23/07/2026
MAKLUMAN STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR
Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) ingin memaklumkan bahawa proses pemulihan bekalan air susulan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Bertam masih giat dilaksanakan.
Sehingga jam 1.00 petang, sebanyak 70 daripada 84 kawasan yang terlibat telah menerima semula bekalan air, bersamaan kira-kira 83% proses pemulihan.
Walau bagaimanapun, beberapa kawasan, terutamanya di kawasan berkedudukan tinggi dan penghujung sistem agihan, masih dalam proses pemulihan berikutan tekanan bekalan air yang sedang distabilkan.
Bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan air, pihak SAMB sedang melaksanakan kerja-kerja penstabilan sistem agihan bekalan air di samping menggerakkan lori tangki ke kawasan-kawasan yang masih terjejas.
SAMB akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa sehingga bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan yang terlibat.
SAMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang tempoh pemulihan ini.