Kampung Malaya Homestay

Call Directions

Kampung Malaya Homestay A village resort located at Kesang Laut, Muar, Johor. Enjoy & experience a village life style. A Malay traditional house for village living in cozy environment.

Close to fisherman jetty of Kesang Laut.

Terimakasih kepada group dari Sek Men Tun Mamat Tangkak yang mengadakan jamuan Re-Union di Kampung Malaya Homestay. Sero...
08/10/2026

Terimakasih kepada group dari Sek Men Tun Mamat Tangkak yang mengadakan jamuan Re-Union di Kampung Malaya Homestay. Seronok tengok persahabatan mereka yang masih kukuh walaupun telah meninggalkan alam persekolahan lebih dari 40 tahun. Kami menyediakan jamuan makan lauk selera Johor (asam pedas mesti ada) yang dihidangkan didalam dulang, pinggan mangkuk vintage untuk mengembalikan kenangan nostalgia zaman dulu dulu. Kami mengalu alukan group group lain untuk membuat event berkonsepkan tradisi Melayu, InsyaAllah kami akan bantu sebaik mungkin.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Kemeriahan di malam hari, suasana program group UUM di Kampung Malaya Homestay. Setelah selesai aktiviti aktiviti offici...
29/09/2026

Kemeriahan di malam hari, suasana program group UUM di Kampung Malaya Homestay. Setelah selesai aktiviti aktiviti official seperti acara koloberasi bersama Adtec, meeting jabatan dan lain lain program, acara kemuncak ialah majlis penutup dengan jamuan BBQ.

Dengan lampu lampu yang menerangi kawasan homestay, suasana diwaktu malam seperti malam raya pulak. Terimakasih geng UUM 😍

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Group dari UUM juga dibawa melawat ke Kebun Melon yang diusahakan dengan kaedah smart farming (IOT). Mereka diberi pener...
20/09/2026

Group dari UUM juga dibawa melawat ke Kebun Melon yang diusahakan dengan kaedah smart farming (IOT). Mereka diberi penerangan bagaimana kaedah smart farming dilaksanakan dan perancangan team melon untuk mengadaptasikan teknologi Ai dalam penanaman melon premium.

Kami sedang mencari pihak yang berminat samada dari Institusi Pengajian Tinggi atau sektor koperat yang berminat untuk menjalankan kajian serta membangunkan sistem Ai untuk tanaman melon. Sistem ini akan dijadikan asas untuk tanaman tanaman lain seperti cili, sayur dan lain lain. Kami yakin, sistem IOT with Ai boleh dikomersialkan keperingkat global jika dibangunkan secara komprehensif dan mempunyai site yang dibangunkan secara komersial.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Terimakasih team Pusat Alumni dan School Business Management UUM yang hadir ke Kampung Malaya untuk pelbagai program uni...
20/09/2026

Terimakasih team Pusat Alumni dan School Business Management UUM yang hadir ke Kampung Malaya untuk pelbagai program universiti seperti program komuniti, perkongsian ilmu bersama Adtec Tangkak, lawatan ke ladang smart farming dan pelbagai aktiviti lain. Sebagai alumni UUM dan Naib President Persatuan Alumni UUM, saya amat berbangga dan berbesar hati bila melihat bus UUM yang gah sekali di laman homestay.

Untuk mana warga koperat, pusat pengajian atau NGO yang mencari lokasi untuk membuat program program yang menarik, jom ke Kampung Malaya Homestay, saya sendiri akan bantu dan boleh terlibat dalam acara yang dilaksanakan.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Healing dan coffee session di Kampung Teluk Rimba, kampung asal ayah dan atuk saya. Terletak hanya dalam 5km dari homest...
19/09/2026

Healing dan coffee session di Kampung Teluk Rimba, kampung asal ayah dan atuk saya. Terletak hanya dalam 5km dari homestay melalui parit perawas, sg rambai. Untuk kaki pancing memang best sekitar sini, ada macam-macam tempat untuk mencuba nasib. Sekarang ni musim ikan lampam, banyak betul.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Meriah sessi makan buah bersama tetamu weekend baru baru ini. Memang rezeki mereka datang menginap ketika musim buah. Ka...
01/07/2026

Meriah sessi makan buah bersama tetamu weekend baru baru ini. Memang rezeki mereka datang menginap ketika musim buah. Kami sediakan serawa dan pulut jugak untuk tetamu. Musim buah dah masuk minggu ke tiga, saya rasa tinggal lagi 1 minggu lagi saja yang meriah dengan durian, manggis, rambutan. Lepas ni boleh rasa cempedak, pisang, mata kucing dan lain lain buah.

