini berlaku kerana ramai anak perantau p**ang ke kampung, dan ahli keluarga yang datang dari luar Kelantan memerlukan tempat penginapan sementara.
--------------------------------------------------------------------------
Selain musim perayaan, satu lagi faktor besar yang memacu permintaan homestay di Machang ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang.
Setiap kali musim:
β’ pendaftaran pelajar baharu
β’ majlis konvokesyen
β’ program universiti
permintaan penginapan akan melonjak dengan ketara. Ada ketikanya homestay di sekitar Machang habis ditempah sehingga ada keluarga yang terpaksa mencari penginapan di Kota Bharu.
Ini menunjukkan kapasiti penginapan di Machang masih mempunyai ruang untuk berkembang.
-------------------------------------------------------------------------
Dari sudut geografi p**a, Machang terletak di tengah negeri Kelantan.
Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa Machang sebenarnya merupakan laluan penting bagi perjalanan dari bahagian Timur ke Utara Kelantan.
Contohnya perjalanan dari:
β’ Pasir Puteh / Bachok
β’ Tanah Merah / Jeli
β’ Kuala Krai / Gua Musang
Kebanyakannya akan melalui kawasan Machang. Disebabkan itu, ramai pengguna jalan raya memilih untuk berehat atau bermalam sebentar di Machang sebelum meneruskan perjalanan.
Faktor lokasi ini secara tidak langsung menjadikan Machang sebagai kawasan yang strategik untuk perniagaan homestay.
------------------------------------------------------------------------
Dalam masa yang sama, beberapa perkembangan baharu juga dijangka akan memberi impak kepada ekonomi setempat.
Antaranya termasuk:
β’ pembangunan Bandar Baru Machang yang bakal beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat
β’ cadangan projek lebuh raya yang akan meningkatkan akses ke kawasan ini
β’ pembangunan Pusat Industri IBS Tok Bok yang dijangka merancakkan aktiviti industri dan pergerakan pekerja
Perkembangan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan kepada penginapan jangka pendek seperti homestay.
--------------------------------------------------------------------------
Melihat kepada faktor-faktor ini β musim perayaan, kehadiran universiti, lokasi strategik dan pembangunan baharu β boleh dikatakan bahawa perniagaan homestay di Machang masih mempunyai potensi yang baik untuk berkembang.
Namun begitu, untuk memastikan homestay benar-benar berdaya saing, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian seperti:
β’ reka bentuk rumah yang praktikal untuk penginapan
β’ kos pembinaan yang efisien
β’ susun atur ruang yang sesuai untuk tetamu
β’ serta konsep yang menarik dari sudut pemasaran
Di pihak kami, kami mempunyai pengalaman mengurus dan membangunkan beberapa projek homestay di sekitar Machang.
Antaranya π²πππππππ π―πππππππ π²πππππππ yang mengandungi keseluruhan 25 unit homestay, serta beberapa unit homestay di kawasan Bukit Tiu.
Pengalaman ini memberi kami pendedahan dari segi reka bentuk, pembinaan dan pengurusan homestay yang sesuai dengan pasaran tempatan.
Sekiranya ada yang sedang merancang untuk membina homestay yang cost-effective, praktikal dan sesuai dengan permintaan pasaran, boleh hubungi saya untuk berbincang lanjut.
InsyaAllah kita boleh kongsikan beberapa cadangan berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan.
Send a message to learn more