Sharifah Homestay

Sharifah Homestay Sharifah Homestay Melaka (since 2016) terletak di No. 26, Jalan BS 5, Taman Bertam Setia, Melaka.

Ada private pool, BBQ pit, rumah yang luas dan kawasan perumahan yang tenang.

Tahniah PM Dr. Mohd Sukki Othman. Satu ketika dulu beliau bersama keluarga pernah menginap di Sharifah Homestay Melaka, ...
03/07/2024

Tahniah PM Dr. Mohd Sukki Othman. Satu ketika dulu beliau bersama keluarga pernah menginap di Sharifah Homestay Melaka, sewaktu ada program bersama Pusat Islam UTeM.

Tahniah kami ucapkan buat Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman - Ustaz Shauqi atas pelantikan sebagai m***i Pulau Pinang dari warga Telaga Biru 💙

21/06/2024

Asbab-asbab datangnya rezeki yang disebutkan dalam Al-Quran:
1. Takwa
2. Tawakkal
3. Solat
4. Istighfar
5. Infak
6. Usaha

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan dan diskusi di Gaza, boleh layari dan ikuti berita dari portal berikut. Perbincan...
04/06/2024

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan dan diskusi di Gaza, boleh layari dan ikuti berita dari portal berikut. Perbincangan dalam portal dan youtube mereka agak ilmiah dan memberikan justifikasi tindakan berdasarkan fakta.

https://www.aljazeera.com/ Qatar
https://www.youtube.com/
https://www.youtube.com/ Zainal Rashid Ahmad
https://www.haaretz.com/ Israel (tak pro kerajaan)

Meneroka alam informasi lebih mendalam bersama ZRA (Zainal Rashid Ahmad)Info ZRA : https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Rashid_AhmadEmel: [email protected]

Asal usul nama Machap di Melaka berasal daripada nama seorang ulama Bugis (Datuk Machap @ Jailana Mendik Masab) dari Mak...
23/05/2024

Asal usul nama Machap di Melaka berasal daripada nama seorang ulama Bugis (Datuk Machap @ Jailana Mendik Masab) dari Makassar yang membina masjid ini di sekitar Melaka pada 1511. Beliau adalah antara ulama yang berperang melawan Portugis di Melaka. Masjid ini menjadi simbol bahawa Ulama + Pemerintahan + Perjuangan + Masjid tidak dapat dipisahkan.

15/01/2024
28/11/2023

Minda Presiden PAS

PALESTIN: GENCATAN SENJATA BERSAMA KEMENANGAN AWAL KUMPULAN ISLAM

Peperangan ialah suatu tindakan politik yang terpaksa dicetuskan, apabila perdamaian yang menjadi keutamaan menemui kebuntuan. Inilah petunjuk al-Quran dan hikmah Rasulullah SAW yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia. Perdamaian lebih diutamakan kerana memberi lebih peluang bagi semua pihak mengenali Islam.

Begitu jugalah peperangan yang berlaku di Gaza, diikuti p**a dengan peperangan yang tercetus di sekelilingnya yang boleh merebak dengan lebih parah. Maka, peluang gencatan senjata dicadangkan oleh Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah (Hamas) dengan syarat-syarat yang akhirnya terpaksa diterima oleh Israel. Hal ini demikian kerana, Israel berhadapan dengan tekanan untuk membebaskan tawanan mereka yang ramai jumlahnya melalui pertukaran dengan membebaskan tahanan Palestin.

Israel pada masa ini dikuasai oleh pelampau Yahudi Zionis bersama kuasa besar Amerika Syarikat, Eropah dan sekutunya yang menyokong semua tindakan yang dilakukannya tanpa sempadan. Hal ini menguatkan cita-cita yang tersirat dalam perjuangan Zionis untuk menegakkan negara Israel Agung yang berpusat di Jerusalem (Bait al-Maqdis) menjadi kuasa terbesar dunia sebagaimana impiannya.

Maka, ditolak segala penyelesaian menubuhkan negara Palestin dalam segala bentuknya, termasuk apa yang dinamakan penyelesaian dua negara (two-state solution). Hakikatnya, penyelesaian ini hanya dijadikan gula-gula bagi menggoda negara Arab dan Islam dalam keadaan mereka membawa masuk pendatang Yahudi yang bersenjata untuk merampas rumah dan harta yang dimiliki oleh rakyat Palestin. Keadaan ini sudah berlaku sejak berabad-abad lamanya, malah sebelum wujudnya bangsa Yahudi.

Pendatang Yahudi yang dibawa dengan latihan bersenjata dan bersama senjatanya, dilindungi p**a oleh polis dan tentera Israel, telah melakukan tindakan yang agresif terhadap rakyat asal Palestin dan menceroboh Masjid al-Aqsa. Keadaan inilah yang telah meledakkan serangan Hamas dan kump**an Islam (Tanzim Jihad dan Hizbullah), yang turut disertai oleh semua kump**an yang memperjuangkan pembebasan Palestin dan negara yang mendukungnya.

Israel dengan bantuan negara-negara sekutunya daripada kalangan kuasa besar Amerika Syarikat dan Eropah terus bertindak dengan pengisytiharan untuk menghapuskan Hamas dan sekutunya yang dituduh mengepalai peperangan yang tidak seimbang selama lebih sebulan (50 hari).

Namun begitu, apa yang dapat kita saksikan, Hamas bukan sahaja gagal dihapuskan, sebaliknya ramai bala tentera Zionis dibunuh dan ditawan. Sehingga senjata kebal yang menjadi teras pertahanan Zionis yang dibantu oleh negara besar itu bertali arus gagal mempertahankannya. Apa yang berlaku membenarkan firman Allah SWT:

﴿لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ١٤﴾

“(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekalipun tidak akan berani memerangi kamu, kecuali dalam kampung-kampung yang mempunyai benteng kukuh atau dari sebalik tembok. Permusuhan antara sesama mereka sendiri adalah sangat hebat. Kamu menyangka mereka itu bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah. Hal yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ialah kaum yang tidak mengerti.” [Surah al-Hasyr: 14]

Israel telah melakukan persediaan dengan membina kubu di setiap penempatan Yahudi, serta membina tembok yang memisahkan mereka daripada orang Arab yang juga bertujuan menjadi penjara ke atas orang-orang Arab.

Bahkan, Israel juga mengerahkan bala tentera yang besar dengan sokongan kuasa besar Amerika dan Eropah bagi membekalkan senjata, khususnya kereta kebal, perisai dan pesawat tercanggih. Tambahan p**a, didatangkan angkatan perang yang besar daripada kuasa besar itu bagi membantu Israel menyerang Gaza yang terlalu kerdil, sehingga dibelasah dengan cara paling melampau tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa dan piagam adab peperangan.

Mereka menyerang rumah ibadat seperti masjid dan gereja, serta kawasan awam seperti hospital, sekolah, tempat perlindungan awam dan rumah kediaman. Orang awam yang tidak bersalah p**a dibunuh tanpa mengira kanak-kanak, kaum wanita, warga tua dan pesakit di hospital. Sebagaimana yang telah diisytiharkan, tujuannya hanyalah mahu menghapuskan Hamas yang dikatakan mengepalai serangan awal.

Mereka tidak bersyukur atas ni‘mat Allah kepada nenek moyang mereka. Firman Allah SWT:

﴿وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ أَنجَىٰكُم مِّنۡ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ يَسُومُونَكُمۡ سُوٓءَ ٱلۡعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبۡنَآءَكُمۡ وَيَسۡتَحۡيُونَ نِسَآءَكُمۡۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَآءٞ مِّن رَّبِّكُمۡ عَظِيمٞ٦ وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ٧﴾

“Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya, ‘Ingatlah ni‘mat Allah kepadamu ketika Dia menyelamatkan kamu daripada Firaun dan pengikut-pengikutnya, mereka menyeksa kamu dengan seksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak lelakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan ujian yang besar dari Tuhanmu.’ (6) Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni‘mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.’ (7)” [Surah Ibrahim: 6-7]

Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah, serta kump**an Palestin, berperang mengikut ajaran Islam yang mengharamkan melampau. Oleh sebab itu, hanya sasaran tentera sahaja yang diserang, selaras dengan firman Allah SWT:

﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ١٩٠﴾

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Protes datang dari seluruh pelosok dunia terhadap keganasan Zionis Israel, termasuk di negara yang menyokong Zionis secara terbuka dan kalangan negara Amerika Latin dan Afrika yang bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Adapun Hamas semakin kuat mendapat simpati seluruh dunia dengan sokongan semua kump**an dan rakyat Palestin yang telah menunjukkan semangat keimanan yang sangat tinggi. Keadaan ini dapat disaksikan pada semua peringkat, daripada warga tua sehinggalah kaum wanita dan kanak-kanak yang bertemu dengan kematian. Mereka semua percaya bahawa sesungguhnya mereka mendapat kelebihan para syuhada’ yang dapat memberi syafaat kepada keluarga mereka pada Hari Kiamat kelak. Inilah yang menjadikan mereka lebih bersemangat dan bersedia untuk mati.

Perkara ini berbeza dengan Israel dan sekutunya yang takut akan kematian dan berlindung di sebalik perisai yang kebal. Termasuklah senjata jarak jauh dari pangkalan tentera bersekutu, serta kapal-kapal pasukan armada bersama kapal-kapal induk.

