28/08/2025
*NOTIS MAKLUMAN*
*PENUTUPAN SEMENTARA PERSIARAN JALAN MERDEKA DAN PELAN PENYURAIAN TRAFIK SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025*
Dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Merdeka dan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka.
Bagi tujuan ini, Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka akan ditutup sementara secara berperingkat mulai 28 Ogos 2025 ( Khamis ) jam 7.00 pagi sehingga 31 Ogos 2025 ( Ahad ) jam 7.00 pagi hingga selesai.
Sila rujuk infografik yang disediakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penutupan sementara jalan ini serta laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Pengguna jalan raya dipohon merancang perjalanan anda dan berhati -hati ketika memandu.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
27 OGOS 2025
Mana Lagi? Melaka Ler...
Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!
Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco
'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'
Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Melaka Hari Ini