29/08/2024
At-Taubah : 32
---------------
يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ
"Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan2) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang2 yang kafir tidak menyukai."
Allah سبحانه وتعالى berfirman menceritakan perihal orang2 kafir dari kalangan kaum musyrik dan kaum Ahli Kitab : (يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ) "Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah." Iaitu petunjuk dan agama yang hak yang Allah turunkan melalui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka bermaksud memadamkannya dengan bantahan dan kedustaan yang mereka buat2. Allah mengumpamakan perbuatan mereka itu dengan seseorang yang berkeinginan memadamkan sinar matahari atau cahaya rembulan dengan tiupan. Dengan kata lain hal ini jelas tidak mungkin dan tidak ada jalan untuk itu. Maka demikian p**a apa yang disampaikan oleh Allah melalui RasulNya, pasti akan sempurna dan akan menang. Oleh kerana itu Allah سبحانه وتعالى menjawab niat dan kehendak mereka itu melalui firmanNya : (وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ) "dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya walaupun orang2 yang kafir tidak menyukai."
Istilah kafir menurut pengertian bahasa ialah 'orang yang menutupi sesuatu atau menyembunyikannya'. Oleh kerana itu, maka malam hari dinamakan kafir, sebab ia menutupi segala sesuatu dengan kegelapannya. Seorang petani dinamakan kafir menurut istilah bahasa, kerana ia membenamkan biji (benih) tanaman ke dalam tanah, saperti yang disebutkan di dalam firmanNya (menurut salah satu qira'at), iaitu : (أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ) "Menyenangkan hati penanam2nya".
At-Taubah : 33
---------------
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ
"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang2 musyrik tidak menyukai."
Allah سبحانه وتعالى berfirman : (هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ) "Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur'an) dan agama yang benar." Petunjuk ialah apa yang disampaikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم berupa berita2 yang benar, iman yang benar dan ilmu yang bermanfaat. Dan agama yang hak ialah amal2 yang benar lagi bermanfaat di dunia dan akhirat. (لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ) "untuk dimenangkanNya atas segala agama." Iaitu atas semua agama lain, saperti yang disebutkan di dalam hadith sahih dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bahawa beliau pernah bersabda : "Sesungguhnya Allah melipatkan bumi untukku bahagian barat dan bahagian timurnya, dan kelak kerajaan umatku akan mencapai semua bahagian yang dilipatkan bagiku darinya."
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ja'far, telah menceritakan kepada kami Syu'bah, dari Muhammad ibnu Abu Ya'qub, bahawa ia pernah mendengar Syaqiq ibnu Hayyan menceritakan hadith berikut dari Mas'ud ibnu Qubaisah atau Qubaisah ibnu Mas'ud yang mengatakan bahawa suatu kabilah dari Bani Muharib melakukan salat Subuh. Setelah mereka menyelesaikan salat mereka, salah seorang pemuda mereka berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya kelak akan dibukakan bagi kamu belahan timur dan belahan barat bumi ini, dan sesungguhnya orang2 yang menguasainya dimasukkan ke dalam Neraka, kecuali orang2 yang bertakwa kepada Allah dan menunaikan amanat."
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mugirah, telah menceritakan kepada kami Safwan, telah menceritakan kepada kami Salim ibnu Amir, dari Tamim Ad-Dari رضي الله عنه yang mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda : "Sesungguhnya perkara ini (agama Islam) akan mencapai apa yang dicapai oleh malam dan siang hari. Dan Allah tidak akan membiarkan suatu kota pun, tidak p**a suatu kampung pun, melainkan dimasuki oleh agama ini. Agama ini memuliakan orang yang mulia dan menghinakan orang yang hina, ia menjadi mulia kerana Allah memuliakannya melalui agama Islam, dan menjadi terhina karena Allah menghinakan orang kafir melaluinya."
Tamim Ad-Dari mengatakan bahawa sesungguhnya dia telah mengenali dengan baik semua orang yang ada di lingkungan keluarganya. Orang yang masuk Islam dari kalangan mereka memperoleh kebaikan, kemuliaan dan kehormatan; dan orang yang kafir di antara mereka ditimpa oleh kehinaan, dipandang remeh, dan dikenakan jizyah.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Abdu Rabbih, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Muslim, telah menceritakan kepadaku Ibnu Jabir, ia pernah mendengar Salim ibnu Amir mengatakan bahawa ia pernah mendengar Al-Miqdad ibnul Aswad mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Tiada yang tersisa di muka bumi ini suatu rumah pun, baik di kota mahu pun di kampung, melainkan dimasuki oleh kalimah Islam. Islam memuliakan orang yang mulia dan menghinakan orang yang hina. Adapun orang yang ditakdirkan mulia oleh Allah, maka Allah menjadikannya termasuk ahlinya, dan orang yang ditakdirkan hina oleh Allah, maka mereka dihinakan oleh kalimah Islam (yakni tidak mau masuk Islam)."
