Camilla Houz Melaka

Camilla Houz Melaka To Provide you with a comfortable stay at Pantai Puteri, Melaka.

01/06/2025

Tonton, ikut dan terokai lebih banyak kandungan sohor kini.

Panas2 ni mmg best dpt mandi pool kan...
31/05/2025

Panas2 ni mmg best dpt mandi pool kan...



Duk lepak dari balkoni homestay jer dpt nikmati view sunset cantikkk..tenang best healing..
17/05/2025

Duk lepak dari balkoni homestay jer dpt nikmati view sunset cantikkk..tenang best healing..

Salam dari Mutiara Melaka Beach Resort..
14/12/2024

Salam dari Mutiara Melaka Beach Resort..

07/12/2024

MELAKA tak Relax wei!
Banyak gila program!
Dekat Ayer Keroh je ada beberapa event besar!
Korang jangan lupa support tau minggu ni

Pemandangan indah dari Mutiara Melaka Beach Resort..contact kak ira  010-536 1698 booking dan checkin di Unit Camilla Ho...
20/11/2024

Pemandangan indah dari Mutiara Melaka Beach Resort..

contact kak ira 010-536 1698

booking dan checkin di Unit Camilla Houz

selalu sangat dapat soalan..ada port mancing tak kak????alahaiiii..ni kak ira nak bgtau korang dari balkoni homestay…nmp...
04/10/2024

selalu sangat dapat soalan..

ada port mancing tak kak????

alahaiiii..ni kak ira nak bgtau korang dari balkoni homestay…nmpk sgt org duk memancing depan tu…


30+ TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2019===============================Antara tempat menarik yang semakin mendapat perhatian di...
28/09/2024

30+ TEMPAT MENARIK DI MELAKA 2019
===============================

Antara tempat menarik yang semakin mendapat perhatian di Melaka adalah:

#1 – THE PIRATE ADVENTURE

Taman tema indoor yang bertemakan ‘Pirate’ atau ‘Lanun’ memang seronok dikunjungi oleh mereka yang sukakan adventure. Di sini, anda boleh memakai kostum seperti lanun sambil berjalan mengelilingi taman tema yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dan dalam masa sama dapat merasai pengalaman menjadi seorang lanun.

Bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Waktu buka:

Isnin-Khamis (10am-7pm)Jumaat-Ahad, Cuti Umum (10am-9.30pm)

#2 – Melaka Alive

Jika ingin mengetahui lebih dalam akan sejarah Melaka, datanglah menonton persembahan teater di Melaka Alive.

Dengan rekaan bangunan seperti kapal Bahtera Merdeka, ia menempatkan pentas teater di dalam kapal. Apabila menonton lakonan penggiat seni di sini, terasa seolah-olah sedang belayar di lautan lebih-lebih lagi apabila anda perlu memakai baju hujan sekiranya duduk di bahagian hadapan yang dipanggil wet area.

Waktu buka:
Dua sesi setiap hari iaitu pada 7.30 pm & 9pm

#3 – The Shore Sky Tower Melaka

Ingin menguji tahap keberanian sambil meningkatkan adrenalin anda? Jom naik ke tingkat 43 di bangunan tertinggi dan pusat beli-belah terbaharu di Melaka ini. Keluar sahaja dari lif, lantai kaca lutsinar dan dan dinding kaca lutsinar di ruang terbuka membolehkan anda menyaksikan panorama sekeliing Bandar Melaka. Satu adventure bagi mereka yang gayat tatkala melihat pemandangan di bawah!

Bayaran sebanyak RM25 dikenakan bagi dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak.

Waktu buka:
Isnin-Ahad (10.30am-11pm)

#4 – THE SHORE TOY MUSEUM

Dalam pusat beli-belah ini juga anda boleh singgah ke Toy Museum yang terletak di Aras 1. Ia menempatkan lebih daripada 10,000 koleksi permainan Edisi Terhad dengan tiap satunya mempunyai rekaan unik tersendiri yang didatangkan dari Jepun, Thailand dan banyak lagi.

