04/03/2026
📅 日期:3-3-2026
👥 主催单位:天仁善觉堂
🤝 协办单位:CRS Malaysia Negeri Johor
💖 赞助者:天仁善觉堂佛友与善心人士
在新春佳节之际,为弘扬关怀社会、扶弱济困的精神,天仁善觉堂携手 CRS Malaysia Negeri Johor 圆满举办“骏马迎春 · 慈善新春活动”最后一场慈善关怀行动。
本次活动前往 Pusat Jagaan Wargatua Sherun(老人院与残障人士服务协会),为院内长者及残障人士送上 60份爱心伙食,以实际行动传递新春的温暖与祝福。
活动当天,义工们亲手派发餐食,并与院友亲切交流,现场气氛温馨感人,洋溢着欢笑与关怀。通过这一份简单却真诚的心意,让长者与残障朋友们在佳节期间感受到社会的关爱与陪伴。
同时,我们衷心感谢 Dr Jennifer 的大力协助与支持,使本次活动得以顺利完成。也诚挚感谢天仁善觉堂佛友及所有善心人士的慷慨赞助与无私奉献。因为有您们的爱心付出,这个社会更加温暖,更加充满希望。
✨ 新的一年,让我们继续携手同行,把爱延续,把温暖带到更多需要帮助的角落。
“Junjungan Amal Tahun Baru Cina – Sesi Terakhir”
📅 Tarikh: 3-3-2026
👥 Penganjur: Tian Ren Shan Jue Tang
🤝 Kerjasama: CRS Malaysia Negeri Johor
💖 Penaja: Para penganut Buddha Tian Ren Shan Jue
Tang dan individu-individu yang berhati mulia
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, bagi menyemarakkan semangat prihatin dan membantu golongan yang memerlukan, Tian Ren Shan Jue Tang bersama CRS Malaysia Negeri Johor telah berjaya menganjurkan program kebajikan “Junjungan Amal Tahun Baru Cina” sebagai sesi terakhir bagi tahun ini.
Program ini telah diadakan di Pusat Jagaan Wargatua Sherun, dengan penyampaian sebanyak 60 pek makanan kepada warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU). Sumbangan ini bertujuan membawa kegembiraan serta kehangatan sempena musim perayaan.
Para sukarelawan turut meluangkan masa berinteraksi dengan para penghuni, mewujudkan suasana yang penuh mesra, ceria dan bermakna. Walaupun sumbangan ini sederhana, namun ia diharap dapat memberi sinar kebahagiaan dan rasa dihargai kepada mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada Dr Jennifer atas bantuan dan sokongan beliau dalam menjayakan program ini.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada para penaja serta semua pihak yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan.
Semoga semangat kasih sayang dan keprihatinan ini akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan pada masa akan datang.