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad disebutkan p**a bahawa, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abu Addi, dari Ibnu Aun, dari Ibnu Sirin, dari Abu Huzaifah, dari Addi ibnu Hatim. Abu Huzaifah mengatakan bahawa ia pernah mendengar Addi ibnu Hatim menceritakan hadith berikut bahawa ia masuk menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Hai Addi, masuk Islamlah kamu, maka selamatlah kamu." Addi menjawab : "Saya telah memeluk suatu agama." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Aku lebih mengetahui agamamu daripada kamu." Addi bertanya : "Benarkah engkau lebih mengetahui agamaku daripada aku sendiri?" Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab : "Ya, bukankah kamu dari kalangan Raksawiyyah, dan kamu biasa memakan (memungut) upeti kaummu?" Addi ibnu Hatim menjawab : "Memang benar." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya hal itu tidak dihalalkan menurut agamamu." Addi ibnu Hatim mengatakan bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم tidak mengulangi ucapannya itu sehingga ia merasa rendah diri dan malu kepadanya. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya aku mengetahui hal yang menghambatmu untuk masuk Islam. Kamu menduga bahawa agama Islam hanyalah diikuti oleh orang2 yang lemah yang tidak mempunyai kekuatan, dan memang dugaan yang serupa telah dilontarkan p**a oleh orang2 Arab. Tahukah kamu Hirah?" Addi ibnu Hatim menjawab : "Saya belum pernah melihatnya, tetapi saya pernah mendengarnya." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaannya, sesungguhnya Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehingga seorang wanita bepergian dari Hirah, lalu melakukan tawaf di Baitullah tanpa ditemani oleh seorang lelaki pun (yakni keadaan atau situasi masa itu sangat aman). Dan sesungguhnya kelak perbendaharaan kerajaan Persia benar2 akan dibuka (dikuasai oleh kaum muslim)." Addi ibnu Hatim berkata : "Apakah yang dimaksud adalah kerajaan Kisra Ibnu Hurmuz?" Nabi SAW Bersabda : "Ya, Kisra ibnu Hurmuz, dan sesungguhnya harta benda akan diberikan hingga tidak ada lagi seseorang yang mahu menerimanya." Addi ibnu Hatim mengatakan : "Musafir wanita itu memang telah berangkat dari Hirah, lalu melakukan tawaf di Baitullah tanpa ditemani oleh seorang lelaki pun. Dan sesungguhnya aku termasuk salah seorang yang ikut membuka perbendaharaan Kisra ibnu Hurmuz. Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaanNya, akan terjadi hal yang ketiga, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menyebutkannya (iaitu ketika harta benda diberikan, kemudian tiada seorang pun yang mahu menerimanya, yang dimaksud ialah dekat hari kiamat. Pent.)."
Imam Muslim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Ma'an Zaid ibnu Yazid Ar-Raqqasyi, telah menceritakan kepada kami Khalid ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid ibnu Ja'far, dari Al-Aswad ibnul Ala, dari Abu Salamah, dari Aisyah رضي الله عنها yang mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Malam dan siang hari tidak akan lenyap sebelum Lata dan 'Uzza disembah (kembali) Aku (Siti Aisyah رضي الله عنها) bertanya : 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku menduga bahawa ketika Allah سبحانه وتعالى menurunkan firmanNya : (هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ) 'Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an ) dan agama yang benar,'" hingga akhir ayat. Hal tersebut memberi pengertian bahawa segala sesuatu telah sempurna. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "Sesungguhnya kelak sebahagian dari hal itu (penyembahan kepada berhala) akan terjadi menurut apa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengirimkan angin yang harum, maka matilah semua orang yang di dalam kalbunya terdapat iman (walau) seberat zarrah, dan yang masih hidup adalah orang2 yang di dalam dirinya tidak terdapat suatu kebaikan pun, maka mereka kembali kepada agama nenek moyang mereka."
Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir.