16/02/2024
5 Faktor utama kenapa perlu melancong ke Melaka :
1. Melaka merupakan destinasi pelancongan terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.
2. Melaka merupakan bumi bertuah yang sarat dengan sejarah. Bahkan tempat bersejarah masih kekal sehingga ke hari ini sehingga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2008.
3. Melaka juga merupakan syurga makanan yang popular di Asia Tenggara. Rekod menunjukkan Melaka tersenarai antara 10 destinasi makanan popular dan terbaik di Asia Tenggara yang mana hanya Melaka dan Kuala Lumpur sahaja yang mewakili Malaysia.
4. Bandaraya Melaka diiktiraf sebagai bandar terbersih di ASEAN selepas menerima anugerah 'Clean Tourist City Standard' (ACTC).
5. Harga pakej pelancongan di Melaka adalah berpatutan dan tidak mahal. Malah, sempena TMM2024 ini, hadiah cabutan bertuah berupa empat buah kereta bernilai lebih RM100,000 setiap satu menanti pengunjung bertuah yang melawat Melaka.
Oleh : Cerita Melaka
Kredit Foto : Pemilik Gambau