MaiSini HomeStay Melaka

MaiSini HomeStay Melaka MaiSini Homestay Melaka terletak di daerah Melaka Tengah mudah di access ke mana sahaja sekitar Negeri Melaka. Bersih Selesa dan Dekat.

12/11/2025

Perasan tak? Ada minyak masak cepat hitam. Padahal baru pakai sekali.

Ada minyak masak p**a bila kita goreng, rasanya makanan jadi lain. Perasan tak?

Untuk pengetahuan anda, perbezaan ini ada kaitan dengan gred minyak masak. Ya, minyak masak pun ada grednya. Salah pilih, terus jadi tak sedap makanan kita. Membazir makanan kita masak.

Gred minyak masak ini dilabel dengan label 'CP':

1. CP6
Minyak masak CP6 adalah gred minyak yang lebih tinggi, lebih sihat kerana mengandungi vitamin E dan tocotrienols, serta kurang berbuih. Minyak ini lebih stabil pada suhu rendah dan sesuai untuk kegunaan seperti salad dressing, kerana ia tidak mudah rosak.

2. CP7
Mengandungi asid lemak yang lebih tinggi, mudah berbuih, dan sesuai untuk masakan dan menggoreng.

3. CP8
Mudah berbuih dan cepat bertukar warna menjadi hitam, tidak sesuai untuk digunakan berulang kali. Selalunya minyak paket menggunakan gred ini.

Petua penggunaan minyak masak:

1. Elakkan menggunakan minyak yang sama berulang kali, terutamanya jika ia sudah bertukar warna atau likat.

2. Buang minyak yang mengeluarkan banyak asap ketika dipanaskan.

3. Minyak yang digunakan untuk menggoreng makanan berdarah (seperti ayam atau ikan) hanya boleh digunakan sekali sahaja.

21/10/2025

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi - 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati.

1 - Solat sunat wuduk.
2 - Solat sunat tahajud.
3 - Solat sunat taubat.
4 - Solat sunat tasbih.
5 - Solat sunat hajat.
6 - Solat sunat istikharah.
7 - Solat sunat witir.

Selepas Azan Subuh
1 - Solat sunat subuh.
2 - Solat fardu subuh (bacaan terbaik
ialah Surah Waqiah).

7.15 pagi - 8.15 pagi
1 - Solat sunat isyrak.

8.15 pagi - 11.00 pagi
1 - Solat sunat duha.

Apabila Gelincir Matahari
1 - Solat sunat zohor.
2 - Solat fardu zohor.
3 - Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar
1 - Solat sunat asar.
2 - Solat fardu asar.

Selepas Azan Maghrib
1 - Solat sunat Maghrib.
2 - Solat fardu maghrib.
3 - Solat sunat selepas maghrib.
4 - Solat sunat awwabin.
5 - Solat sunat taubat.

Selepas Azan Isyak
1 - Solat sunat isyak.
2 - Solat fardu isyak.
3 - Solat sunat selepas isyak.
4 - Sola sunat witir.

Hari Jumaat
1 - Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid).
2 - Solat sunat wuduk
3 - Solat sunat taubat.

26/04/2025

Tengah sedap drive kan, tetiba lampu bateri ni menyala dekat meter. Hati dah rasa tak sedap. Tapi pujuk hati sebab sikit lagi nak dah nak sampai dah.

Sebenarnya tu tanda bateri kereta dah tak mengecas. Alternator mungkin problem, atau ada wayar putus.

Kalau teruskan perjalanan, risiko besar enjin boleh mati tiba-tiba. Lagi sadis kalau mati masa tengah jem. Kena la tolak sorang2 ketepi.

Bila lampu tu nyala, kena terus cari tempat selamat untuk berhenti. Periksa sambungan alternator ke bateri dulu, tengok longgar ke atau terputus ke.

Kalau ada spanar dan enjin masih hidup, cuba cabut kepala bateri negatif, tengok sama ada enjin yang tengah hidup tu, dia mati atau tak. Kalau mati, maknanya kemungkinan besar alternator dah kong.

Time ni, elok call pomen atau towing. Jangan teruskan perjalanan, sebab bateri je yang tengah hidupkan semua sistem kereta. Kalau habis bateri, habislah. Langsung xleh on apa2.

Benda ni biasa jadi. Punca dia boleh jadi sebab carbon brush haus atau belt longgar.
Boleh cuba repair atau cari sahaja yang refurbish.

Lepas ni kalau nampak je lampu bateri tu, automatik jadi trauma 🤣

15/03/2025

Media/news company

19/07/2024

Bahaya Membeli Harta Melalui Proxy

Kak Long, seorang ibu tunggal, berhasrat memiliki rumah tetapi rekod bank tak cantik. Beliau membuat keputusan untuk menggunakan nama ayahnya dalam pembelian rumah.

Setiap bulan, Kak Long membayar ansuran rumah. Adik beradik yang lain beranggapan rumah tersebut adalah milik Kak Long.

Apabila ayah Kak Long meninggal dunia, tiada tuntutan pusaka dibuat kerana beranggapan bahawa rumah tersebut dimiliki oleh Kak Long.

Beberapa tahun kemudian, apabila Kak Long meninggal dunia, anak-anaknya ingin membuat permohonan tuntutan harta pusaka.

Alangkah terkejutnya di dapati geran rumah masih atas nama atuk yang telah meninggal dunia. Mengikut hukum faraid, rumah itu seharusnya menjadi sebahagian dari harta pusaka atuk dan ada bahagian faraid nenek, ibu, pakcik, dan makcik.

Tiba-tiba, anak-anak Kak Long perlu mendapatkan persetujuan daripada semua waris lain. Dah la ada pakcik dan makcik mereka tinggal di negeri yang berlainan.

Satu hal p**a, mereka perlu memohon pelepasan hak daripada pakcik dan makcik, sedangkan ibu mereka (Kak Long) yang membayar ansuran rumah sejak dari awal pembelian rumah.

Inilah satu contoh isu pembelian harta menggunakan proxy yang tidak diuruskan sebelum kematian.

Jika anda atau kenalan anda memiliki harta melalui proxy, merancang perwarisan semasa hidup adalah tindakan bijak untuk memudahkan tuntutan pusaka pada masa akan datang.

Benda boleh dirancang, mengapa perlu berdepan dengan masalah?



Perkongsian Umi Khlsom

16/06/2024
29/04/2024
05/12/2023
15/07/2020

Assalamualaikum

Address

Malacca City
75250

Telephone

+60123402861

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MaiSini HomeStay Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share