Bagi peminat anime dan komik tanpa mengira kategori umur, di sinilah tempatnya anda boleh melihat adiwira pujaan dan karakter kartun yang anda minat . Memang ralit melihat koleksi yang dipamerkan sehinggakan tidak sedar masa berlalu. Jangan takut untuk mengambil gambar kerana anda bebas berbuat demikian!

Anda hanya perlu membayar RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Waktu buka:
Setiap hari bermula 10.30 am-9pm

#5 – The Shore Oceanarium Melaka

Satu lagi tarikan menarik di Aras 2 pusat beli-belah The Shore. Kanak-kanak pasti menyukai tempat ini memandangkan mereka dapat mengenali pelbagai spesies haiwan laut dan habitat mereka. Malah kanak-kanak dan pengunjung diberi peluang memegang beberapa jenis haiwan yang diletakkan di dalam Touch Pool.

Manakala di Zon Interaktif, siap dilengkapi dengan “Magical Vacuum Aquarium/MVA Aquarium” yang mana pengunjung perlu memakai cermin mata 3D untuk melihat “Like Real Vision” dan wayang gambar 3D.

Bayaran sebanyak RM35 dikenakan kepada dewasa manakala warga emas dan kanak-kanak dikenakan sebanyak RM25.

Waktu buka:
Setiap hari bermula 10.0 am-9pm

#6 – THE SHORE 3D Interactive Park

Tarikan keempat yang ada di The Shore. Muzium interaktif 3D ini memang sesuai untuk seisi keluarga dan kanak-kanak. Meskipun terletak dalam pusat beli-belah, ruang di dalamnya memang besar dan selesa. Ia dilengkapi dengan pelbagai zon interaktif yang menarik dan menyeronokkan.

Namun, kelainan yang ada di sini adalah ia mempunyai Rumah Hantu. Jika ingin merasa pengalaman dalam Rumah Hantu ini, bolehkah memilih untuk memasukinya.

Bayaran sebanyak RM30 dikenakan untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Waktu buka:
Setiap hari bermula 10am-8pm

#7 – LOCKDOWN REAL ESCAPE GAME

Peminat tegar permainan komputer berkonsepkan strategi Escape Game jangan lepaskan peluang datang ke tempat ini yang terletak di pusat beli-belah The Shore. Jika sebelum ini anda anda mengguna strategi melepaskan diri dari bilik berkunci mengguna hint tersembunyi melalui telefon, kini anda boleh alami pengalaman mendebarkan itu secara langsung.

Dengan pemain minimum dua orang dan maksimum lapan orang, setiap permainan mengambil masa 45 minit untuk menyelesaikan teka-teki dalam bilik sebelum dapat melepaskan diri. Pemain yang berjaya melepaskan diri dalam waktu itu bakal menerima hadiah menarik dari Lockdown.

Bayaran dikenakan bergantung pada hari iaitu:
Isnin-Jumaat-RM35 (Pelajar RM30)
Sabtu-Ahad-RM38

#8 – ILLUSION 3D ART MUSEUM

Terletak di Dataran Pahlawan, ia adalah muzium 3D pertama yang di buka di Melaka. Galeri seni ini menempatkan 38 lukisan seni tangan 3D yang berukuran besar. Daya tarikan di sini adalah Inde Appshaker Augmented Reality 3D Video Animation yang membolehkan pengunjung berinteraksi dengan 3D Animasi yang kelihatan ‘hidup’.

Waktu buka:
Isnin-Ahad (10am-8pm)

#9 – UPSIDE DOWN HOUSE GALLERY

Mengguna penataan hiasan dalaman sesebuah rumah dengan lima ruang iaitu dapur, ruang tamu, bilik tidur uutama, bilik tidur kanak-kanak dan bilik air, bezanya kesemua perabot dan kelengkapan rumah diletakkan dalam keadaan terbalik.

Di sini, cabaran adalah lebih kepada kreativiti dalam mengambil gambar di setiap sudut dalam galeri.

Untuk masuk ke galeri ini, orang dewasa perlu membayar RM15 (Bukan warganegara-RM20) dan kanak-kanak bawah umur 2 tahun RM10 (Bukan warganegara-RM16)

Waktu buka:
Isnin-Khamis (10am-7pm)
Jumaat-Ahad (10am-9pm)

#10 – PANTAI KLEBANG

Tak sah kalau ke Melaka kalau tidak singgah ke pantai. Pantai Klebang misalnya memang sudah lama jadi tarikan kerana di sini selain dapat menikmati angin pantai boleh juga menjamu selera berikutan banyak gerai makan di buka di sini.

#11 – DATARAN 1MALAYSIA KLEBANG

Jadi tumpuan pada waktu petang bagi mereka yang sukakan aktiviti riadah dan santai. Pada hujung minggu dan cuti umum p**a, ramai yang datang ke sini sambil menikmati angin pantai, berkelah.

Waktu buka:
Setiap hari bermula pukul 12 tengahari hingga 12 malam

#12 – Encore Melaka

Encore Melaka merupakan teater paling terbesar di Asia Tenggara, yakni mampu memuatkan 2000 penonton pada satu masa yang sama.

#3 Platform penonton boleh berpusing 360 darjah untuk memberikan lebih banyak keseronokan ketika persembahan dan ia adalah inovatif teknologi pementasan pertama di Asia Tenggara
Info dan tiket Encore Melaka:

Lokasi: No. 1 Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka.

Waktu persembahan sehingga 31 Julai: Isnin – Jumaat: 8:30 malam, Sabtu: 5:30 petang dan 8:30 malam, Ahad: 2:30 petang dan 5:30 malam.

Waktu persembahan 1 Ogos dan keatas: Isnin – Sabtu: 5:30 petang dan 8:30 malam, Ahad: 2:30 petang dan 5:30 malam.

Harga tiket: VIP RM 528 (MyKad) / RM 568 (Non-MyKad); Premium RM 228 (MyKad) / RM 248 (Non-MyKad); Standard – RM 128 (MyKad) / RM 148 (Non-MyKad); Wheelchair – RM 98 (MyKad) / RM 98 (Non-MyKad).

Hubungi: https://encore-melaka.com atau 06-270 7777

#13 – MUZIUM KAPAL SELAM

Terletak di sekitar Pantai Klebang, ia adalah muzium kapal selam pertama seumpamanya di Melaka. Diberi nama FS Quessant Agosta 70, ia adalah buatan Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia dijadikan tempat latihan krew pertama kapal selam dan kali terakhir ia digunakan adalah sewaktu belayar di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Menariknya, terdapat pakej disediakan bagi yang ingin merasa pengalaman bermalam di sini. Ia boleh menempatkan sehingga 25 orang dalam satu-satu masa. Pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu dengan pihak Perbadanan Muzium Melaka.

Bayaran tiket hanyalah RM5 untuk dewasa dan (Bukan warganegara RM10) dan RM2 untuk kanak-kanak (Bukan warganegara RM6).

Waktu buka:
Isnin-Khamis (9am-5.30pm)
Jumaat-Ahad (9am-6.0pm)

#14 – TIME MACHINE GALLERY

Satu lagi tempat menarik di Melaka. Di dalamnya menempatkan pelbagai rekaan mural 3D Trick Art yang menarik. Anda boleh berposing mengikut gaya dan kreativiti anda di setiap mural yang dilalui. Lagi best, pengunjung boleh mencuba aneka jenis kostum beserta props hiasan yang sesuai untuk sesi bergambar.

Bayaran sebanyak RM15 dikenakan kepada dewasa dan RM10 kepada kanak-kanak.

Waktu buka:
Isnin-Jumaat (10am-6pm)
Sabtu-Ahad (9am-9pm)

#15 – MAMEE JONKER WALK

Sebut Mamee, pasti sudah terbayang plastik kuning dengan makanan di dalamnya yang rangup.

Selepas lebih 40 tahun dalam industri makanan, Mamee buat pertama kalinya memperkenalkan ‘Concept Store’ milik mereka. Terletak di Jonker Street, ia mempunyai 4 tarikan:

Mamee Café- Di kafe ini, pengunjung dapat merasai pelbagai menu menarik yang menggunakan Mamee Chef Tarik Noodle Cakes sebagai bahan asas hidangan.Mamee Merchandise- Pengunjung boleh membeli pelbagai produk makanan dan barangan eksklusif di kedai ini.Noodle Doodle-Di sini, anda berpeluang mereka cipta cawan Mamee Chef Noodle mengikut kreativiti sendiri. Berkonsepkan ‘mix and match’, serlahkan bakat melukis anda!Lil Monster Kitchen-Dengan mengikuti sesi bengkel selama 90 minit pada hujung minggu, anda dapat mengetahui ‘rahsia’ makanan Mamee Monster.

Waktu buka:
Isnin, Rabu & Khamis (10am-5pm)
Jumaat-Ahad (10am-7pm)

#15 – MELAKA THOUSAND TALES OF ADVENTURES-THE ADVENTURES OF SINBAD

Sinbad, satu karakter kartun yang memang tidak asing sejak dahulu lagi. Di sini, anda akan menaiki kapal dan bersiap sedia menyertai pengembaraan mendebarkan serta penuh aksi dengan Sinbad, Pelayar yang merentas tujuh lautan bersama anak kapalnya mengalahkan ahli sihir Shaman dan roh tenteranya dalam misi menyelamatkan dunia.

Mengguna simulasi teknologi 7D yang pertama seumpamanya di Malaysia, anda akan menolong Sinbad mengalahkan mereka yang jahat, memecahkan kod rahsia di setiap bilik seterusnya menuju ke cabaran-cabaran bertema seterusnya.

Tiket untuk dewasa adalah RM28 dan kanak-kanak RM23.

Waktu buka:
Isnin-Khamis (10am-7pm)
Jumaat-Ahad (10am-9.30pm)

#16 – THE ORANG UTAN HOUSE

Jika melalui Lorong Hang J***t, anda pastinya tidak akan terlepas pandang bangunan berwarna kuning terang dengan lukisan orang utan berwarna oren di bahagian dinding. The Orang Utan House adalah galeri seni dan stor menjual T-shirt milik pelukis penduduk tempatan bernama Charles Cham. Lukisannya lebih cenderung kepada gaya primitive dengan rona warna-warni manakala rekaan t-shirt lebih kepada haiwan astrologi China. Beliau turut mempamerkan lukisan antarabangsa

Waktu buka:
Selasa hingga Khamis (10am-6pm)

#17 – Melaka River Cruise

Pengunjung boleh menaiki kapal cruise menyusuri Sungai Melaka. Sepanjang sungai ini, pengunjung boleh melihat hampir keseluruhan dinding bangunan merangkumi rumah penginapan, hotel dan rumah penduduk yang terletak berhampiran di lukis dengan seni grafiti berwarna-warni.

Pemandangan waktu senja hingga malam lebih cantik berbanding waktu siang kerana sepanjang sungai dilimpahi dengan pencahayaan warna-warni lampu dekoratif.

Kaunter tiket dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11.30 malam.

#18 – KAMPUNG MORTEN, VILLA SENTOSA

Tidak ramai yang mengetahui akan kewujudan tempat ini yang juga dikenali sebagai Malay Living Museum. Ia adalah satu-satunya perkampungan Melayu yang masih ada di Bandar Melaka. Meskipun Melaka pesat membangun, ia tidak menjejaskan perkampungan tradisional ini.

Nama perkampungan ini diambil sempena nama F.J Morten, Pesuruhjaya Tanah berbangsa British yang datang ke Melaka pada tahun 1920. Rumah-rumah di perkampungan ini asalnya didiami oleh kaum Melayu dari kelas atasan di sekitar era awal abad 20. Ada juga rumah yang bercirikan tradisional Melayu.

Bagi yang ingin merasai suasana perkampungan tradisional, boleh datang ke sini dan akan dibawa oleh Tour Guide mengelilingi kawasan perkampungan.

Waktu buka:
Isnin-Rabu (10am-5pm)
Khamis (10am-12 tengahari)
Jumaat (10am-12 tengahari & 3pm-5pm)
Sabtu (10am-5pm)
Ahad (10am-6pm)

#19 – SKYTREX ADVENTURE

Untuk peminat sukan outdoor lasak, inilah tempat anda! Dengan konsep ‘sky-trekking’, anda boleh merasai pengalaman ‘terbang’ ataupun meluncur dari satu pokok ke pokok lain melalui aktiviti yang disediakan. Lebih ekstreme adalah aktiviti SkyRide yang mana anda berbasikal menyeberangi laluan bertali.

Bagaimanapun, pengunjung digalakkan membeli tiket secara online melalui telefon pintar dan bayaran boleh dibuat mengguna pindahan, kredit kad dan juga Paypal terlebih awal sebelum memasuki tempat yang terletak di Taman Botanikal Ayer Keroh.

Bayaran masuk adalah RM60.

Waktu buka:
Setiap hari bermula pukul 9am hingga 3pm.

#20 – BAYOU LAGOON PARK RESORT

Meskipun ia adalah sebuah resort, namun ia terbuka kepada orang ramai. Anda tidak perlu menjadi tetamu resort untuk mandi-manda di taman tema ini. Bayou Lagoon Wter Park sesuai untuk anak-anak kecil memandangkan permainan gelungsur yang disediakan tidak begitu mencabar berbanding taman tema lain. Amusement Park p**a menyediakan pelbagai aktiviti seperti Dragon Coaster, Archery, Bumper Car dan banyak lagi.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM22, warga emas RM11 dan kanak-kanak RM16.

Waktu buka:
Isnin, Rabu-Jumaat (10am-pm)
Sabtu-Ahad, cuti sekolah (8am-7pm)

#21 – MAGIC ART MUSEUM

Selesai puas bermandi-manda, hanya dengan berjalan kaki, anda boleh masuk ke muzium ini kerana ia terletak dalam kawasan Bayou Lagoon Park Resort. Alang-alang sudah masuk ke sini, tidak singgah di kawasan yang mempunyai keluasan 10,000 kaki persegi. Ia menempatkan 55 lukisan 3D yang meliputi tema akuarium, fantasi, komedi, budaya, cabaran, air terjun dan bermacam-macam lagi.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM28 dan RM22 untuk kanak-kanak serta warga emas.

#22 – 9D MOTION THEATER

Juga terletak dalam Bayou Lagoon, ia adalah teater digital interaktif yang serba moden. Ia dilengkapi dengan Laser Blaster dan spek mata 3D. Sambil menonton, anda akan merasai pergerakan roller-coaster, sistem audio hebat dan paparan visual 3D.

Untu merasai pengalaman menonton terhebat ini, anda perlu membayar RM16 bagi setiap individu.

#23 – MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

Satu lagi tarikan terbaharu di Melaka. Taman tema air yag terletak di Ayer Keroh mempunyai 11 tempat menarik antaranya Tornado Chaser, Lazy cm Crazy River, 1 Big Wave Pool, Adventure Island selain dikelilingi oleh hutan hijau semula jadi seluas 360 hektar.

Bayaran dikenakan adalah seperti berikut:
-Dewasa RM37.90 (Hari biasa) dan RM42.65 (Hujung minggu)
-Kanak-kanak RM30.80 (Hari biasa) dan RM36.75 (Hujung minggu)
-Warga emas RM23.70
-Dewasa (Bukan warganegara) RM49.75
-Kanak-kanak (Bukan warganegara) RM42.65
-Warga emas/OKU (Bukan warganegara) RM27.25

Waktu buka:
Selasa-Jumaat (11am-7pm)
Sabtu-Ahad (9am-7pm)

#24 – FREEPORT A’FAMOSA OUTLET

Baru sahaja dibuka, ia menyerupai Johor Premium Outlet, syurga beli-belah bagi mereka yang gemar membeli barang berjenama pop**ar terkenal antarabangsa. Berkeluasan kira-kira 180,000 kaki persegi, ia menawarkan lebih 70 jenama meliputi fesyen, sukan dan aksesori barangan.

Penat membeli-belah, anda boleh berehat di tepi tasik, air pancut, karousel dan kincir air yang direka dengan seni bina Belanda.

Waktu buka:
Isnin-Ahad (10am-10pm)

#25 – BABA NYONYA HERITAGE MUZIUM

Bagi yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai budaya kaum peranakan Baba dan Nyonya bolehlah datang ke muzium ini yang dibina daripada gabungan tiga lot teres. Dimiliki oleh keluarga Chan, keturunannya telah memelihara ciri-ciri tradisional termasuk perabot dan alat kelengkapan rumah dengan baik. Sebab itu ia menjadi lokasi terbaik untuk mereka yang berminat untuk mengetahui asal usul kaum unik ini.

Bayaran dikenakan untuk dewasa adalah RM16 dan kanak-kanak p**a RM11.

Waktu buka:
Isnin-Ahad dengan dua sesi iaitu Sesi Pagi (10am-1pm) dan Sesi Petang (2pm-5pm)

#26 – MUZIUM CHENG HO

Laksamana Cheng Ho bukanlah nama yang tidak asing dalam buku sejarah sekolah. Namun kisah hidupnya tidak diketahui dengan mendalam. Oleh itu, jika ingin mengetahui laksamana terulung ini dan kisah penjajahan beliau merentasi lautan serta kebijaksanaannya, boleh melawat muzium ini.

Bayaran sebanyak RM20 dikenakan untuk pengunjung dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Waktu buka:
Isnin-Ahad (9am-6pm)

#27 – MUZIUM ISLAM MELAKA

Reka bentuk muzium ini memang sangat cantik berikutan ia dibina berkonsepkn imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara. Penubuhannya bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengmp**an, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam suatu waktu dahulu.

Antara koleksi yang dipamerkan dalam muzium ini adalah replika Al-Quran terawal dan replika pedang kepunyaan Rasullah s.a.w.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM5 dan kanak-kanak RM2.

Waktu buka:
Selasa-Ahad (9am-5.30pm)

#28 – MENARA TAMING SARI

Setiap hujung minggu, akan nampak satu barisan panjang orang menunggu untuk menaiki Gyro tower pertama seumpamanya di Malaysia ini. Dengan ketinggian 110 meter, apabila tiba di atas, pengunjung dapat melihat 360 darjah panorama Bandar Melaka sambil duduk di tempat yang disediakan dalam struktur yang berpusing. Penyewaan binokular turut disediakan bagi mereka yang ingin menggunakannya.

Jika cuaca baik, maka akan kelihatan Pulau Sumatera dari kejauhan. Jika ingin melihat Melaka dalam warna-warni terang dek pencahayaan lampu-lampu, maka bolehlah menaiki menara ini pada waktu malam.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM17 dan kanak-kanak RM11.

Waktu buka:
Isnin-Ahad (10am-10pm)

#29 – JONKER WALK

Tempat yang wajib singgah sekiranya di Melaka. Ia dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kecil tradisional yang menjual pelbagai jenis barang. Cakaplah apa sahaja, semuanya boleh didapati di sini. Mau patah kaki berjalan sepanjang Jonker Street. Penat berjalan, bolehlah sewa beca yang mudah didapati I sekitar kawasan situ.

Hujung minggu, pasar malam di Jonker Street ini memang dipenuhi dengan orang ramai tidak kira pelancong mahupun penduduk tempatan dan pelancong asing.

#30 – MASJID SELAT

Keunikan masjid yang dibina dengan rekaan seni binaan masjid terapung Jeddah adalah ia dibina atas p**au buatan manusia yang dikenali sebagai Pulau Melaka. Setiap kali air pantai pasang, masjid ini akan kelihatan seperti terapung-apung di atas air.

Tiang masjid ini sering dijadikan sebagai lampu isyarat bagi bot-bot dan kapal laut yang melalui Selat Melaka pada waktu malam.

Sumber: Google (unknown)

Malam2 lepak sini pun tenang..tak jauh dari unit Camilla Houz Melaka…Jalan kaki jer…
21/09/2024

Malam2 lepak sini pun tenang..tak jauh dari unit Camilla Houz Melaka…Jalan kaki jer…

Address

Lot 1775 Jalan Pantai Puteri
Malacca City
76400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Camilla Houz Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Camilla Houz Melaka:

Share

Category