Tentera Israel yang datang menyerang Gaza bukan sahaja gagal menawannya, sebaliknya kenderaan berperisai dan senjata mereka p**a banyak dimusnahkan. Keadaan ini menyebabkan banyak tentera Israel terbunuh, cedera dan ditawan, sehingga menyebabkan menurunnya semangat dan menebalnya ketakutan dalam kalangan mereka yang tersebar dan keadaan ini diketahui umum.

Apa yang berlaku kini, kabinet Israel sudah berpecah dan rakyatnya keluar berdemonstrasi supaya dibebaskan tawanan dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. Apa yang tinggal hanyalah beberapa pemimpin ekstrem Zionis sahaja.

Walaupun Amerika Syarikat dan sekutunya berjaya menggunakan kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelamatkan Israel daripada hukuman antarabangsa, mereka gagal menghadapi protes rakyat di seluruh dunia yang semakin bertambah. Keadaan ini menjadikan Zionis kalah dari segi peperangan diplomatik dan media.

Amerika Syarikat dan Eropah yang menjadi sekutu Israel dan penyokong mutlak tanpa sempadan p**a terpaksa menghadapi masalah dalam negara masing-masing. Semua ini berpunca daripada sikap menipu dalam konsep demokrasi dan hak manusia yang dicabul dengan parahnya kerana bekerjasama dengan Israel dalam melakukan keganasan di Gaza.

Maka, Palestin mendapat kemenangan dari sudut moral dan peperangan dalam pusingan awal dan seterusnya, walaupun hanya segelintir sahaja daripada kalangan negara-negara Arab yang berjiran dan negara Islam yang menyokongnya.

Adapun reaksi sebahagian besar daripada mereka sangatlah mengecewakan. Apabila Sidang Kemuncak Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersidang tidak mampu bertindak dengan berani dan gagah perkasa. Sehinggakan, mereka tidak mampu sekurang-kurangnya melakukan pemulauan ekonomi terhadap sumber yang berharga seperti sumber petroleum yang ada pada umat Islam.

Sebaliknya, rakyat di negara masing-masing p**a yang bersemangat melakukan usaha pemboikotan. Ini satu keadaan yang sangat memalukan kepada mereka yang bertaraf pemimpin.

Keadaan terkini membenarkan sabda Rasulullah SAW:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ، إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ.

“Masih ada satu golongan daripada umatku yang nyata berjuang menegakkan agamanya, gagah perkasa menghadapi musuh, tidak boleh dimudaratkan oleh kalangan mereka yang mengecewakan mereka atau menentang mereka kecuali mereka menghadapi kesusahan. Sehingga datangnya ketentuan Allah (memenangkan mereka) dan mereka kekal seperti itu.”

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟

Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, di mana mereka?”

قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

Rasulullah SAW menjawab: “Di Bait al-Maqdis dan di sekitar Bait al-Maqdis.” [Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Tatimmah Musnad al-Ansar, No. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]

Dan sabda Rasulullah SAW:

‌أَوَّلُ ‌هَذَا ‌الْأَمْرِ ‌نُبُوَّةٌ ‌وَرَحْمَةٌ، ثُمَّ يَكُونُ خِلَافَةً وَرَحْمَةً، ثُمَّ يَكُونُ مُلْكًا وَرَحْمَةً، ثُمَّ يَكُونُ إِمَارَةً وَرَحْمَةً، ثُمَّ يَتَكادَمُونَ عَلَيْهِ تَكادُمَ الْحُمُرِ فَعَلَيْكُمْ بِالْجِهَادِ، وَإِنَّ أَفْضَلَ جهادِكُمُ الرِّبَاطُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ رباطِكُمْ عَسْقَلَانُ.

“Urusan agama ini bermula dengan kenabian dan rahmat, kemudian khilafah dan rahmat, kemudian beraja dan rahmat, kemudian berpemimpin dan rahmat, kemudian berpecah dan berkelahi sesama sendiri. Maka, kamu hendaklah berjihad. Sebaik-baik jihad kamu adalah di pangkalan, dan sebaik-baik pangkalan kamu adalah di ʿAsqalan (Gaza).” [Riwayat al-Tabrani, al-Muʿjam al-Kabir, Bab al-ʿAyn, No. 11138, daripada ʿAbdullah bin ʿAbbas]

Kita menyaksikan ramalan ini menjadi nyata, menunjukkan tanda kenabian Nabi Muhammad SAW. Selain itu, kita juga menyaksikan kemenangan luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada pejuang Islam.

