Al Farabi Guest House at Melaka

Directions Website

Al Farabi Guest House at Melaka Greeting to all, Welcome to Al Farabi Guest House. Feel free to contact us to know detail. Thank you

19/06/2026

Pucuk paku di tepi para,
Dipetik dara bersama teman;
Nasi panas bertambah selera,
Kuah banjir jadi idaman.

Mengail gelama di Tanjung Tuan,
Umpan karatan di hujung jeti;
Asam pedas Melaka jadi sebutan,
Sedap rasanya memikat hati.

18/06/2026

Kain songket tenunan teman,
Disimpan rapi di dalam peti;
Berjalan kaki di tepi taman,
Hilang stres ceria di hati.

Membeli barang di kedai Zaman,
Singgah membeli kuih melaka;
Bersiar-siar di dalam taman,
Minda tenang keluarga bahagia.

17/06/2026

Fajar menyingsing di ufuk timur,
Unggas berkicau di tepi pekan;
Maal Hijrah disambut syukur,
Ubahlah hidup ke arah kebaikan.

Mekar indah bunga cempaka,
Ditiup angin di pohon bawah;
Hijrah bermula lembaran dibuka,
Azam dihati membina ukhuwah.

16/06/2026

Anak dara memakai kerongsang,
Berjalan lambat di tepi bendang;
Gagah meratakan tanah di Klebang,
Mini jengkaut hebat dipandang.

Pagi-pagi membaca media,
Media pilihan media semasa;
Mini jengkaut telah tersedia,
Pilihan utama kanak kanak dewasa,

14/06/2026

Melihat indah aura senibina,
Sambil duduk minum kelapa;
Kalau singgah ke Duyong sana,
Bubur Ayam Ajid jangan dilupa!

Terbang tinggi si burung camar,
Hinggap sebentar di pohon rumbia;
Pagi-pagi perut dah lapar,
Bubur Ayam Ajid Duyong pembuka selera.

13/06/2026

Burung merpati terbang berkawan,
Hinggap sebentar di pohon sena;
Pembuka hari kopi secawan,
Hilanglah ngantuk segar semula.

Riuh rendah bak tongkah pecah,
Habis bersepah barang merata;
Kopi panas biskut di cecah,
Nikmatnya makan tidak terkata.

12/06/2026

Angin bertiup pokoknya goyang,
Daunnya luruh di tepi perigi;
Jatuhnya malam ditunggu orang,
Kulitnya hijau berduri-duri.

Kain songket digulung rapi,
Pakaian adat zaman berzaman;
Meriah kampung kanan dan kiri,
Borong durian di tepi jalan.

11/06/2026

Pergi ke pekan membeli suasa,
Singgah sebentar di rumah Cik Siti;
Musim durian kembali terasa,
Baunya harum memikat hati.

Kait mangga di tepi perigi,
Jangan diguncang gugur semesta;
Walau durian klon melambung tinggi,
Durian kampung tetap di carta.

10/06/2026

Riuh rendah di dalam kota,
Singgah membeli kain pelekat;
Padu sepakan saujana mata,
Gol dijaring hasil sepakat.

Merah menyala buah saga,
Petik sekati di tepi paya;
Larian laju digelecek juga,
Rembatan sasa gol bergaya.

09/06/2026

Pokok kelapa melambai-lambai,
Tanjung Bidara tempatnya tahan;
Duduk termenung di tepi pantai,
Menatap indah ciptaan Tuhan.

Putih pasirnya memikat pandangan,
Tempat bermain si anak dara;
Rehat sebentar lepaskan beban,
Minda yang sarat kembali ceria.

Address

Malacca City
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Farabi Guest House at Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category