Syukur sangat kerana minggu ni dah mula gugur durian durian yang saya tanam sendiri, baka premium musang king dan duri h...
27/06/2026

Syukur sangat kerana minggu ni dah mula gugur durian durian yang saya tanam sendiri, baka premium musang king dan duri hitam. Minggu ni juga manggis mesta, rambutan budak sekolah pun start masak elok. Tetamu yang datang minggu ni insyaAllah dapat lah merasa ya. Seperti biasa ikut rezeki masing masing ya, kami berkongsi rezeki mana yang ada makan lah percuma. Doakan saja kami mampu terus berkongsi rezeki dengan tetamu tetamu Kampung Malaya Homestay yang terletak di Kesang Laut, Muar, Johor .

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Minggu ini memang rezeki tetamu yang datang menginap di Kampung Malaya Homestay , memang banyak durian yang gugur dan bu...
22/06/2026

Minggu ini memang rezeki tetamu yang datang menginap di Kampung Malaya Homestay , memang banyak durian yang gugur dan buah² lain seperti manggis serta rambutan pun mula masak. Rezeki buah buah ni kami kongsikan percuma dengan tetamu, tak perlu bayar cuma kami happy jika dapat mendoakan kami sihat, pokok pokok berbuah elok untuk kami terus dapat meneruskan aktiviti berkongsi rezeki dengan tetamu tetamu yang datang menginap.

Kami tak ada package makan buah pun, jika ada makanlah, kalau diluar musim, tetamu boleh minum air kelapa pandan, makan ciku, ambik Pisang, lemon, cempedak, durian belanda dan lain lain buah lagi. Kalau bertanya ada buah tak nak datang, memang payah kami nak jawap, selalunya yang terus datang tanpa bertanyalah yang dapat rezeki makan buah 😀. Tetamu tetamu yang dah biasa datang pasti faham maksud sayakan 😁. Semuga arwah ibu bapa saya juga dapat merasa pahala jariah tanah pusaka ini, inilah niat utama saya berkongsi rezeki buah buah di homestay kami.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Terimakasih kepada pensyarah pengiring Pak Yoso dan semua pelajar STIPRAM dari Yogyakarta, Indonesia yang menjalankan pr...
20/06/2026

Terimakasih kepada pensyarah pengiring Pak Yoso dan semua pelajar STIPRAM dari Yogyakarta, Indonesia yang menjalankan program lawatan antarabangsa mereka di Kampung Malaya Homestay selama 3 malam 4 hari. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan dari anda semua dan berharap dapat melaksanakan lagi program program edutourism bersama pihak STIPRAM dimasa hadapan.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

PROGRAM LAWATAN EDUTOURISM MAHASISWA SEKOLAH TINGGI PARIWISATA AMBARRUKMO, YOGYAKARTA - Lawatan Ke Muar Leather Craft (M...
20/06/2026

PROGRAM LAWATAN EDUTOURISM MAHASISWA SEKOLAH TINGGI PARIWISATA
AMBARRUKMO, YOGYAKARTA - Lawatan Ke Muar Leather Craft (MLC)

Hari terakhir lawatan pelajar pelajar ini ialah ke Muar Leather Craft. Ketibaan kami disambut mesra oleh En Roslin selaku pengarah urusan. Pelajar² diberi penerangan berkenaan dengan operasi dan biz model MLC yang mengabungkan education dan tourism didalam industri kulit. Pelajar² di ajar untuk menjahit kulit sebagai satu pengalaman baru untuk mereka.

Tetamu-tetamu yang datang menginap di Kampung Malaya Homestay juga boleh datang ke MLC untuk belajar berkenaan kulit dan membeli hasil kraf dari mereka seperti tali pinggang, wallet, key chain, handbag dan lain lain cenderamata.

Untuk pertanyaan booking boleh hubungi melalui Whatsapp :
http://kampungmalayahomestay.wassap.my/

Address

Jalan Kesang Laut
Muar
84000

Telephone

60133403985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Malaya Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category