Gencatan senjata ialah suatu tindakan politik dan diplomatik dalam keadaan Hamas berada di tapak yang kuat dan lebih teguh daripada Israel dan sekutunya yang berpijak di tapak yang salah dan lemah. Gerakan berpolitik dan berperang memerlukan beberapa pusingan yang tidak berlaku dengan cepat dan gopoh. Namun, masa jelas berpihak kepada Islam.

Jika dilihat pada sejarah, kita akan mendapati bahawa Rasulullah SAW bertarung sehingga sepuluh tahun dan ada kalangan para rasul yang bertarung dalam masa beberapa abad, sehingga kemenangannya hanya dapat dicapai oleh generasi kemudian.

Adapun Allah SWT akan tetap menunaikan janji-Nya:

﴿وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ٥٥﴾

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh, Dia akan meneguhkan bagi mereka agama (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu pun dengan Aku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Nur: 55]

Janji Allah yang ditunaikan sejak dahulu dan ia pasti akan berulang kepada mereka yang beriman serta beramal menegakkan agama Allah (Islam) dengan berjihad mengorbankan harta dan jiwa raga. Akhirnya, Islam mendapat tamkin (kuasa memerintah negara) yang menegakkan keadilan kepada semua, sehingga kezaliman dan keganasan dapat dikalahkan. Wujudnya keamanan apabila kuasa yang zalim berjaya ditolak sehingga tersungkur. Inilah sunnah alam yang berlaku mengikut ketetapan Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

﴿أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ٣٩ ٱلَّذِينَ أُخۡرِجُواْ مِن دِيَٰرِهِم بِغَيۡرِ حَقٍّ إِلَّآ أَن يَقُولُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ٤١﴾

“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. (39) (Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata, ‘Tuhan kami hanyalah Allah.’ Dan sekiranya Allah tiada menolak (kezaliman) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang bukan Islam, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (40) (Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (menang memerintah negara), nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf, dan mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allahlah kembali segala urusan. (41)” [Surah al-Hajj: 39-41]

Al-Quran menegaskan penyelesaian yang diterima hanyalah penyelesaian satu negara yang mendaulatkan Islam, bukannya penyelesaian dua negara.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 14 Jumadal Ula 1445 / 28 November 2023

[Bil: 100 / 2023]

Kita hijaukan FB hari ni. Palestine di hati kami. Drp: Sharifah Homestay Melaka.
15/11/2023

Kita hijaukan FB hari ni. Palestine di hati kami. Drp: Sharifah Homestay Melaka.

Sharifah Homestay Melaka baru upgrade BBQ area.
02/06/2022

Sharifah Homestay Melaka baru upgrade BBQ area.

17/09/2021
Melaka telah masuk PPN Fasa 2. Sektor pelancongan telah dibuka untuk warga tempatan. Terima kasih Cik Bedah sekeluarga y...
04/09/2021

Melaka telah masuk PPN Fasa 2. Sektor pelancongan telah dibuka untuk warga tempatan. Terima kasih Cik Bedah sekeluarga yang berkunjung ke Sharifah Homestay Melaka.

Assalamualaikum. Jom menginap di Sharifah Homestay Melaka!Sharifah Homestay MelakaAlamat: 26, Jalan BS 5, Taman Bertam S...
26/02/2021

Assalamualaikum. Jom menginap di Sharifah Homestay Melaka!

Sharifah Homestay Melaka
Alamat: 26, Jalan BS 5, Taman Bertam Setia, 76450 Melaka
Map: https://goo.gl/maps/FSvvGhEHTW32

Kelengkapan Sharifah Homestay
- 2 Tingkat, Corner Lot
- Private Pool (Anggaran: 10' x 20' luas , 2'-3.5' dalam)
- Bilik Tidur: 4
- Bilik Air: 3
- Katil: King (3), Queen (1), Single (2), tilam tambahan jenama Sea Horse (5)
- Pendingin Hawa: 4
- Water Heater: 2
- TV 40", Android TV, Astro
- Set Kerusi Rehat, Set Meja Makan
- Dapur Masak, Alatan Memasak, BBQ Pit, Pembakar Roti, Rice Cooker, Microwave
- Peti Sejuk
- Penapis Air Coway
- Mesin Basuh, Seterika
- Alatan Senaman
- FREE WiFi

Harga RM550/malam, + deposit kebersihan RM100 (akan dip**angkan). Untuk tempahan, pendahuluan RM50.00 diperlukan.

Hubungi SYUKOR (012-9122804), SHARIFAH (012-6045635)
Whatapp:
https://api.whatsapp.com/send?phone=60129122804
https://api.whatsapp.com/send?phone=60126045635

Sharifah Homestay Melaka dibuka untuk booking.
19/02/2021

Sharifah Homestay Melaka dibuka untuk booking.

Address

No. 26, Jalan BS 5, Taman Bertam Setia
Malacca City
76450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sharifah Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sharifah Homestay:

Share