Zainurul Home Muslim Homestay Taman Saga Mentakab

Zainurul Home Muslim Homestay Taman Saga Mentakab Zainurul Home menawarkan perkhidmatan penginapan yang bersih & selesa seperti berada di rumah sendiri

Selamat tahun baru masehi 2026. Telah 7 tahun operasi homestay. Semuga ditahun ke 8 ini dipermudahkan semua urusan. Mend...
02/01/2026

Selamat tahun baru masehi 2026. Telah 7 tahun operasi homestay. Semuga ditahun ke 8 ini dipermudahkan semua urusan. Mendapat penyewa yang baik dan mengalir rezeki yang melimpah. Amin....

Ramai yang mencari homestay disaat akhir. Kadang kadang malas nak jawab panggilan telefon. Sebab kita dah ada tempahan s...
21/04/2023

Ramai yang mencari homestay disaat akhir. Kadang kadang malas nak jawab panggilan telefon. Sebab kita dah ada tempahan sebelum hari raya, di hari raya pertama dan kedua. Dihari raya ketiga dan seterusnya anak anak kita p**a akan menginap dihomestay. Maaflah kepada kepada mereka yang panggilannya tidak dijawab. Diwaktu lapang saya akan follow up mereka dengan text whatsapp massage.

Tempahan homestay dihari hari penting perlu dibuat lebih awal dan dibayar commitment/damage deposit RM50 sahaja. Refundable T&C. Ada yang menempah seawal 3 bulan. Konsep kami first come first serve. Tempah awal anda dapat. Tempah disaat akhir, anda kecewa. Sekian

Alhamdulillah En Faziel penyewa yang menginap satu malam pada 3.9.2022 sangat berhemah dan bersopan santun. Semoga homes...
05/09/2022

Alhamdulillah En Faziel penyewa yang menginap satu malam pada 3.9.2022 sangat berhemah dan bersopan santun. Semoga homestay kami sentiasa mendapat keberkatan. Amin.

26/12/2021

Assalamualaikum
SEGERA!!!!. Pencarian homestay untuk keluarga yang terlibat banjir. Diperlukan 1 unit rumah yang berdekatan dengan TAMAN MENTAKAB INDAH. Pemilik homestay yang ada kekosongan sila hubungi EN. AZMIEE ditalian +60 11-2199 9432. Sila sebarkan. Terima kasih.

25/12/2021

SEGERA!!!!. Pencarian homestay untuk kump**an sukarelawan bantuan kemanusian akibat banjir. Diperlukan 2 unit rumah yang berdekatan dikawasan TEMERLOH dan MENTAKAB. Pemilik homestay sila hubungi PUAN FATIN ditalian +60 11-1299 5677. Sila sebarkan. Terima kasih.

Diantara panggilan telefon yang diterima. Maaflah ya kalau saya nak tidur saya akan set telefon ke mood "silence". Yang ...
20/12/2021

Diantara panggilan telefon yang diterima. Maaflah ya kalau saya nak tidur saya akan set telefon ke mood "silence". Yang telefon pada masa saya tak tidur saya akan jawab. Samaada saya jawab atau tak jawab, jawapannya sama "homestay tiada kekosongan,"

19/12/2021

Siang malam telefon berbunyi sehingga saya terpaksa silent kan apabila hendak tidur. Pencarian homestay daripada mereka yang terkandas diperjalanan dan juga rumah dinaiki air banjir. Apa nak dikata sendiri juga tidak berupaya membantu. Kami juga senasib dengan mereka. Terkandas di Nadi Abadi dan tidak dapat balik kerumah. ZAINURUL HOME sepi tiada penyewa diwaktu ianya sangat didambakan.

Booking.com Traveller Review Awards 2021
23/01/2021

Booking.com
Traveller Review Awards 2021

En Zairul bersama keluarganya seramai 13 orang datang bercuti dan menginap satu malam di homestay kami. Tempat yang beli...
14/09/2020

En Zairul bersama keluarganya seramai 13 orang datang bercuti dan menginap satu malam di homestay kami. Tempat yang beliau lawati ialah:
1. National Elephant Conservation Centre Kuala Gandah
2. Deerland Park Lanchang Pahang
3. Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia
4. Pekan Sehari Temerloh
Mereka juga telah menjamu selera di restoran dengan masakan ikan patin tempoyak. Penggemar masakan ikan semestinya akan datang ke Temerloh yang dikenali dengan nama "Temerloh Bandar Ikan Patin".

8.9.2020 jam 6.30pm terima panggilan telefon bertanyakan homestay. Hubungan seterusnya melalui whatsapp supaya lebih jel...
09/09/2020

8.9.2020 jam 6.30pm terima panggilan telefon bertanyakan homestay. Hubungan seterusnya melalui whatsapp supaya lebih jelas dengan gambar dan keterangan bertulis. Permintaan check in jam 7.30pm dan akan menginap untuk 2 malam. Datang atas urusan menziarahi nenek yang sedang nazak di Taman Sri Layang. Homestay kami memang telah bersedia untuk menerima penyewa. Jika tiada keuzuran dan tidak berada diluar kawasan, kami akan terus membuat housekeeping setelah penyewa check out. Memang selalu terjadi tempahan mengejut begini dan kami akan dengan senang hati menerimanya. Mereka check in jam 8.20pm dan memaklumkan bahawa nenek telah meninggal dunia jam 7.30pm. Semoga roh nenek dirahmati Allah. Amin.

Address

Jalan Saga 6
Mentakab
28400

Telephone

+60199238385

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zainurul Home Muslim Homestay Taman Saga Mentakab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share