26/09/2022
Risau akhlak anak apabila berdepan dengan rezeki makanan? Adab apabila berdepan dengan makanan, ramai orang sambil lewa, sedangkan dalam Islam, ada hati yang perlu dijaga.
Berikut sedikit tip yang kami biasa praktikkan di rumah supaya adab dan akhlak di rumah di bawa keluar.
1) Setiap kali anak ambil lauk, terus sebut supaya ambil ikut keperluan supaya orang lain pun dapat makan. Biasanya kalau ayam, anak akan kira. Lebih senang begini.
Walaupun ada orang yang biasakan anak ambil saja selagi ada di rumah, ini kesannya apabila di luar dalam keadaan lauk sedikit, ia merisaukan jika anak ambil lauk sampai tidak ingat orang belakang.
2) Jangan ambil lauk orang dan jangan mudah-mudah meminta makanan orang.
Jangan buat orang/ kawan rasa bersalah dan terpaksa berkongsi lauk walaupun berkongsi itu baik, tapi biarlah dia yang menyua sendiri bukan kerana anak kita yang minta.
Boleh jadi, itu saja lauk yang dia ada. Belajar empati jangan fikir kehendak sendiri saja.
3) Jangan meminta-minta lauk yang tiada di meja.
Contoh: Lauk yang disediakan telur dan ikan.
Didik anak jangan sampai sebut, "ayam tak ada ke?"❌❌❌
Kecil hati tuan rumah atau rasa bersalah nanti.
4) Jangan merungut dan marah jika lauk sudah habis. Ini penting apabila anak sepatutnya dididik dengan konsep rezeki.
Tip penting apabila bawa anak pergi 'gathering' yang makanannya potluck (masing-masing bawa sikit)
1) Bawa makanan sendiri sebagai back-up untuk anak. Makanan untuk semua orang ada. Makanan untuk anak sendiri ada.
2) Elakkan anak makan sendiri dan ambil lauk sendiri terutama jika makanannya sedikit saja. Ini supaya anak tidak mengambil lauk ikut hawa nafsu.
3) Jika perlu suaplah anak. Lauk sedikit, cubit-cubit campur nasi, lebih cukup. Kalau ambil seorang satu lauk, boleh jadi tidak cukup.
4) Elakkan lauk yang boleh jadi trigger salah faham. Contoh: Ayam. Ayam memang anak-anak sangat s**a. Jadi elakkan lauk potluck ayam kecuali boleh sediakan dengan kuantiti yang sangat banyak.
Adab dan akhlak begini nampak biasa, ringkas dan ramai orang buat sambil lewa. Sebenarnya, dalam mu'amalat, ada hati yang kita perlu jaga.
Wallahu'alam.
Cikgu Ummi
You can view and join right away.