31/07/2026
⚠️ AMARAN PENIPUAN (SCAM ALERT) ⚠️
Pihak Miranda's Homestay Mukah ingin memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa terdapat individu yang menyamar sebagai wakil/agen homestay kami dengan menggunakan nombor telefon 011-6969 4630.
⚠️ UNTUK MAKLUMAN: ❌ Miranda's Homestay Mukah TIDAK PERNAH melantik mana-mana ejen untuk mengurus tempahan. ❌ Kami TIDAK PERNAH meminta pelanggan berurusan melalui nombor tersebut. ❌ Sebarang QR pembayaran atau akaun atas nama individu bukan milik Miranda's Homestay Mukah.
Jangan buat sebarang pembayaran kepada individu yang menghubungi anda melalui nombor tersebut atau memberikan QR pembayaran yang mencurigakan.
📌 Tempahan hanya dibuat melalui saluran rasmi Miranda's Homestay Mukah.
Sekiranya anda menerima mesej atau panggilan yang meragukan, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan.
Mohon jasa baik semua untuk berkongsi (share) makluman ini supaya orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.