Homestay Nur Idaman Muar

Homestay Nur Idaman Muar Homestay rumah berkembar di Parit Pinang Seribu Darat Muar Homestay Nur Idaman Muar, sedia untuk tempahan, dengan kadar RM200/mlm . Muat 4 buah kereta

RM150 untuk tempoh promosi.

- 4km dari pekan Parit Bakar, 4km dari pekan Parit Jawa (terkenal dengan Asam Pedas Parit Jawa - ikan segar)
- Bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Darat.
- 2 unit rumah dengan 2 bilik tidur setiap rumah, 2 bilik air.
- Katil saiz 'Queen' untuk setiap bilik tidur. Tilam/Bantal extra disediakan.
- Ruang dapur disediakan
- Ruang tamu berhawa dingin


- 1 sofa-bed di ruang tamu
- Dikelilingi dengan kebun durian dan buah-buahan. ( Boleh tunggu durian gugur pada musim durian )
- Tempat letak kereta berbumbung yang luas .

05/12/2023

Alhamdulillah wasyukrillah...Allahuakbar

03/12/2023

Alhamdulillah...Go On...Be strong..💪💪💪

02/12/2023

Alhamdulillah...If there is a will..there is a way

Jom gelak kejap...citer santai2 jer...
02/12/2023

Jom gelak kejap...citer santai2 jer...

Hahaha perkongsian oleh Dato Lee Chong Wei, memang kelakar 😆😆😆

30/11/2023

Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bapa tujuh anak dan 17 cucu itu, Muharam Awang berkata, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti terpaksa berulang-alik dari Melaka ke kampus dan mengalami penyakit katarak menyebabkan mata kabur, namun ia bukan penghalang untuk menamatkan pengajian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Alhamdulillah...semoga berbahagia duniawi n ukhrawi...a very good role model...
11/11/2023

Alhamdulillah...semoga berbahagia duniawi n ukhrawi...a very good role model...

Hari ini 19 tahun yang lalu, tokoh perjuangan pembebasan Palestin, Yasser Arafat, meninggal dunia.

Nama penuhnya Mohammed Abdel Rahman Abdel Raouf al-Qudwa al-Husseini, lahir di Kaherah, Mesir pada Ogos 1929. Ketika remaja, beliau menyeludup senjata untuk orang-orang Palestin menentang Zionis serta British yang mentabdir tanah airnya ketika itu.

Beliau menuntut di Universiti Faud I (kini Universiti Kaherah), tapi meninggalkan pengajiannya untuk berjuang dalam Perang Arab-Israel 1948 susulan pembentukan negara haram Israel. Penentangan diteruskan sambil beliau membina pengaruhnya.

10 tahun kemudian, bersama beberapa sekutunya, Arafat mengasaskan rangkaian penentang Israel dipanggil Fatah. Pada 1964, beliau menubuhkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 3 tahun kemudian, Perang Enam Hari meletus yang memihak kepada rejim Zionis.

Ekoran itu, Arafat diangkat menjadi pengerusi majlis eksekutif PLO pada 1969 & memindahkan operasinya ke Jordan, sebelum disingkirkan Raja Hussein lalu beralih ke Lubnan. Selepas turut disingkir dari Lubnan pada awal 1980-an, Arafat melancarkan 'Intifada.'

Ucapannya pada Sidang Kemuncak PBB pada 1988 membawa kepada termeterainya Perjanjian Oslo pada 1993 yang membolehkan rakyat Palestin membentuk pentadbiran sendiri. Pada 1994, beliau menerima Hadiah Nobel Keamanan, yang dikongsi bersama Yitzhak Rabin & Shimon Peres.

Tahun berikutnya termeterai p**a Perjanjian Oslo II yang menjadi asas kepada pelbagai lagi perjanjian damai antara PLO dengan Israel. Namun setiap usaha perdamaian sering bertemu jalan buntu, maka perjuangan dengan senjata menjadi jalan akhir untuk perjuangan kemerdekaan diteruskan.

Selepas melancarkan Intifada ke-2 pada 2000, Arafat diletakkan dalam tahanan oleh rejim Zionis di ibu pejabatnya di Ramallah. Pada Oktober 2004, beliau jatuh sakit lalu diterbangkan ke Paris untuk rawatan lanjut. Namun tak lama kemudian, Arafat meninggal dunia.

Punca kematiannya terus menjadi perdebatan, ada pihak percaya bahawa beliau meninggal dunia atas sebab semula jadi, ada juga yang yakin Arafat mati diracun.

Sumber: Biography, Britannica, CNN

09/11/2023

Alhamdulillah...saja2 share untuk pengetahuan bersama...semoga terus sukses...

16/05/2023

Selamat hari guru 👩‍🏫

Jika hari ini saya mampu menguasai Bahasa Melayu, menulis buku puisi, mengarang buku tentang Hikayat Hang Tuah, semuanya adalah jasa Cikgu Zaniyah😊.

Dialah pembuka pintu ilmu dalam hidup saya 📖. Dengan penuh sabar dan berdedikasi, Cikgu Zaniyah mengajar saya yang serba daif ini berbahasa Melayu ketika di darjah 1, SRK Stowell. Dia guru darjah kami di kelas 1S.

Hari ini saya tunaikan janji serahkan 2 ticket bernilai ✅️RM20,000 kepada Cikgu Zaniyah dan suaminya Pak Johari untuk mengerjakan umrah🧕. Mereka telah pilih untuk pergi di bulan Ogos nanti. Terima kasih Cikgu kerana beri peluang kepada anakanda membalas jasa yang tidak terbalas itu.

Besok Hari Guru 🫡, saya harap adik-adik yang masih belajar akan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan yang guru-guru kita.

"Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat." - Usmang Awang

Address

Parit Pinang Seribu Darat
Muar
84150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Nur Idaman Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Our Story

Homestay Nur Idaman Muar, sedia untuk tempahan, dengan kadar RM200/mlm . Diskaun dipertimbangkan untuk penginapan melebihi 2 malam atau sekiranya dua rumah disewa sekaligus. - 4km dari pekan Parit Bakar, 4km dari pekan Parit Jawa (terkenal dengan Asam Pedas Parit Jawa - ikan segar) - Bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu Darat. - 2 unit rumah dengan 2 bilik tidur setiap rumah, 2 bilik air. - Katil saiz 'Queen' untuk setiap bilik tidur. Tilam/Bantal extra disediakan. - Ruang dapur disediakan. - Ruang tamu berhawa dingin. - Bilik tidur berhawa dingin. - 1 sofa-bed di ruang tamu. - Dikelilingi dengan kebun durian dan buah-buahan. ( Boleh tunggu durian gugur pada musim durian ). - Tempat letak kereta berbumbung yang luas . Muat 4 buah kereta. - Televisyen dengan 13 saluran tv dan 4 saluran radio.