16/06/2026
Doa Akhir Tahun 1447H & Doa Awal Tahun 1448H
Assalamualaikum semua. Malam ini (Selasa 16.06.2026), selepas Maghrib menandakan masuknya bulan 1 Muharam 1448H, bulan pertama dalam Islam. Satu nikmat dan rahmat kurniaan Allah bila kita diberi peluang untuk sampai dalam bulan ini.
Mari kita baca Doa Akhir Tahun Hijrah 1447H SEBELUM masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar iaitu 16 Jun 2026 Selasa bersamaan dengan 30 Zulhijjah 1447H).
Kemudian baca Doa Awal Tahun Hijrah 1448H boleh dibaca SELEPAS waktu Maghrib pada MALAM (Selasa) 16 Jun 2026 bersamaan 1 Muharam 1448H.
Kami mengucapkan Salam Hari Terakhir 1447H. Semoga Allah menerima semua amal ibadah dan amal soleh kita sepanjang tahun ini. Diampuni segala dosa.
Semoga 1448H membuka jalan kebahagiaan dan kejayaan yang diredai Ilahi. Dimudahkan segala urusan, dikurniakan nikmat rezeki berpanjangan, diberi ketenangan fikiran, ketenteraman emosi, dirahmati dan dilindungi dunia dan akhirat Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin ๐คฒ๐ป.